Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

April 5, 2012

Proton Preve dijual pada harga RM 75,500


Proton Preve keluaran terbaru Proton dijual pada harga RM 75,500. Perbandingan diantara Toyota Vios dengan Honda City. Kalau tengok pada features untuk Proton Preve ni boleh tahan jugak. Sebab boleh katakan Proton Preve ni dilengkapi dengan acessories yag biasanya hanya ada pada kereta yang bernilai RM 100 k dan keatas. 

So, kepada sapa-sapa yang baru-baru nak beli kereta tu. Boleh lah usha-usha kereta ni. Mana tau kot-kot kotrang berkenan di hati. Hehehe.

April 3, 2012

Minyak RON 97 naik pada 04.04.2012


Minyak naik lagi?

Tapi bukan RON 95, cuma RON 97 yang naik dari RM 2.80 ke RM 2.90. Kenaikan sebanyak 3.5 %.  10 sen je yang naik. Hurmm. Nasib baik la rakyat Malaysia ramai yang guna RON 95 berbanding RON 97. Sebab kereta kita kebanyakannya menggunakan RON 95. Cuma kereta-kereta yang berprestasi tinggi je yang gunakan RON 97.


Harapnya minyak RON 95 ni tak la naik lagi. Sebab bila minyak RON 95 naik habis la barang-barang lain effect sekali. Terutama sekali barang - barang makan. Semua naik harga. Dengan alasan sebab minyak naik harga. Hurmm.



April 1, 2011

Tinggal lagi sejam minyak RON97 berharga RM2.70

Yahooo...Minyak naik lagi...macam biase RON97 la yang naik..Walaupun RON95 tak naik. Tak mustahil satu hari nanti akan naik jugak. Dengan alasan, kerajaan dah tak mampu nak tanggung subsidi minyak untuk rakyat sebab rakyat guna minyak banyak sangat. Betul ke macam tu?

Rakyat didahulukan , Pencapaian diutamakan

Betul ke slogan tu? Kalau dulu kita pakai RON97. Pastu downgrade jadi RON95. Hmm. Macamane tu? Sebab tu kadang-kadang tu sendiri mau fikir la. Susah bila bercakap benda macam ni. Kena control. Nanti tak pasal-pasal lain pulak jadinya. Betul tak?

Sekarang ni minyak RON97 dah naik RM2.70. Same macam pernah naik dulu kan?..kan?..kan?

February 18, 2011

Remaja 14 tahun perkosa budak 5 tahun | Ape la nak jadi sekarang ni?

Ape la nak jadi dengan dunia sekarang ni. Budak-budak zaman sekarang pun dah terpengaruh dengan cara hidup barat. Korang ade bace tak artikel kat Harian Metro hari ni?


Aku rase macam bangang gile. Baru umur 14 tahun tapi dah pandai buat kerja-kerja macam ni. Mane mak bapak diorang? Ke disebabkan kesempitan hidup zaman sekarang ni menyebabkan diorang ni tak terkawal oleh ibu bapa diorang? 



Ke ni jugak booleh dikaitkan dengan masalah keluarga? Disamping kesempitan hidup yang diorang alami. Tak pun pengaruh rakan-rakan. Ye la kan. Sekarang ni budak-budak senang terikut-ikut dengan rakan-rakan diorang yang mana kadang-kadang tu lagi besar dari diorang. Bila dah kawan dengan orang yang lebih tua ni, macam pengaruh la yang diorang dapat. Betul tak?

Ape-ape pun. Aku rasa semua tu kena ade pertimbangan dalam diri sendiri. Lepas tu, didikan agama daripada ibu bapa dan diri sendiri pun penting. Kadang-kadang kita ni pun lalai. Betul tak? Sebab tu aku rasa wajar untuk kita saling ingat-mengingati. =)

February 11, 2011

Berdua-duaan di alam maya boleh dikatakan khalwat?

Dalam alam maya ni boleh dikatakan khalwat? 


