Showing posts with label Jalan-jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan cari makan. Show all posts

January 11, 2016

Kek Kukus Buah untuk tempahan.

Kali ni aku nak promote kek kukus buah. 
Untuk tempahan boleh hubungi 
Karim Azan kat no telefon ni 012-5226177.

Setiap bekas tu berat dalam 800gm. 
Harga RM40 tapi boleh contact Saudara Karim Azan. Kot-kot korang boleh dapat special price lagi kan. 

Cara penghantaran?
COD pun boleh di area sekitar KL dan sewaktu dengannya. Kalau POS kena berhubung dengan Saudara Karim Azan.


Aku dah makan kek ni. Memang best dan puas hati. Aku ni bukanlah peminat kek buah. Tapi bila aku makan kek ni first time hari tu, tak perasan pula yang aku dah makan sebahagian dari kek tu. Time masa aku bawa kek tu gi rumah nenek aku. 

Kalau tak caya. Apa lagi. Boleh la try.





September 15, 2015

Dip N Dip, Bangsar


Teringin nak makan chocolate kat KL? Aku recommend satu tempat. Kalau kat KL ni aku suka pergi Dip n Dip. 

Lokasi?

Bangsar dengan The Curve, Damansara. 

Boleh pilih yang mana satu korang nak pergi. Kalau korang tengok kat bawah ni, semua tu yamg aku selalu order. Memang chocolate tu sangat padat. Puas hati. 

Harga?

Bagi aku, boleh tahan jugak la. Lebih kurang RM10 dan ke atas. Nak tau detail boleh tengok kat website Dip n Dip. 

Antara menu yang selalu menjadi pilihan aku bila singgah situ. 

Chocolate Crepe


Brownies in a cup


Fondant


Apa lagi? 
Boleh la cuba. Tak menyesal punya. :)

August 21, 2015

Serai @ Pavilion KL



Pertama kali ke dining loft dekat Pavilion KL. Pertama kali jugak aku try makanan dekat Serai @ Pavilion KL. Satu-satu kedai yang berbahasakan melayu kat level tu. Selain dari makanan arab, korea, dan western. 'Serai' kan nama melayu tu. 


Char Kuey Teow. RM22. Macam kuey teow biasa je. Tak macam original Penang char Kuey Teow yang lagi basah kalau compare dengan yang ni. Tapi not bad. Still boleh tahan. Cuma harga tu pun boleh tahan. 


Semalam aku try Nasi Ambang. RM22 jugak. Penuh satu pinggan. Rasa? Not bad okay jugak. Tapi still tak boleh nak tanding rasa Nasi Ambang yang aku makan kat Shah Alam bulan puasa hari tu. Terbaik. Hehehe.


Last sekali desserts.  Try fried raviolli. Dah macam Italian pulak kan. Tapi sebenarnya simple je tu. Dalam tu, inti cashewnuts salut nutella. Pastu goreng makan dengan aiskrim. Boleh tahan. Tapi dengan harga RM15. 

Layanan pun okay. Tempat  dan environment pun selesa. Rating 8/10. 

August 13, 2015

Singgah di Pengkalan Kubor, Kelantan


Pengkalan Kubor, Kelantan

Singgah situ kejap pagi tadi. Sampai situ macam biasa niat aku nak beli coklat. Yang macam-macam kat airport tu. Tapi harga perghh. Murah giler. Daim kalau kat airport RM 34++. Kat sini RM 17 je. Gambar coklat amek dalam plastik je. Sebab tadi memory phone plak full. Adeh. Tu la kalau pakai iPhone yang memory 16gb ni. 


Jersey? Yang tu memang banyak. EPL? LA LIGA? Semua ada. Thailand made punya. Grade? AAA. Sebijik macam ori. 



Corelle? Corningware? Vision? Pyrex? Tu pun banyak. Duty free. Murah la jugak kalau nak dibandingkan dengan Parkson ke.. Isetan ke.. Sogo ke..



Tu la antara barang-barang yang ada. Kalau datang ke Kelantan apa salahnya singgah kat Pengkalan Kubor ni kan? Why not? Hehehe.

