Showing posts with label Movies. Show all posts
Showing posts with label Movies. Show all posts

October 4, 2015

The Intern


Sebelum aku tengok cerita ni aku dah boleh agak cerita ni best. Sebab kedua-dua pelakon yang aku suka tengok. Robert de Niro dalam cerita Las Vegas dengan Anne Hathaway, dari cerita My Princess Diaries.

Rating aku untuk cerita ni 8.5/10. 

Paling aku suka cerita ni pasal kehidupan Jules Ostin yang merupakan seorang ibu yang berkerjaya. Yang perlu membahagikan masa diantara kerja dengan kehidupan peribadi. Cerita panjang pun tak jadi. Tapi bagi aku cerita ni best. Tapi untuk korang macam mana pulak?

Dah tengok nanti baru cerita. :)










September 5, 2015

The Transporter : Refueled


Terus terang aku cakap. Aku agak kecewa jugak la. Sebab macam yang korang tahu The Transporter ni memang sinonim dengan Jason Statham. Tapi untuk sekuel kali ni bukan dia yang berlakon. Dan yang tak bestnya, pelakon tu cuba nak jadi macam Jason Statham.

Rating aku 5.5/10. 

Kereta Audi yang diorang gunakan kali ni memang best. Audi S8. Memang terbaik la. Tapi action, bagi aku kurang. Pelakon dalam sekuel kali ni pun macam tak kenal sangat. 

Sinopsis?

Sama je macam siri The Transporter yang lepas. Ambik dan hantar. Sama je. Nak story panjang-panjang pun tak best jugak. Jadi korang gi la tengok ye. 




August 19, 2015

Mission Impossible : Rogue Nation


Petang tadi layan Mission Impossible : Rogue Nation kat GSC Pavilion. Kebetulan hujan lebat. Singgah layan movie la kejap. 

Rating aku 8/10. Terbaik. Sebab ade masuk scene kat KL Tower walaupun 5 saat. Hahaha.


Aku rasa mesti dah ramai yang tengok kan? Sebab dah dua minggu dah tayang kat panggung. 


Sedikit sinopsis cerita. 

Mengisahkan pasal seorang ajen IMF, Ethan Hunt cuba untuk menyiasat kewujudan satu sindiket yang cuba untuk melumpuhkan IMF.  



January 15, 2011

Review Filem : Khurafat

Baru balik dari Mesra Mall , Kerteh. Jalan-jalan. Kebetulan ade hal kejap kat Dungun. Jadi terus la ke Kerteh. Layan movie terbaru terbitan Shamsul Yusof, Khurafat.


So. Lepas tengok poster. Jom kita tengok pulak trailer Filem Khurafat ni.

November 8, 2010

[Review] Jonah Hex

Salah satu filem yang keluar tahun ni jugak. Release date kat Malaysia 5 August 2010. Aku pun lambat jugak tengok cerita ni. Sebab time tu tengah sibuk-sibuk final project. Sebab tu la sekarang ni baru tengok.

November 7, 2010

[Review] The Losers

Review untuk movie The Losers. Kalau ikut kat internet, movie ni dah pun di release 22 April 2010 kat Malaysia. Cuma aku je baru tengok. Melihatkan pada jalan cerita untuk filem The Losers ni lebih kurang macam A-Team la. Tapi tak tau la sape tiru, tiru sape. 

November 4, 2010

[Review] Resident Evil : Afterlife

Aku memang pengikut setia filem Resident Evil. Dari yang mula-mula. Sampai la Resident Evil : Extinction. Semalam aku baru layan movie terbaru dalam series Resident Evil. Resident Evil : Afterlife.


Macam kebiasaan, filem Resident Evil ni kalau korang bukan pengikut yang setia, baik tak payah tengok. Sebab nanti korang mesti pening. Sebab plot dalam cerita ni kebanyakannya bersambung dengan cerita sebelum nya. Ye la, dari mula-mula filem Resident Evil ni keluar sampai la yang paling latest asyik dok cerita pasal Alice je. Kejap hidup, kejap mati.

