Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

March 8, 2015

Bubba Gump Shrimp Co. @ The Curve, Damansara



Pertama kali aku masuk ke nak makan dekat Bubba Gump Shrimp Co. kat The Curve, Damansara. Pusing punya pusing last-last decide nak makan kat kedai nie. Sebab tak pernah lagi masuk. So, apa kata kalau aku review sekali kedai ni.

Untuk pengetahuan korang, Bubba Gump Shrimp Co. ni dimiliki oleh Naza Group F&B. Cawangan kat Malaysia ni tak banyak ada 3 tempat je. The Curve, Sunway Pyramid, Citta Mall. 


First impression aku, aku memang dah tau, kalau tengok kan nama kedai pun dah tau yang ni kedai seafood. Nama pun dah Shrimp Co. kan? Memang confirm-confirm la kan. Tapi bila masuk dalam kedai, banyak yang related dengan cerita Forrest Gump lakonan Tom Hanks. Kira macam korang tengah berada dalam kedai yang penuh kisah hidup Forrest Gump ni la.

Menu pulak? 

Tak nak cerita panjang. Korang tengok je gambar kat bawah nie. Tu antara menu-menu je. Kalau nak tahu lagi banyak, boleh singgah kat situ ye.



Boleh tahan jugak kan? Kalau tengok dessert tu memang meleleh air liur la. Semalam aku try dua menu. Tapi bukan aku sorang la kan. Yang betul-betul aku makan Mama's Southern Fried Chicken, boleh pulak aku makan ayam goreng kan? Sedangkan dah tahu kedai ni speciality in seafood. Satu lagi, Bourbon Street Catch of The Day.

Bourbon Street Catch of The Day

Mama's Southern Fried Chicken

Terus-terang aku cakap, kedua-dua menu yang aku rasa semalam memang puas hati. Sebab mungkin kena dengan selera. Walaupun western la kan. Tapi ok la. Not bad. Sebab kadang-kadang tu bukan senang taste mulut yang makanan melayu ni nak beralih ke western kan. Tapi memang sedap. Tambah pulak, dengan sos cili campur dengan Tabasco. Perghh !


Apa lagi. Kalau berkesempatan boleh la try rasa. Selamat mencuba ya.

November 8, 2010

[Review] Jonah Hex

Salah satu filem yang keluar tahun ni jugak. Release date kat Malaysia 5 August 2010. Aku pun lambat jugak tengok cerita ni. Sebab time tu tengah sibuk-sibuk final project. Sebab tu la sekarang ni baru tengok.

November 7, 2010

[Review] The Losers

Review untuk movie The Losers. Kalau ikut kat internet, movie ni dah pun di release 22 April 2010 kat Malaysia. Cuma aku je baru tengok. Melihatkan pada jalan cerita untuk filem The Losers ni lebih kurang macam A-Team la. Tapi tak tau la sape tiru, tiru sape. 

November 4, 2010

[Review] Resident Evil : Afterlife

Aku memang pengikut setia filem Resident Evil. Dari yang mula-mula. Sampai la Resident Evil : Extinction. Semalam aku baru layan movie terbaru dalam series Resident Evil. Resident Evil : Afterlife.


Macam kebiasaan, filem Resident Evil ni kalau korang bukan pengikut yang setia, baik tak payah tengok. Sebab nanti korang mesti pening. Sebab plot dalam cerita ni kebanyakannya bersambung dengan cerita sebelum nya. Ye la, dari mula-mula filem Resident Evil ni keluar sampai la yang paling latest asyik dok cerita pasal Alice je. Kejap hidup, kejap mati.

Dalam cerita latest ni, memang totally bersambung dari cerita Resident Evil : Extinction. Dalam cerita ni, diorang cari balik survivor yang terselamat sebelum tu. Sebab diorang ni tiba-tiba hilang. Jadi si Alice ni cari la balik. Last-last si Alice ni jumpa la salah seorang dari survivor tu. Pastu diorang bersama-sama mencari Arcadia. Yang mana selalu dihebohkan bahawa Arcadia ni tempat selamat untuk diorang, sebab tak ade infection. Nak tahu kisah selanjutnya? Korang tengok la ye.