March 8, 2015

Bubba Gump Shrimp Co. @ The Curve, Damansara



Pertama kali aku masuk ke nak makan dekat Bubba Gump Shrimp Co. kat The Curve, Damansara. Pusing punya pusing last-last decide nak makan kat kedai nie. Sebab tak pernah lagi masuk. So, apa kata kalau aku review sekali kedai ni.

Untuk pengetahuan korang, Bubba Gump Shrimp Co. ni dimiliki oleh Naza Group F&B. Cawangan kat Malaysia ni tak banyak ada 3 tempat je. The Curve, Sunway Pyramid, Citta Mall. 


First impression aku, aku memang dah tau, kalau tengok kan nama kedai pun dah tau yang ni kedai seafood. Nama pun dah Shrimp Co. kan? Memang confirm-confirm la kan. Tapi bila masuk dalam kedai, banyak yang related dengan cerita Forrest Gump lakonan Tom Hanks. Kira macam korang tengah berada dalam kedai yang penuh kisah hidup Forrest Gump ni la.

Menu pulak? 

Tak nak cerita panjang. Korang tengok je gambar kat bawah nie. Tu antara menu-menu je. Kalau nak tahu lagi banyak, boleh singgah kat situ ye.



Boleh tahan jugak kan? Kalau tengok dessert tu memang meleleh air liur la. Semalam aku try dua menu. Tapi bukan aku sorang la kan. Yang betul-betul aku makan Mama's Southern Fried Chicken, boleh pulak aku makan ayam goreng kan? Sedangkan dah tahu kedai ni speciality in seafood. Satu lagi, Bourbon Street Catch of The Day.

Bourbon Street Catch of The Day

Mama's Southern Fried Chicken

Terus-terang aku cakap, kedua-dua menu yang aku rasa semalam memang puas hati. Sebab mungkin kena dengan selera. Walaupun western la kan. Tapi ok la. Not bad. Sebab kadang-kadang tu bukan senang taste mulut yang makanan melayu ni nak beralih ke western kan. Tapi memang sedap. Tambah pulak, dengan sos cili campur dengan Tabasco. Perghh !


Apa lagi. Kalau berkesempatan boleh la try rasa. Selamat mencuba ya.

August 12, 2012

Top 5 juadah pilihan Ramadhan 2012

Tinggal lagi 6 hari sebelum kita merayakan Hari Raya Aidilfitri. So, sepanjang bulan Ramadhan ni pelbagai juadah berbuka puasa yang kita dah makan. Tak kira la yang masak sendiri ke, atau pun beli di Bazar Ramadhan. Sebab time bulan puasa macam ni la banyak nak jumpa makanan yang jarang-jarang jumpa.

So, kali ni aku nak cerita sikit Top 5 makanan dan minuman pilihan aku di bulan Ramadhan untuk tahun ni.


Air Tebu
Memang menjadi pilihan aku bila berbuka puasa. Mungkin sebab bila masuk bulan Ramadhan ni la yang senang nak jumpa. Kalau bulan-bulan lain bukan tak ada, tapi jarang-jarang. 


Soto Ayam
Yang ni tak perlu beli. Sebab yang ni mak aku yang masak. Special punya. Jadi bila bebuka dengan Soto Ayam ni setakat semangkuk tu memang tak cukup. Kalau boleh 2 mangkuk. Tak pun sambung lepas terawikh semangkuk lagi. Hehehe.


Ayam Golek
Boleh katakan macam cendawan tumbuh selepas hujan. Macam tu jugak la yang terjadi bila masuk bulan Ramadhan. Gerai-gerai yang menjual ayam golek ni mula kelihatan. Jadi sememangnya menjadi pilihan bila bermulanya bulan Ramadhan. Aku pun tak lepas peluang nak rasa ayam golek ni. 


Onde-onde
Aku rasa kuih ni ada nama lain. Buah Melaka kot. Tapi aku panggil onde-onde je. Yang ni pun memang pilihan aku. Sebab aku rasa korang pun tahu feel bile makan kuih ni kan? Bila dala mulut je. Perghh. Tambah-tambah bila gula melaka tu meletup. Syokkk. Hahahaha.