Dalam cerita latest ni, memang totally bersambung dari cerita Resident Evil : Extinction. Dalam cerita ni, diorang cari balik survivor yang terselamat sebelum tu. Sebab diorang ni tiba-tiba hilang. Jadi si Alice ni cari la balik. Last-last si Alice ni jumpa la salah seorang dari survivor tu. Pastu diorang bersama-sama mencari Arcadia. Yang mana selalu dihebohkan bahawa Arcadia ni tempat selamat untuk diorang, sebab tak ade infection. Nak tahu kisah selanjutnya? Korang tengok la ye.

Pandangan aku :

Kadaang-kadang jalan cerita ni pening sikit. korang kena flashback balik kisah-kisah sebelumnya. Korang kena ingat balik. Lepas tu, scene lawan-lawan dalam cerita ni dah tak syok macam sebelumnya. Zombie pun tak best macam mula-mula dulu. Aku lagi suka cerita Resident Evil yang mula-mula. Time mula-mula infection tu berlaku. Sekarang ni start-start je, semua dah kena infection. Tak syok la. Rating 2/5 je kot.

November 3, 2010

[Review] R.E.D. | Retired. Extremely. Dangerous

Petang tadi aku layan movie yang boleh kata baru jugak la. R.E.D (Retired. Extremely. Dangerous) agak-agak sape yang dah tengok movie ni? Macam mana dengan impression korang?


Bagi yang dah tengok aku rasa tak perlu la nak cerita panjang. Sebab jalan cerita ni mesti korang dah tau kan. Kepada yang belum sini-sini aku story sikit. Movie ni mengisahkan pasal special agent yang memang dah bersara. Tapi diorang ni memang terlalu rahsia sampaikan orang yang kerja dalam CIA sendiri tak ade rekod pasal diorang. Diorang ni dah membongkar satu rahsia yang berkaitan dengan Vice President Amerika Syarikat. Disebabkan diorang ni terlalu hebat, diorang ni diburu sebab takut diorang ni akan bocorkan rahsia tu. Nak tahu lebih-lebih korang tengok sendiri la. Hehehe. Lakonan Bruce Willis, Morgan Freeman, Mary-Louise Parker, John Molkovich, Helen Mirren dan Karl Urban.

Pandangan aku :

Cerita ni best. Aku boleh bagi 3/5 la. Kalau tengok filem action Bruce Willis nampak biase je. Sebab character Bruce Willis yang bersahaja. Tapi yang tak syoknye, hero ni terlalu hero. Sampai nak cedera pun payah. Biase la tu, cerita. Jalan cerita tersusun. Dari A sampai Z. Tak tahu la kalau korang berpendapat macam mane kan. Tapi ending untuk cerita ni macam tak syok sangat. Sebab penjahat senang sangat mati. Jadi ending yang terlalu simple. Tak best.

Korang yang dah tengok pulak macam mane?

October 23, 2010

Filem 2 Alam hanyalah Khayalan Dr. Rozmey?


Sekarang ni ramai wartawan dah geleng kepala bila tonton Filem 2 Alam yang diterbitkan oleh Dr. Rozmey. Filem yang di canangkan bakal mengutip kutipan sehingga 40 juta? Betul ke? Sampai tahap tu ke?
Nak cakap lebih-lebih pun aku tak tengok lagi. 
Antara komen-komen yang diberikan oleh wartawan yang tengok pra tonton movie tu.
Wartawan hiburan Mingguan Malaysia, Arif Nizam Abdullah pula berpendapat kualiti filem2 Alam tidak setanding dengan sasaran kutipan yang diuar-uarkan.
Tambahnya, berdasarkan kepada pengamatannya, untuk memperoleh RM400 ribu pun belum tentu berjaya kerana filem itu hanya setaraf sebuah drama.
“Filem ini terlalu kerap mengulang babak yang sama. Selain itu, lakonan watak transeksual yang ingin ditonjolkan tidak nampak realistik. “Apabila melihat hasil filem ini saya rasa ia boleh membuat penonton tertipu dengan sasaran RM40 juta yang diperkatakan oleh beliau,” katanya. Arif Nizam juga menambah, terdapat beberapa babak dalam filem ini tidak sesuai untuk menjadi tontonan umum.