Bahaye jugak tu. Tapi kalau ikutkan memang ade betulnye jugak kan. Sebab sekarang ni walaupun jauh beribu batu tapi still boleh berhubung macam ade kat sebelah je kan. Ye la kan. Sekarang ni Yahoo Messenger ade, Skype ade. Macam-macam lagi la. Jadi perhubungan sekarang ni makin mudah. Walaupun seseorang tu berada beribu batu jauhnya.

Betul kan?

Kalau dulu nak berhubung kalau jauh beribu batu ni, sekadar surat menyurat je. Tu pun nak dapat replay balik ade la dalam 2,3 minggu. Tak pun dalam sebulan ke. Tapi sekarang berape step je dah dapat tengok muka orang tu. Senang. Sebab tu boleh dikatakan yang berdua-duaan dalam alam maya ni boleh dikatakan khalwat. Bahaye tu. 


Wanita dan lelaki bukan mahrim yang berbual berduaan biarpun di alam siber, melakukan perlakuan sama seperti berkhalwat kerana ia mengundang bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada suami atau isteri. 
Sehubungan itu, penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata mereka yang menggunakan kemudahan Internet perlu meletakkan sempadan syariat dan sempadan hati supaya teknologi itu tidak disalah guna atau menjadi alat perantaraan untuk membuat maksiat.
 Sumber : Harian Metro

February 7, 2011

Remaja sekarang sanggup gadaikan maruah diri !

Sape ade bace paper Metro Ahad semalam. Pengakuan 3 orang pelajar yang sanggup menggadaikan maruah diri semata-mata untuk duit. Memang macam tu ke? Cuba korang bace petikan kat bawah ni yang dipetik dari artikel Kikis Wang Lelaki.

LALA, 24:
“SAYA menggenggam segulung diploma dalam jurusan pelancongan dari sebuah kolej di Melaka tahun lalu, namun persaingan dalam dunia pekerjaan menjadi penyebab saya beralih menjadi pekerja sosial.
‘Pekerjaan’ ini mudah dan tidak memerlukan masa panjang untuk mendapatkan gaji lumayan. Saya tidak perlu bekerja lebih seperti mana eksekutif kanan pelbagai syarikat lain. Lagipun, pekerjaan seperti itu belum menjamin pendapatan tinggi. 
Jika ada yang menawarkan gaji sehingga lima angka sebulan, ia memerlukan komitmen tinggi dan masa yang banyak.
Sebab itu saya beralih kepada kerja seperti ini. Cukup senang. Walaupun dipandang hina, masih ramai lelaki hidung belang mahukan khidmat kami. Bagaimanapun, sebagai orang Islam, saya tetap terfikir mengenai soal halal dan haram. 
Mungkin, apabila mengumpul wang secukupnya, saya akan berhenti melakukan kerja seperti ini dan memulakan perniagaan sendiri,” kata gadis berasal dari Kedah itu.
Sumber : Metro Ahad

Perasan tak? Tah la. Aku pun tak faham sebab ape remaja sekarang nie sanggup buat apa sahaj demi wang. Kalau tengok balik kenyataan dari si Lala ni. Naik marah jugak aku. Macam perkara halal haram ni boleh buat main-main pulak. Hmmm.  Lumrah kehidupan zaman sekarang kan.

January 31, 2011

Situasi di Mesir | Doakan untuk rakan-rakan kita kat sana

Kalau sekarang, mesti korang tahu pasal berita dekat Mesir kan? Sekarang ni rusuhan berlaku sebab diorang nak President Hosni Mubarak letak jawatan. Dan bagi aku, aku sangat-sangat sokong ape yang dilakukan oleh rakyat Mesir ketika ini. Kalau sebelum ni kerajaan Tunisia di bawah pimpinan Ben Ali digulingkan. Kali ni biar lah Mesir pulak ambik tindakan yang same.


Sebab ape aku setuju? Sebab President Hosni Mubarak ni merupakan salah seorang sekutu rapat kepada Israel. Sanggup mengarahkan penanaman plat besi dekat sempadan Mesir dengan Palestin. Langsung pejamkan mata. Macam tak nampak ape yang berlaku. Hmmm.


Source : The Wall Street Journal
Melihatkan keadaan kat Mesir sekarang, aku risau jugak kat membe-rmember aku kat sane. Maklum la sekarang ni, segala perhubungan macam internet ke, telefon ke. Macam susah time sekarang ni. Ape-ape pun, kita doakan yang mereka kat sane semuanya selamat. Insyaallah. 