Pandangan aku :

Kadaang-kadang jalan cerita ni pening sikit. korang kena flashback balik kisah-kisah sebelumnya. Korang kena ingat balik. Lepas tu, scene lawan-lawan dalam cerita ni dah tak syok macam sebelumnya. Zombie pun tak best macam mula-mula dulu. Aku lagi suka cerita Resident Evil yang mula-mula. Time mula-mula infection tu berlaku. Sekarang ni start-start je, semua dah kena infection. Tak syok la. Rating 2/5 je kot.

November 3, 2010

[Review] R.E.D. | Retired. Extremely. Dangerous

Petang tadi aku layan movie yang boleh kata baru jugak la. R.E.D (Retired. Extremely. Dangerous) agak-agak sape yang dah tengok movie ni? Macam mana dengan impression korang?


Bagi yang dah tengok aku rasa tak perlu la nak cerita panjang. Sebab jalan cerita ni mesti korang dah tau kan. Kepada yang belum sini-sini aku story sikit. Movie ni mengisahkan pasal special agent yang memang dah bersara. Tapi diorang ni memang terlalu rahsia sampaikan orang yang kerja dalam CIA sendiri tak ade rekod pasal diorang. Diorang ni dah membongkar satu rahsia yang berkaitan dengan Vice President Amerika Syarikat. Disebabkan diorang ni terlalu hebat, diorang ni diburu sebab takut diorang ni akan bocorkan rahsia tu. Nak tahu lebih-lebih korang tengok sendiri la. Hehehe. Lakonan Bruce Willis, Morgan Freeman, Mary-Louise Parker, John Molkovich, Helen Mirren dan Karl Urban.

Pandangan aku :

Cerita ni best. Aku boleh bagi 3/5 la. Kalau tengok filem action Bruce Willis nampak biase je. Sebab character Bruce Willis yang bersahaja. Tapi yang tak syoknye, hero ni terlalu hero. Sampai nak cedera pun payah. Biase la tu, cerita. Jalan cerita tersusun. Dari A sampai Z. Tak tahu la kalau korang berpendapat macam mane kan. Tapi ending untuk cerita ni macam tak syok sangat. Sebab penjahat senang sangat mati. Jadi ending yang terlalu simple. Tak best.

Korang yang dah tengok pulak macam mane?

November 1, 2010

[Review] Dinner @ Padi House, Cyberjaya

Malam sebelum Majlis Konvokesyen aku hari tu, budak kelas aku dah buat satu reunion ye la kan. Lepas ni masing-masing dah susah nak jumpa. Sebab lepas ni, ade yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara, tak kurang jugak yang akan keluar negara sebab kerja. Jadi kesempatan malam sebelum majlis konvo tu kami buat majlis makan-makan kat Padi House, Cyberjaya.


Boleh kat ni first time jugak la aku menjejakkan kaki ke Padi House ni dan juga Cyberjaya. Walaupun Bangi boleh kata dekat je dengan Cyberjaya. Tapi aku memang tak pergi pun kat sana. Tapi malam tu baru aku tahu yang Cyberjaya ni merupakan salah satu night city yang cukup meriah di malam hari. 

Kat Padi House tu memang best. Dengan environment yang cukup selesa. Di tambah pulak dengan hiasan kolam di sekeliling restoran tu cukup selesa untuk bersantai sambil makan-makan. Menu kat situ pulak, ade makanan Western Food, Chinese Food, dan banyak lagi la. Harga pun cukup berpatutan. 

Untuk malam tu aku order, Western NZ Grilled Sirloin Steak, RM 24.90 dengan Root Beer Float, RM 3.00. 