Laksa Sarawak
Last but no least. Laksa Sarawak. Yang ni memang specially made kat rumah aku. Sebab tiap-tiap tahun mesti jumpa. Tapi time bulan puasa dengan raya. Sebab nak dapat rempah untuk kuah ni susah sikit. Jadi kena tunggu rempah dari Sarawak je la. Kebetulan tahun ni ade member aku dari Sarawak, so aku pesankan sekali tolong belikan. Yang ni memang favourite aku la. Benda susah nak jumpa. Kena la makan banyak sikit kan? Hehehe.

Semua tu antara juadah yang aku rasa memang menjadi pilihan aku bulan puasa ni. Kadang-kadang bulan Ramadhan ni la yang kita jumpa makanan yang pelik-pelik sikit. Ada tu yang tak pernah jumpa. Ni baru la nak jumpa. Apa-apapun kena kawal nafsu bila berbelanja. Walaupun shopping untuk raya sekalipun. ;)

P.S : Masih tak tau nak shopping apa untuk raya. :(

April 3, 2012

White Cappucino | Hayaki Cafe


Untuk hari ni, have a taste of White Cappucino. Semalam dah test ice blended dekat Secret Recipe. So, hari ni try pulak White Cappucino dekat Hayaki Cafe. Dekat dengan Tune Hotel dan bersebelahan dengan KB Mall. 

Ni first time aku pergi kat cafe tu. Overall ok. Cuma waitress kat situ kurang mesra. Macam nak tak nak je layan bila customer panggil. Dari segi susun atur cafe, memang best tempat untuk hang out dengan kawan-kawan, pun ok. 

Sape-sape yang duduk dekat area KB boleh la singgah kat sini ye. 

P/S : Asyik minuman je kan? Nanti nak tulis pasal makanan la pulak. :p

April 2, 2012

Chocolate Ice Blended | Secret Recipe


Waaa. Menyelerakan bukan?

First time aku try Chocolate Ice Blended dekat Secret Recipe. Sebelum ni tak pernah pun. Saja jalan-jalan lat KB Mall petang tadi, rasa dahaga la pulak. So, singgah la kat Secret Recipe kejap berkenan nak try Chocolate Ice Blended kat situ.

Nice. Sedap. and berkrim gitu. Hahaha. Maybe next time nak try tempat lain pulak. :p

P/S : Gemuk la aku nanti. :p

February 12, 2011

Nasi Padang Bukit Kecil

Jalan-jalan cari makan kali ni. Makan tengah hari tadi, aku pergi ke satu port best. Nasi padang. Kalau orang Kuala Terengganu tau kot. Nasi Padang Bukit Kecil. Dekat dengan Sabasun. Memang favourite aku pun. Asal weekend je aku mesti pergi la kat kedai tu. Sebab memang sedap sangat. Hehehe.



Lauk yang aku ambik macam biasa. Nasi dengan ayam percik. Memang best. Jadi kalau korang datangg kat Kuala Terengganu korang cari la tempat ni. Tapi tempat ni tak bukak sepanjang masa. Hanya time waktu makan tengah hari dalam pukul 11 hingga pukul 3 kot paling lewat. Ape salahnye kalau berkunjung sekali ke kedai ni. Aku rase mesti nak lagi. Hehehe.

January 28, 2011

Supper di Kedai Air Buah Gelas Besar

Semalam, supper dekat kedai yang aku rase ramai jugak yang tahu kedai ni. Air Buah Gelas Besar. Seberang Takir, Terengganu. So, untuk semalam aku makan laksa penang dengan jus epal susu. Try korang tengok gelas tu. Actually tu gelas paling kecik. Tak larat nak ambik gelas besar-besar. Sebab paling besar gelas tu adalah sebesar balang besar. Memang cukup besar. Kalau ambik yang tu tak larat pulak nak habiskan. Hehehe.