January 23, 2011

Blogger pun mampu dapat RM 1 juta !

Blogger mampu meriah RM 1 juta?

Terkejut jugak aku tengok muka depan Berita Harian hari ni. Tajuk utama pulak tu. Cakap yang blogger ni mampu meraih RM 1 juta. Lepas tu, ternampak la pulak muka Kak Red kat situ. Memang tak dinafikan yang kak red ni memang dah pun established.

Memang tak dinafikan sekarang ni ramai yang dah bergiat-giat dalam dunia blogger. Sebab dengan cara beblogging ni korang boleh jana pendapatan sampingan. Yang penting kena pada teknik berblogging yang betul. Kalau nak cakap aku ni seorang blogger yang hebat. Jauh sekali. Orang lain dah hit ribu-ribu sebulan. Aku ni setakat nak sampai ribu-ribu pun semput. Tapi syukur la. Sebab disebalik tu ade jugak pendapatan sampingan aku. =)

Sape-sape yang bace pasal news ni kat Berita Harian mesti terperasan kat satu column. Sebab kat situ ade tulis yang blogger yang dapat pnedapatan ni takkan lari dari kena bayar cukai. Tak sangke jugak la. Kalau macam ni pun kena bayar cukai jugak ye. Ingatkan kita dapat semua sekali. Huhuhu.

Ape-ape pun. Semua tu rezeki masing-masing kan. Yang penting kita kena Happy Berblogging. =)

December 1, 2010

Minyak naik lagi ! | RON 97 kini RM 2.30 sen

Minyak naik lagi?

Tu mengikut laporan berita yang aku tengok kat MalaysiaKini. Minyak RON 97 bakal naik lagi 15 sen. Lepas hari tu, kalau tak silap aku bulan lepas dah naik 5 sen. Kenaikan mendadak jugak tu. Jom tengok dekat graf kenaikan minyak sejak 2004 - 2010.


Hari ni dah naik pun ke harga RM 2.15 sen untuk RON 97. Tapi untuk RON 95 masih lagi kekal dengan harga RM 1.85 sen. Yang tak best nye, aku tahu pasal kenaikan ni tengah malam semalam. Cepat kan? Tau tau je dah naik. Tak de dapat information pasal kenaikan ni. Berita pagi ni baru ade cerita pasal kenaikan ni kat berita. Hmmm.

Bila dah naik tu, tak boleh nak buat ape la kan. Kita tunggu la bila pulak nak turun. Tapi nak turun tu agaknye bile ye? Sebab kalau tengok graf, asyik naik je. Pastu, minyak yang kita guna dulu adalah RON 97. Sebelum diperkenalkan RON 95. Betul tak? Sekali lagi. Hmmmm. 

November 16, 2010

Richard Branson jadi stewardess Air Asia | Gambar Hangat

Hahahaha. Memang nak tergelak jugak aku dengar berita ni. Macam korang tahu, yang Sir Richard Branson yang mana merupakan pengasas kepada Virgin Group kena jadi pragumari Air Asia. Ye la kan, lepas kalah pertaruhan dengan Tony Fernandes dalam Formula one racing. 


Selanjutnya,

November 11, 2010

Kenapa AC Mizal tutup account Facebook?

AC Mizal dah tutup account Facebook? Kenapa dan mengapa? Sebab dah tak tahan dengan tohmahan yang dikeluarkan ke? Ke fakta yang telah dikeluarkan oleh Aidid Mu'adib ni betul-betul belaka? Konfius jugak sekarang ni. Bila dah tutup account Facebook macam tu bukan ke macam melarikan diri dari masalah?

Tahniah kepada calon-calon UPSR | Sedikit Pesanan

Tahniah diucapkan buat adik-adik yang dah pun berjaya dapat keputusan cemerlang dalam UPSR kali ni. Bagi yang kurang bernasib baik tu, jangan anggap ni satu keputusan yang menutup masa depan korang ye. Masih banyak lagi yang korang boleh kecapi, PMR dan SPM menanti akan datang. Ape-ape pun tahniah kepada seramai 48,327 calon UPSR yang dah dapat keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil.