Nampak macam sedap kan? Harga dalam menu pun paling mahal. Tapi aku kecewa la jugak. Sebab daging agak liat. Kalau ikutkan dengan harga patut tak la liat sangat. Lepas tu, sos steak tu pulak sikit. Tak rasa sangat. Aku rasa jugak kawan aku punya Grilled Lamb Chop yang harga RM 15.90. Lagi puas hati, kalau nak dibandingkan dengan yang ni. Jadi kalau korang nak datang sini, baik ambik menu lain. Sebab lagi sedap. Hehehe.

Malas nak cerita panjang. Jom kita tengok gambar time dinner masa tu. 

Masing-masing tengah pilih menu. Tengah decide nak makan ape.




Total makan malam tu RM 471.90. Semua tu termasuk sekali dengan cukai perkhidmatan 5 %. Biasa la tu. Kalau dah kena serve mesti ade service charge. Kira berpatutan la. Sebab harga tu, untuk 18 orang makan. Memang padan sangat. Sorang lebih kurang RM 25. Kalau korang nak try kat sini pun boleh. Memang best. Ape salah nye nak cuba tempat baru kan. =D


p/s : Asal gambar aku takde ek? Ni yang aku malas jadi cameraman ni. =(

October 14, 2010

[Review] Sammy's Adventure | The Secret Passage 3D

Aku baru je lepas tengok movie Sammy's Adventure | The Secret Passage. Sebenarnya memang dari awal takde niat pun nak tengok movie tu. Memandangkan movie-movie lain dah agak fullhouse. Terpaksa la tengok cerita tu. Kali ni memang banyak cerita 3D. Tapi kat GSC Alamanda, Putrajaya ni takde la pulak 3D.


Komen aku untuk cerita ni. Jom kita tengok trailer kat bawah ni dulu.


Kat TV pun tak banyak advertise pasal movie ni. Jadi rating aku untuk movie ni. Sebab tu aku pun tak tahu pasal movie ni. Rating aku untuk movie ni 9/10. Best. dan memang sangat best. Sebab penuh dengan ........ Tak nak cerita panjang la. Korang pergi tengok dulu ye. =)

September 23, 2010

Review The Expendables | Mungkinkah movie of the year?

Malam semalam layan movie yang tak berapa nak baru jugak la The Expendables. Arahan Sylvester Stallone. Aku rasa ramai yang dah tengok movie ni, sebab dah lama dah keluar panggung kalau tak silap aku sebelum bulan puasa lagi. Pelakon dia, memang tak payah nak cerita la, semua best-best. 


Sylvester Stallone mesti la ade, body tetap maintain walaupun dah menjangkau 60an. Jason Statham, kalau tengok dia ni dalam cerita The Transporter nampak macam besar. Tapi bila berdiri sebelah Sylvester Stallone nampak kecik je. Pastu, Jet Li yang dikira paling kecik la dalam ramai-ramai. Ade jugak Stone Cold. Aku cukup suka dia berlakon, walaupun sebelum ni dia ni meningkat naik dari dunia wrestling tapi lakonan dia memang best. Bersahaja cuma kali ni dia jadi orang jahat. Pastu ada pulak Bruce Willis dengan Arnold Schwarzenegger walaupun sekejap. Memang tip top la cerita ni.

Pasal action korang tak yah cerita la. Setakat bunuh-bunuh pakai pistol ke pisau ke tu dah jadi perkara biasa dalam action movie. Action dia memang best. Kalau pernah tengok cerita Rambo mesti korang sendiri faham macam mana tahap action dalam filem ni. 


Aku tak cerita la sinopsis cerita ni. Sebab aku rasa baik korang tengok sendiri, bagi yang belum tengok la. Tapi memang kepuasan terjamin bila tengok cerita ni. 

Aku bagi 9/10 untuk cerita ni. Sebab ada satu part tu agak slow. Jadi tak boleh nak bagi full la. 