Komen lain pulak,

Wartawan hiburan Berita Minggu, Zul Husni Abdul Hamid berkata filem tersebut mempunyai jalan cerita yang menarik tetapi teknik imbas semula (flash back) yang ditampilkan membuatkan 2 Alam sekadar "biasa-biasa" sahaja.
Katanya olahan filem itu menarik tetapi disebabkan terlalu banyak flash back yang ditampilkan, ia telah mengganggu tumpuan penonton.
"Tidak perlu banyak pengulangan terutama pada babak asmara," katanya.
Tambahnya, lakonan para pelakon perlu diperkemaskan kerana tuntutan filem berkenaan adalah kuat. 

Bila dah dengar komen macam ni aku nak gi tengok ke cerita ni? Ye la. Kurang-kurang pun nak habiskan RM 12 jugak untuk satu movie. Tambah-tambah pulak sekarang ni, kebanyakan remaja mana nak tengok movie-movie Melayu ni. Selalu orang akan cakap yang movie Melayu ni tak best la. Dah keluar komen macam ni lagi la orang tak nak tengok. 


Jadi bakal tercapai ke target Dr. Rozmey nie?

October 14, 2010

[Review] Sammy's Adventure | The Secret Passage 3D

Aku baru je lepas tengok movie Sammy's Adventure | The Secret Passage. Sebenarnya memang dari awal takde niat pun nak tengok movie tu. Memandangkan movie-movie lain dah agak fullhouse. Terpaksa la tengok cerita tu. Kali ni memang banyak cerita 3D. Tapi kat GSC Alamanda, Putrajaya ni takde la pulak 3D.


Komen aku untuk cerita ni. Jom kita tengok trailer kat bawah ni dulu.


Kat TV pun tak banyak advertise pasal movie ni. Jadi rating aku untuk movie ni. Sebab tu aku pun tak tahu pasal movie ni. Rating aku untuk movie ni 9/10. Best. dan memang sangat best. Sebab penuh dengan ........ Tak nak cerita panjang la. Korang pergi tengok dulu ye. =)

September 23, 2010

Review The Expendables | Mungkinkah movie of the year?

Malam semalam layan movie yang tak berapa nak baru jugak la The Expendables. Arahan Sylvester Stallone. Aku rasa ramai yang dah tengok movie ni, sebab dah lama dah keluar panggung kalau tak silap aku sebelum bulan puasa lagi. Pelakon dia, memang tak payah nak cerita la, semua best-best. 


Sylvester Stallone mesti la ade, body tetap maintain walaupun dah menjangkau 60an. Jason Statham, kalau tengok dia ni dalam cerita The Transporter nampak macam besar. Tapi bila berdiri sebelah Sylvester Stallone nampak kecik je. Pastu, Jet Li yang dikira paling kecik la dalam ramai-ramai. Ade jugak Stone Cold. Aku cukup suka dia berlakon, walaupun sebelum ni dia ni meningkat naik dari dunia wrestling tapi lakonan dia memang best. Bersahaja cuma kali ni dia jadi orang jahat. Pastu ada pulak Bruce Willis dengan Arnold Schwarzenegger walaupun sekejap. Memang tip top la cerita ni.

Pasal action korang tak yah cerita la. Setakat bunuh-bunuh pakai pistol ke pisau ke tu dah jadi perkara biasa dalam action movie. Action dia memang best. Kalau pernah tengok cerita Rambo mesti korang sendiri faham macam mana tahap action dalam filem ni. 


Aku tak cerita la sinopsis cerita ni. Sebab aku rasa baik korang tengok sendiri, bagi yang belum tengok la. Tapi memang kepuasan terjamin bila tengok cerita ni. 

Aku bagi 9/10 untuk cerita ni. Sebab ada satu part tu agak slow. Jadi tak boleh nak bagi full la. 

July 10, 2010

[Review] Knight and Day

Aku rasa agak lambat jugak aku post review aku pasal movie terbaru lakonan Cameron Diaz dengan Tom Cruise...