SUMBER : MSTAR

Kat sini nak berpesan sikit kat adik-adik yang baru habis UPSR ni.

November 10, 2010

Presiden Russia pandu kereta F1 selaju 240km/h

Best kan. Bila dapat peluang nak test drive kereta F1. Aku pun teruja jugak kalau dapat peluang nak test drive kereta F1. Tapi kali ni, Vladimir Putin, President Russia yang test drive. Perghh. Memang sempoi la. Bukan selalu nak tengok Ketua Negara drive kereta F1selaju hampir 240km/h. Tapi memang Presiden Putin ni minat-minat benda-benda macam ni. Jadi tak kisah la.

Vladimir Putin dalam kereta F1 yang dipandunya

AC Mizal buat laporan polis

Aku rasa semua masih ingat lagi kekecohan yang timbul pasal Gelang AC Mizal. Yela kan, bila ada sumber-sumber yang mengatakan pasal gelang itu betul atau tidak. Tipu ke tak? Dan aku sendiri pernah tulis pasal kesangsian aku tentang gelang ni. Jadi sekarang  ni kalau korang nak tahu AC Mizal dah pun buat laporan polis. Dan telah menamakan beberapa blog yang dikatakan mengancam bisnes nya. 

Sumber : SINI

November 9, 2010

Penoreh getah mampu dapat RM 4000 sebulan

Harga getah naik? Ni mungkin berita terbaik untuk penoreh-penoreh getah, apabila mereka dijangkakan boleh mendapat pendapatan sehingga RM 4000 sebulan. Kenaikan ni diumumkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal apabil menyatakan bahawa harga getah SMR20 yangg mencatatkan harga RM12.44 sekilo semalam bakan menunjukkan trend yang melonjak sejak beberapa bulan lalu.

November 8, 2010

Lelaki Bakar diri , bimbang kuil diroboh

Gara-gara terlalu bimbang kuil Sri Srinivasa Perumal di Pusat Bandar Puchong, Selangor akan dirobohkan, seorang lelaki bertindak nekad dengan membakar dirinya.

Patung Gajah jadi bualan kat Batu Pahat

Patung Gajah jadi isu kat Batu Pahat? Kalau tengok kat gambar bawah ni memang besar betul. Kalau hempap orang tu. Memang tak lame la. Tapi sebab ape nak buat patung gajah sebesar tu kat atas bangunan tu ye? Hmmm. 

Berita selanjutnya kat bawah ni.

November 5, 2010

Korban terbaru Gunung Merapi - 54 maut

ARGOMULYO, Indonesia: Gunung Merapi pada Jumaat meragut 54 nyawa lagi menjadikan korban keseluruhan bencana alam itu meningkat kepada 100 orang sejak ia meletus pada 26 Oktober lalu.

Buat pertama kalinya juga, gunung paling aktif di dunia ini memuntahkan abu melepasi kawasan yang begitu besar sehingga ke Yogyakarta iaitu ibu negeri Jawa Tengah yang terletak 28 kilometer ke selatan gunung berkenaan.
Jurucakap Hospital Sarjito, Banu Hermawan, 54 mayat telahpun dibawa ke hospital itu oleh para penyelamat.
Seorang sukarelawan, Utha memberitahu wartawan agensi berita AFP, dia menemui tiga mayat iaitu seorang kanak-kanak, ibu dan bapa kaku di atas katil mereka sekaligus mengambarkan betapa mereka sedang tidur ketika abu dan wap panas menghempas kediaman mereka.
Utha berkata dia sendiri telah membawa 10 mayat ke hospital berkenaan sambil menambah dia turut menemui seorang lelaki yang telah mati dengan telefon bimbit masih di tangannya.
Seorang pegawai pasukan medik polis Yogyakarta, Teguh Dwi Santosa memberitahu AFP: "Pekan Argomulyo bagaikan direbus dengan air panas. Ramai kanak-kanak ditemui mati di sini. Ketika saya tiba, buminya masih kepanasan."
Merapi telah memuntahkan debu, awan panas dan lahar daripada kawahnya yang setinggi 2,914-metre, sepanjang malam sehingga mencetuskan panik kepada penduduk pekan kecil ini yang cuba menyelamatkan diri dalam kegelapan malam.
Sehingga kini jumlah penduduk sekitar Gunung Merapi yang telah dipindahkan mencecah 100,000 orang dengan 30,000 orang ditempatkan di sebuah stadium lebih kurang 25 kilometer dari gunung itu.
Lapangan terbang antarabangsa Yogyakarta pula telah ditutup.
Pakar gunung berapi, Surono berkata, letusan pada Jumaat adalah yang terbesar setakat ini.
"Letupannya boleh didengari sejauh 20 kilometer," ujarnya.
Kini jarak kecemasan telah dilebarkan daripada 15 kilometer persegi kepada 20 kilometer persegi dan mana-mana penduduk yang tinggal dalam jarak tersebut dari Gunung Merapi diwajibkan meninggal kediaman masing-masing.