August 5, 2010

Gambar kereta terbaru keluaran Proton Waja 2.0

Proton bakal mengeluarkan kereta terbaru ura-ura mengatakan yang kereta terbaru ni ada la sama bentuknya macam Mitsubishi Lancer 2.0 GT...Jadi betul ke?...


Kedua-dua image ni hanyalah gambaran semata-mata oleh Theophilus Chin...gambaran yang kereta proton Waja 2.0 yang bakal dikeluarkan kelak...Tapi ni cuma gambaran...hasilnya nanti...Kita tunggu je pelancaran kereta terbaru ni nanti ye...


P/S: Kalau betul la reka bentuk kereta ni untuk model terbaru Waja...Rasanya tak patut la...sebab apa nak ambik rekaan orang lain?...Kita dah tak ada designer yang berkaliber lagi ke untuk design kereta yang baru?...Aku pun rasa yang tak perlu la kita nak ambik design kereta orang lain dan jadi kan kereta kita...cuba la buat kelainan sikit...betul tak?...

July 10, 2010

[Review] Knight and Day

Aku rasa agak lambat jugak aku post review aku pasal movie terbaru lakonan Cameron Diaz dengan Tom Cruise...


Kali diorang berlakon dalam movie komedi yang mantap gandingan mereka berdua...Aku rasa kalau kepada mereka yang dah tengok movie ni tentu dah tau cerita ni macam mana...kepada mereka yang belum lagi tengok cni aku ceritakan sikit sinopsis cerita nie...

Tom Cruise as Roy Miller seorang agent CIA yang mana beliau telah dituduh sebagai pengkhianat kepada agensi tu bila dia dikatakan merancang untuk menjual 'zephyr' yang mempunyai kuasa untuk memberi tenaga kepada sebuah bandar kecil...Kebetulan dia terserempak dengan June yang tiba-tiba terlibat secara langsung dalam konflik yang telah di timbulkan oleh Roy..Kalau korang nak tahu lagi pasal movie ni...pergi la tengok dekat panggung terdekat...Memang best...

Banyak jugak scene yang boleh buat korang gelak...kira best la movie nie...Kalau tak caya korang tengok trailer movie ni...

June 18, 2010

[Review] Lagenda Budak Setan

Lagenda Budak Setan....Aku dengan member panggil The Legend of Hellboy...hehehehe...

Semalam aku pergi tengok dengan "dia"...Sebenarnya niat di hati nak layan movie Karate Kid...tak pun A-Team..Tapi memandangkan sekarang ni musim cuti sekolah...So kesemua cerita yang ditayangkan dekat GSC Alamanda memang dah sold out...Kalau ada pun sit depan je...Tak syok sangat la...

So...Aku nak komen sikit pasal cerita Lagenda Budak Setan...Secara keseluruhan aku bagi 5/5...Memang best...Aku sebenarnya pada mulanya malas nak tengok...Sebab ye la...Macam jiwangjiwang sikit...Tapi bila dah tak ada cerita lain...Aku sapu je la...hehehe...

Cerita ni mengisahkan cinta antara Kasyah dengan Ayu...hahaha..Aku rasa aku tak payah nk cerita panjang-panjang...sebab aku tau ramai yang dah tengok cerita ni..Mana taknya...lakonan mantap Que Haidar...Siap main tampar-tampar lagi tu...Tampar Lisa Surihani pulak tu...Ish3...Panassss....Farid Kamil jugak mainkan watak yang hebat...dari rambut nak ala-ala Rio ferdinand...Tukar jadi rambut orang Afrika...last-last baru smart sket...hehehe...

Apa-apa pun...Jalan cerita yang menarik untuk cerita Lagenda Budak Setan....aku suka tengok plot cerita ni yang ada turun naik...kejap happy...kejap sedih...kejap lawak...Lagipun pelakon-pelakon cerita ni cukup berpengalaman...jadi tak mustahil kot...cerita ni boleh capai box office...dah seminggu di tayangkan pun...panggung penuh lagi...