September 14, 2010

Pengkalan Kubor | Destinasi Pelancongan di Kelantan

Kali ni aku nak cerita pasal aktivit aku sepanjang hari ni. Trip atau kunjungan aku ke kawasan bebas cukai yang terletak di Pengkalan Kubor. Kalau mereka-mereka yang tinggal di Kelantan mesti dah tahu sangat tempat ni. Boleh kata ni merupakan salah satu tempat yang menjadi tarikan pelancong jugak la kat Kelantan ni.


Bila sampai kat sini memang banyak sangat kereta. Kebanyakannya plate kereta dari luar Kelantan. Macam Kuala Lumpur, Perak, Selangor, Pahang pun ada. Ramai diantara mereka mengambil kesempatan nak shopping kat sini. Maklum la. kat sini kalau mereka-mereka yang nak beli pinggan mangkuk berjenama macam Corelle ke, Pyrex ke, memang murah. Sebab tak dikenakan cukai. Tambah pula banyak pilihan dan tak payah beli satu set. Siap boleh pilih-pilih lagi.


Tengok je la kemeriahan kat Pengkalan Kubor ketika ini. Penuh dengan kereta. Sampai tempat parking pun penuh. Kali ni tak macam time aku pergi bulan Ramadan hari tu. Time tu lengang je. Biasa la. Di musim perayaan macam ni kan.


Ni antara pilihan barangan yang korang boleh beli dekat Pengkalan Kubor ni. Pakaian memang cukup banyak. Tak kira la untuk lelaki ke perempuan ke. Semua ada. Memang tak kecewa la beli kat sini. Banyak choice. Harga pun murah-murah. Tapi kalau pandai tawar-menawar, lagi la murah.


Ni time aku lalu depan kedai rojak buah. Ramai betul orang beratur. Rezeki pak cik ni hari ni. Rojak buah dia mesti sedap. Tambah pula tengah-tengah panas macam ni. Mesti ramai yang nak duduk-duduk rehat sambil makan rojak buah ni.


Bila dah habis shopping kat kawasan bebas cukai ni, korang boleh la singgah dekat Masjid Al-Huda. Dekat je dengan kompleks bebas cukai ni. Tapi korang kena keluar dulu la. Sebab lokasi Masjid ni kat luar daripada kompleks tu. Boleh la rehat-rehat kejap ke. Sebab facility kat masjid ni cukup selesa. Banyak yang disediakan. Jadi kalau nak singgah kat sini pun ok jugak.

Ni la antara tarikan kat Pengkalan Kubor ni. Aku rasa ramai diantara blogger yang dah sampai kat sini. Kalau tak lagi. Apa kata korang berkunjung kat sini bila datang melawat ke Negeri Kelantan ye. =)

September 8, 2010

Laksa Sarawak | Menu berbuka puasa hari ni


Macam yang aku janjikan. Ni la menu berbuka puasa aku hari ni. Laksa Sarawak. Ye la kan bila dah  dapat kiriman dari jauh, Negeri Sarawak. Terus buat la. Maklum la, ni favourite aku. Lagipun dah lama sangat tak makan. Sebab nak dapatkan rempah untuk kuah tu je punya la jauh. Kena pergi sampai sana. Tercapai jugak nak makan Laksa Sarawak ni. Kira dah lama juga la aku mengidam. Hehehe.

June 29, 2010

[Gambar]Perasaan "MEREKA" terhadap Penjara Pudu

Petang tadi aku ke Times Square...Dengan tujuan untuk mencari barang untuk presentation FYP aku nanti...Sampai di stesen Hang Tuah...aku berjalan ke Times Square yang tak la jauh sangat...Kalau nak diikutkan naik monorail...jalan kaki pun dekat jugak...

Laluan ke Times Square dah tentu lalu dekat tembok batu penjara Pudu...masih tersergam gah di satu sudut...manakala satu sudut yang yang lain sudah pun dirobohkan..Dengan tujuan untuk memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya disitu...Jalan Pudu akan dibesarkan dan pengguna jalan raya di Pudu sudah tentu tahu yang keadaan jalan kat situ agak sempit jika dibandingkan dengan trafik yang semakin meningkat setiap hari...