Kali diorang berlakon dalam movie komedi yang mantap gandingan mereka berdua...Aku rasa kalau kepada mereka yang dah tengok movie ni tentu dah tau cerita ni macam mana...kepada mereka yang belum lagi tengok cni aku ceritakan sikit sinopsis cerita nie...

Tom Cruise as Roy Miller seorang agent CIA yang mana beliau telah dituduh sebagai pengkhianat kepada agensi tu bila dia dikatakan merancang untuk menjual 'zephyr' yang mempunyai kuasa untuk memberi tenaga kepada sebuah bandar kecil...Kebetulan dia terserempak dengan June yang tiba-tiba terlibat secara langsung dalam konflik yang telah di timbulkan oleh Roy..Kalau korang nak tahu lagi pasal movie ni...pergi la tengok dekat panggung terdekat...Memang best...

Banyak jugak scene yang boleh buat korang gelak...kira best la movie nie...Kalau tak caya korang tengok trailer movie ni...

June 18, 2010

[Review] Lagenda Budak Setan

Lagenda Budak Setan....Aku dengan member panggil The Legend of Hellboy...hehehehe...

Semalam aku pergi tengok dengan "dia"...Sebenarnya niat di hati nak layan movie Karate Kid...tak pun A-Team..Tapi memandangkan sekarang ni musim cuti sekolah...So kesemua cerita yang ditayangkan dekat GSC Alamanda memang dah sold out...Kalau ada pun sit depan je...Tak syok sangat la...

So...Aku nak komen sikit pasal cerita Lagenda Budak Setan...Secara keseluruhan aku bagi 5/5...Memang best...Aku sebenarnya pada mulanya malas nak tengok...Sebab ye la...Macam jiwangjiwang sikit...Tapi bila dah tak ada cerita lain...Aku sapu je la...hehehe...

Cerita ni mengisahkan cinta antara Kasyah dengan Ayu...hahaha..Aku rasa aku tak payah nk cerita panjang-panjang...sebab aku tau ramai yang dah tengok cerita ni..Mana taknya...lakonan mantap Que Haidar...Siap main tampar-tampar lagi tu...Tampar Lisa Surihani pulak tu...Ish3...Panassss....Farid Kamil jugak mainkan watak yang hebat...dari rambut nak ala-ala Rio ferdinand...Tukar jadi rambut orang Afrika...last-last baru smart sket...hehehe...

Apa-apa pun...Jalan cerita yang menarik untuk cerita Lagenda Budak Setan....aku suka tengok plot cerita ni yang ada turun naik...kejap happy...kejap sedih...kejap lawak...Lagipun pelakon-pelakon cerita ni cukup berpengalaman...jadi tak mustahil kot...cerita ni boleh capai box office...dah seminggu di tayangkan pun...panggung penuh lagi...



Filem yang diarah oleh Sharad Sharan...Dengan memperkenalkan seorang pelakon baru Shiqin Kamal...Di adaptasi dari buku hasil daripada tulisan Ahadiat Akashah yang merupakan novel terlaris di Malaysia...Aku bagi 5/5 untuk cerita ni...

June 16, 2010

[Review] Toy Story 3 (Updated)

Review kedua untuk Toys Story 3...Tadi aku baru blog-kit daripada Nuffnang untuk movie Toy Story 3 ni...So..dengan blog-kit ni aku boleh cerita lebih mendalam kat korang...Jadi baru korang boleh nilai sama ada berbaloi ke tak pergi tengok movie Toy Story 3 kali nie...

First sebelum cerita lebih panjang...kita tengok dulu character-character terbaru dalam cerita ni...Banyak...sebab diorang jumpa geng-geng baru...Tapi semua character ni baik ke jahat?...Korang jangan lupa tengok ye....


Sinopsis Toy Story 3
Mengisahkan tentang nasib kesemua permainan Andy...Macam yang korang tahu Woody, Buzz dan rakan-rakan lain mengalami dilema bila Andy nak masuk kolej...Jadi diorang asyik terfikirkan nasib diorang sama ada kena buang atau pun di donate kan ke rumah jagaan kana-kanak...Banyak konflik yang berlaku...untuk diorang menentukan nasib diorang...Kali ni Barbia akan berkenalan dengan Ken...Siapa Ken?...hehehe...