Filem yang diarah oleh Sharad Sharan...Dengan memperkenalkan seorang pelakon baru Shiqin Kamal...Di adaptasi dari buku hasil daripada tulisan Ahadiat Akashah yang merupakan novel terlaris di Malaysia...Aku bagi 5/5 untuk cerita ni...

June 16, 2010

[Review] Toy Story 3 (Updated)

Review kedua untuk Toys Story 3...Tadi aku baru blog-kit daripada Nuffnang untuk movie Toy Story 3 ni...So..dengan blog-kit ni aku boleh cerita lebih mendalam kat korang...Jadi baru korang boleh nilai sama ada berbaloi ke tak pergi tengok movie Toy Story 3 kali nie...

First sebelum cerita lebih panjang...kita tengok dulu character-character terbaru dalam cerita ni...Banyak...sebab diorang jumpa geng-geng baru...Tapi semua character ni baik ke jahat?...Korang jangan lupa tengok ye....


Sinopsis Toy Story 3
Mengisahkan tentang nasib kesemua permainan Andy...Macam yang korang tahu Woody, Buzz dan rakan-rakan lain mengalami dilema bila Andy nak masuk kolej...Jadi diorang asyik terfikirkan nasib diorang sama ada kena buang atau pun di donate kan ke rumah jagaan kana-kanak...Banyak konflik yang berlaku...untuk diorang menentukan nasib diorang...Kali ni Barbia akan berkenalan dengan Ken...Siapa Ken?...hehehe...

Kat bawah ni antara scene-scene yang ada dalam movie Toy Story 3 kali ni...







Jadi jangan lepas kan peluang nak tengok Toy Story 3 kali nie...



June 15, 2010

Keistimewaan Toy Story 3

Kat sini aku nak share sikit keistimewaan Toy Story 3 yang baru...Sebelum start movie tu ditayangkan...akan ada satu cerita pendek daripada Pixar Animation Studio...Memperkenalkan character baru...iaitu Day & Night...Aku ada juga cuba cari clip video untuk Day & Night...Tapi tak ada lagi la...Sebab tu exclusive bersama dengan Toy Story 3...Jadi kalau korang nak tengok Day & Night...korang kena la pergi dekat panggung wayang terdekat...Khamis ni...bersamaan dengan 17 June...Kalau tak terlepas tengok awal...Booked la tiket awal-awal ye...=)

Ni antara the making of Day & Night....

[Review] Toy Story 3


Malam tadi aku dah pergi tengok Toy Story 3...lepas aku dah dapat invitation daripada Nuffnang untuk Premier Screening dekat GSC Midvalley Megamall...Sejak dari cerita pertama Toy Story dari tahun 1995 lagi aku dah ikut...Tapi baru kali ni Pixar Studio dengan Disney buat 3D version untuk kisah Toy Story selain Double Feature diorang hari tu...



Untuk movie Toy Story 3...Aku bagi 5 bintang daripada 5...memang best...dan boleh kat sejak dari mula cerita tu sampai la habis...aku fikir nak gelak je...sebab memang banyak-banyak part-part lawak dalam kisah kali ni...Aku cerita serba sedikit tentang cerita ni...Toy Story kali bila Andy dah besar...So...Andy nak pergi kolej...jadi bila dah jadi remaja...mainan-mainan lama pun dah tak main...jadi apa yang dia nak buat dengan mainan tu?...korang tengok la ye...Apa kaitan dengan Sunville?...Tengok tau...


Bila nak tengok nanti...korang tunggu part bila Buzz dah kena sawan Spanish...tak pasal-pasal jadi orang Spanish....korang tengok tau...memang best...Kira tak rugi la kalau tengok movie kali ni...Lepas tu korang tengok jugak character Lotso...Comel kan?....Nak tahu dia ni siapa?...Tungggguuu !!!!...hehehe...