Lalu di tepi tembok batu Penjara Pudu...korang sendiri boleh tengok banyak contengan-contengan grafitti yang ditulis dan di conteng...Termasuk la mural yang telah dihasilkan oleh banduan-banduan yang tinggal di situ dulu...masih lagi jelas kelihatan...Ekoran dengan isu yang semakin panas tentang isu yang Penjara Pudu akan dirobohkan terdapat pula tulisan yang baru sahaja ditulis...yang mana mewakili perasaan mereka...Cuba korang tengok gambar-gambar yang aku ambik tadi...






Walaupun ada diantara kata-kata yang diorang lemparkan agak keterlaluan...mungkin tu perasaan diorang yang menulis...mana kita tahu...dan aku rasa Penjara Pudu patut dijadikan salah satu monumen sejarah bagi mengimbas kembali sejarah penjara di Malaysia...ditambah pula dengan umur bangunan yang agak tua...dan menyimpan pelbagai kenangan walaupun hanya sebuah penjara....

June 13, 2010

Day 2: Aktiviti di Johor Bharu[Part 2]


Hari kedua di Johor Bharu...Tak banyak tempat yang sempat singgah...Cuma jalan-jalan kat Danga Bay sebab kebetulan kat situ hari ni ada perlancaran Kelab Drag....di tambah pulak dengan pameran kereta kat situ..Aku sampai kat situ awal...lebih kurang pukul 12 tghari....jadi kereta yang datang untuk pameran masih tak sampai lagi...jadi tak banyak yang ada...cuma ada kereta kategori Vintage je...Aku puas hati sebab dah dapat belon besar...cuma tak boleh nak bawa balik je....hehehe...


Ni antara kereta drag yang dipamerkan kat situ...Korang tengok je la tayar belakang kereta tu...besar gile....


Ni rupa bentuk dalam kereta tu....Tengok je la stereng dia dengan gear knob kereta tu...Pelik semacam je...


Yang ni pula sales girl yang bertugas kat Danga Bay...diorang bukan setakat jual minyak untuk kereta...tapi minyak untuk orang pun ada tau...hehehe....aku agak lawak jugak bila diorang ni datang kenalkan produk kat kitaorang....mula ingatkan minyak untuk kereta tapi last-last untuk kekuatan dalaman lelaki...ish3...


Kat atas ni gambar kat Plaza Angsana...Kalau korang besarkan gambar ni mesti dapat tengok lagi clear...cuba korang tengok ayat untuk "entertainment"...nak tergelak jugak aku tengok...hahaha...


Basikal untuk posmen zaman dulu...Bukan senang nak jumpa tau...Ni aku jumpa time aku dah on the way nak pergi ke Muar...

June 12, 2010

Day 1: Aktiviti di Johor Bharu [Part 1]

Aktiviti ketika berada di Johor Bharu...
Date: 11 June 2010
Time : 9.00 p.m.

Ni gambar dekat Marina Bay...Dekat dengan Danga Bay...memang banyak kapal-kapal layar kat situ...Katamaran pun ada...Tak tahu la siapa yang punya...


Lepas tu jalan-jalan dekat dengan Danga Bay theme park...Aku rasa kalau pergi Sunway Lagoon lagi berbaloi daripada main kat situ...sebab agak mahal...stu game kat situ aku tengok paling murah pun RM4...Kalau pergi Sunway Lagoon...bayar RM40++ dah boleh main macam-macam...




Kat situ ada jugak night market...ala-ala uptown...banyak jugak barang-barang kat situ..sekarang ni kan tengah musim World Cup...so memang banyak yang jual jersi-jersi ni...aku tak ambik gambar sangat kat uptown nie...sebab sibuk dok tengok-tengok barang...


Habis je kat Danga Bay...pergi jalan-jalan cari makan...Aku tak tahu nama kedai ni...tapi yang aku tahu restoran ni dekat dengan restoran Aliff dekat belakang Plaza Angsana...Aku order Mee Rebus...memang kena dengan selara aku...maybe next time boleh try lagi...


Cukup setakat tu dulu aktiviti hari pertama aku kat sini...Nanti aku try upload gambar lagi...