Kat bawah ni antara scene-scene yang ada dalam movie Toy Story 3 kali ni...







Jadi jangan lepas kan peluang nak tengok Toy Story 3 kali nie...



June 15, 2010

Keistimewaan Toy Story 3

Kat sini aku nak share sikit keistimewaan Toy Story 3 yang baru...Sebelum start movie tu ditayangkan...akan ada satu cerita pendek daripada Pixar Animation Studio...Memperkenalkan character baru...iaitu Day & Night...Aku ada juga cuba cari clip video untuk Day & Night...Tapi tak ada lagi la...Sebab tu exclusive bersama dengan Toy Story 3...Jadi kalau korang nak tengok Day & Night...korang kena la pergi dekat panggung wayang terdekat...Khamis ni...bersamaan dengan 17 June...Kalau tak terlepas tengok awal...Booked la tiket awal-awal ye...=)

Ni antara the making of Day & Night....

[Review] Toy Story 3


Malam tadi aku dah pergi tengok Toy Story 3...lepas aku dah dapat invitation daripada Nuffnang untuk Premier Screening dekat GSC Midvalley Megamall...Sejak dari cerita pertama Toy Story dari tahun 1995 lagi aku dah ikut...Tapi baru kali ni Pixar Studio dengan Disney buat 3D version untuk kisah Toy Story selain Double Feature diorang hari tu...



Untuk movie Toy Story 3...Aku bagi 5 bintang daripada 5...memang best...dan boleh kat sejak dari mula cerita tu sampai la habis...aku fikir nak gelak je...sebab memang banyak-banyak part-part lawak dalam kisah kali ni...Aku cerita serba sedikit tentang cerita ni...Toy Story kali bila Andy dah besar...So...Andy nak pergi kolej...jadi bila dah jadi remaja...mainan-mainan lama pun dah tak main...jadi apa yang dia nak buat dengan mainan tu?...korang tengok la ye...Apa kaitan dengan Sunville?...Tengok tau...


Bila nak tengok nanti...korang tunggu part bila Buzz dah kena sawan Spanish...tak pasal-pasal jadi orang Spanish....korang tengok tau...memang best...Kira tak rugi la kalau tengok movie kali ni...Lepas tu korang tengok jugak character Lotso...Comel kan?....Nak tahu dia ni siapa?...Tungggguuu !!!!...hehehe...


Aku tak boleh nak story panjang...sebab masih keletihan...jadi aku nak rehat...nanti kalau dah keluar kat panggung Khamis ni...jangan tak tengok ye....Aku gerenti cerita kali ni best...hehehe...

so...aku bagi 5/5 untuk Toy Story 3...

May 30, 2010

[Review] Prince of Persia : The Sand of Time


Prince of Persia : The Sands of time yang dah keluar hari Khamis yang lepas di semua pawagam...Semalam aku dah tengok movie ni dekat Alamanda...Hari i aku nak review sikit pasal movie ni...

Kalau korang tak tahu lagi pasal movie ni...Movie ini adalah adaptasi daripada game Prince of Persia...Kira watak dan jalan cerita banyak merujuk kepada game Prince of Persia...Cerita in berlaku apabila Dastan iaitu putera raja Persia yang tidak mempunyai darah bangsawan...dia jadi Putera Raja pun bila Raja Persia ambik dia jadi anak angkat..Dastan ni membantu tentera Persi ketika mereka membuat serangan ke atas Alamuth...Secara kebetulan...Dia jumpa pisau yang boleh mengembalikan masa silam...Dengan pasir yang boleh dianggap suci la...Jadi tugas diorang untuk protect benda tu daripada jatuh kepada tangan orang jahat...

komen aku tentang movie ni aku boleh bagi 4/5...Sebab dari segi jalan cerita agak perlahan sikit...Sebab dalam cerita ni banyak watak yang diperkenalka..jadi banyak jugak la cakapnya...Tapi part action...Cerita ni memang best...dengan banyak jugak aksi-aksi yang menarik...Kira kalau pergi tengok tu tak la membosankan sangat...

Jadi overall rating 4/5...