Aku tak boleh nak story panjang...sebab masih keletihan...jadi aku nak rehat...nanti kalau dah keluar kat panggung Khamis ni...jangan tak tengok ye....Aku gerenti cerita kali ni best...hehehe...

so...aku bagi 5/5 untuk Toy Story 3...

June 12, 2010

Day 1 : Hotel di Johor Bharu

Location: Johor Bharu


Aku baru sampai di Johor Bharu...tempat penginapan kitaorang dekat TuneHotels...Danga Bay...Ni pun dah di reserve oleh lecturer aku untuk pergi ke majlis resepsi perkahwinan dia...so..malam ni tidur dekat Tune Hotels...Kalau diikutkan daripada luaran...Hotel nni memang best dan menarik...Dan buat pertama kali aku tinggal di hotel ni...



Impression pertama terhadap hotel ni amat baik...disebabkan keadaan hotel yang agak menarik dan facility yang disediakan agak elok...Jadi aku tak anggap hotel ni satu hotel yang boleh dikatakan budget hotel...seperti mana yang diiklankan dekat iklan...Ditambah pulak dengan harga hotel yang berpatutan...

So...aku akan tinggal kat hotel ni untuk satu malam...Bila aku masuk kat bilik hotel...agak seronok bila tengok facility yang disediakan...macam toilet...LCD TV yang agak besar...jadi tak akan menghalang aku untuk tengok perlawanan bola sepak Piala Dunia...

Memang harga hotel ni murah...tetapi itu adalah untuk sewaan bilik sahaja...tidak termasuk dengan penggunaan TV...Air-cond dan juga hair dryer...kalau ingin digunakan...kena tambah lagi pakej yang disediakan...kira harga lain-lain...harga bilik yang kami sewa pun tak lah mahal...lebih kurang RM 30++...agak berpatutan jika dibandingkan dengan harga bilik hotel yang lain...walaupun disediakan dengan air-cond atau facility lain...aku rasa dekat hotel ni lagi selesa...


Jadi kalau nak tidur kat hotel ni untuk satu malam...amatlah berpatutan dan tak la nak membazir jika kita membayar untuk penggunaan yang tidak kita gunakan...contoh macam TV...kadang-kadang bukan sepanjang masa kita ada dalam bilik hotel nak tengok TV kan?...jadi kalau TV tak penting tak payah la ambik...air-cond pun sama...Kipas kat dalam bilik ni pun dah kuat dan sejuk...jadi tak berpatutan kalau nak ambik air-cond...bila dah jadi option...tu dah jadi satu pilihan bagi pengguna...

Aku setuju dengan konsep ni...

June 10, 2010

My Water Moments


Cantikkan !....

Aku saja letak gambar ni dulu...sebab aku kecewa kerana tidak memiliki sebuah kamera yang bercirikan waterproof...banyak gambar aku yang berada berdekatan dengan air terpaksa diambil dari jauh...sebab aku takut kamera aku terkena air...maklum la...kamera sekarang agak mahal...kalau di tambah pula dengan ciri-ciri waterproof...sudah tentu akan menjadi lebih mahal...jadi aku sebagai student memang tak mampu untuk memiliki sebuah kamera yang tercanggih dan mempunyai ciri-ciri waterproof...

Tup..tup...

Sony dah lancarkan satu produk baru...Iaitu kamera Sony Cybershot TX5...Aku cukup teruja bila Nuffnang keluarkan iklan ni...Sebab aku cukup mengimpikan nak pakai kamera yang bercirikan waterproof...Sebelum ni aku memang tak pernah ada kamera yang secanggih ni...

Spec kamera memang puas hati...Korarng tengok maklumat kat bawah...

DSC-TX5 10.2 MEGAPIXELS

Ciri waterproof sehingga 3 meter
Dilengkapi ciri-ciri: Handheld Twilight
                                  Sweep Panorama
                                  CMOS sensor
                                  BIONZ Image Processor
                                  25mm wide angle Carl-Zeiss Vario Tessar Lens
Selain tu kamera ni juga shockproof, dustproof dan juga temperature proof...memang tahan lasak untuk seseorang yang sukakan aktiviti outdoor macam aku...
   
Hobi aku selalu melibatkan air...sebab aku suka pergi outdoor kat kawasan air terjun...Jadi bila tidak ada kamera yang waterproof...aku terpaksa mengambil gambar dari jauh...Jadi kualiti gambar pun tak berapa elok...Korang sendiri boleh nampak kat gambar-gambar yang aku ambik...


Gambar kat atas ni  aku ambik masa member aku buat show jumping macam dolphin...Tapi agak kabur-kabur sikit...sebab agak jauh jugak aku ambik gambar ni...Jadi tak boleh dapat satu gambar yang berkualiti...(sebab kamera aku tak boleh kena air)....


Satu lagi gambar aku dan member-member yang berdekatan dengan air terjun...Tak jugak clear...sebab ambik dari jarak yang agak jauh...Sebab tu aku nak kamera yang bercirikan waterproof...bila dah ada kamera waterproof baru puas hati aku nak ambik gambar dekat dengan air...



Banyak pilihan warna...dan aku suka dekat warna putih...nice...Aku sangat suka dengan kamera ni...Mana la tahu kalau aku dipilih sebagai pemenang...Aku memang amat berpuas hati...sebab aku dah banyak guna barangan Sony...dan tak pernah kecewa dengan Sony...

Untuk info lebih lanjut pasal kamera ni...Korang boleh klik link kat bawah...

May 30, 2010

[Review] Prince of Persia : The Sand of Time


Prince of Persia : The Sands of time yang dah keluar hari Khamis yang lepas di semua pawagam...Semalam aku dah tengok movie ni dekat Alamanda...Hari i aku nak review sikit pasal movie ni...

Kalau korang tak tahu lagi pasal movie ni...Movie ini adalah adaptasi daripada game Prince of Persia...Kira watak dan jalan cerita banyak merujuk kepada game Prince of Persia...Cerita in berlaku apabila Dastan iaitu putera raja Persia yang tidak mempunyai darah bangsawan...dia jadi Putera Raja pun bila Raja Persia ambik dia jadi anak angkat..Dastan ni membantu tentera Persi ketika mereka membuat serangan ke atas Alamuth...Secara kebetulan...Dia jumpa pisau yang boleh mengembalikan masa silam...Dengan pasir yang boleh dianggap suci la...Jadi tugas diorang untuk protect benda tu daripada jatuh kepada tangan orang jahat...

komen aku tentang movie ni aku boleh bagi 4/5...Sebab dari segi jalan cerita agak perlahan sikit...Sebab dalam cerita ni banyak watak yang diperkenalka..jadi banyak jugak la cakapnya...Tapi part action...Cerita ni memang best...dengan banyak jugak aksi-aksi yang menarik...Kira kalau pergi tengok tu tak la membosankan sangat...

Jadi overall rating 4/5...

May 25, 2010

I wanna watch Toy Story 3

Aku memang seorang peminat setia Toy Story 3...Aku dah tonton Toy Story sejak first lagi movie diorang keluar...Dengan karektor Andy dan mainan-mainannya...Baru-baru ni jugak aku dah pergi tengok movie 3D diorang yang double feature kat MidValley...Kira macam panggil balik kenangan lama time zaman budak-budak...Sekarang dah tua dah...tapi movie Toy Story masih lagi menjadi favourite aku...Karektor macam Buzz, Woody, Mr. Potato  Head memang boleh buat aku gelak besar...hahaha...

Bila Pixar menerbitkan Toy Story 2, banyak karektor-karektor baru yang muncul...Macam Stinky Pete, yang aku paling tak suka...hahaha...Banyak karektor yang muncul...macam Zurg, lepas tu geng-geng Woody....Jadi cerita Toy Story makin best....

Selangkah lagi perjalanan karektor-karektor Toy Story...dalam perjalanan yang baru...dengan watak permainan yang baru....Kali ni  juga Anday dah makin besar...Adik Andy yang dulunya baby sekarang pun dah besar...Jadi ceritanya mesti lain...Aku nak tengok cerita...Dan nak jadi antara orang pertama yang tengok cerita ni melalui Nuffnang Premier Screening yang diorang buat kat GSC Midvalley...Di tambah pulak tarikh tayangan tu jatuh on my birthday...Lagi la happy...Kira boleh jadi birthday present aku la hari tu...=)


So dalam contest ni Nuffnang suruh peserta untuk pilih karektor mana yang korang nak sangat tengok dalam movie tu...Bila aku tengok balik...Aku teringin nak tengok karektor Chunk...sebab macam lain dari yang lain...sebab dalam cerita sebelum ni pun...Tak pernah lagi tengok Chunk...



Tengok kat atas tu Chunk macam "The Thing" dalam movie Fantastic 4...Tapi ye ke?...Kita kena tunggu dulu...Sebab tu sekarang aku tunggu nak tengok movie ni...bersama-sama dengan Nuffnang...So...lagi best la...Jadi kita tunggu je ye....Aku tak sabar !...Tak sabar !....Nak tengok Toy Story 3 on my birthday...hehehe

May 21, 2010

[Preview] Trailer Karate Kid

Movie terbaru bakal muncul...Karate Kid...tadi aku berjalan-jalan sambil tengok trailer movie-movie terbaru...termasuk la kat youtube...korang sendiri pun selalu jugak tengok video-video best kat youtube...hehehe...

so...aku jumpa la trailer pasal movie baru...yang akan ada kat pawagam nanti...mengisahkan tentang seorang budak yang selalu dibuli...dan dia ni tak tahu nak mempertahankan diri...dia pindah ke China bersama mak dia...jadi biasa la...bila masuk kampung orang...bukan nye senang nak sesuaikan diri...jadi budak ni jadi mangsa buli...Lepas tu...dia jumpa seorang sifu mestilah Jacky Chan...yang tolong ajar dia seni mempertahankan diri...Memang best...korang tengok trailer kat bawah nie...Aku rasa aku nak tengok movie ni nanti...lepas semua kerja dah settle...hahahaha...

May 9, 2010

Review Niyang Rapik The Movie


Petang ahad...Aku habiskan masa nak tengok movie...Tapi kat rumah je la...So...hari ni aku tengok cite Niyang Rapik the movie...Filem Genre Seram yang telah diarahkan oleh Ahmad Idham...Lakonan oleh Zed Zaidi, Liyana Jasmay, Awal Ashaari, Sam Saheizy, Kamal dengan Fizz Fairuz...Cite ni dah lama main kat panggung...cuma aku tak berkesempatan nak tengok cite ni kat panggung...

Komen aku untuk cite ni...

Jalan cerita cite ni boleh tahan...Dan aku pun agak tertanya-tanya masa mula-mula cerita ni...Tapi at the end of the story conclusionnya semua diselesaikan...Jadi dari mulamula dok pening-pening sebab apa semua terjawab...

Aku paling suka tempat cite ni dilakonkan...Memang nice...Dengan tasik...Kawasan kampung...Memang best la...Tenang je rasa...Tapi bila ade kes macam diorang ni jadi seram la plak...hahaha...

Ade jugak scene dalam movie yang nak tunjuk Liyana Jasmay macam berbogel...Tapi sekadar "macam" je...Kira bukan betul-betul...Kira dah macam nak tiru orang putih la...

So...overall rating aku untuk cite ni 6/10.