November 4, 2010

Moneyboy | Pelacur Lelaki

Tadi aku tengok rancangan 999. Sape yang tengok? Sila angkat tangan. Aku pun baru tahu pasal moneyboy. Ape tu moneyboy? Korang tahu tak?


Kalau cakap bahasa mudah, Moneyboy ni pelacur. Tapi bukan perempuan, sebab diorang ni lelaki. Yang tawarkan khidmat seks untuk golongan atasan. Rancangan 999 tadi dah pun membongkar rahsia moneyboy ni dengan menyamar. Macam biasa la diorang menyamar jadi pelanggan la. Lelaki dengan lelaki. Perghh. Kalau aku pun seram sejuk jugak ni.

Tapi tu la hakikat dunia. Tadi dalam rancangan 999, pengakuan yang diorang buat tentang pakej la. Ape la. Lepas tu pelanggan pulak ade yang dah berkahwin. Kalau dah kawen tu takkan kemaruk dengan lelaki pulak. Hairan betul la. Ape la masalah diorang ni. Nak cari duit mudah ke?

Tambah-tambah diorang ni tawarkan khidmat seks songsang kat kaum sejenis. Bukan kaum berlawanan. Haaaa. Tu yang aku hairan tu. Diorang ni memang gay. Tapi gunakan istilah lain sikit. 'Moneyboy'. Berikut adalah keratan artikel dari Berita Harian bertarikh 21/9/2010. Berita selanjutnya DISINI.
Dalam menjalankan urus niaga hanya Money Boy yang akan mendekati kenderaan pelanggan selepas mereka percaya kereta yang berhenti di tepi jalan mahu mendapatkan khidmat seks. Money Boy agak licik kerana tidak akan melayan pemandu yang memanggil mereka untuk mendapatkan khidmat seks songsang. 


Dalam tinjauan itu Money Boy didapati akan menaiki kenderaan yang berhenti di tepi jalan dan akan pulang beberapa jam kemudian. 



Usaha pemberita mendekati golongan ini berhasil selepas seorang Money Boy dikenali Rizal dalam lingkungan 28 tahun memasuki kenderaan yang diletakkan kira-kira lima minit di tepi Jalan Raja Laut. 



Lelaki itu kemudian mendekati kereta dan bertanyakan sama ada menunggu kawan dan kemudian menawarkan khidmat seks songsang dengan bayaran RM80. 



Menurut Rizal dia hanya ‘bekerja’ sebagai Money Boy pada masa tertentu dan menjadikan hotel murah sekitar ibu negara untuk menjalankan aktiviti terkutuk itu atau mengikut pelanggan ke rumah mereka. 

October 25, 2010

Harga Tiket Final Piala Malaysia naik mendadak

Kalau korang tengok berita TV1 satu tadi mesti korang perasan. Yang tiket untuk perlawanan akhir yang bakal berlangsung kat Stadium Bukit Jalil hujung minggu ni meningkat. Aku pun terkejut jugak dengan berita tadi. Maklum la. Memang ramai peminat-peminat bola yang akan turun. Tambah-tambah bila pasukan Kelantan dengan Negeri Sembilan. Yang mana memang mempunyai ramai peminat fanatik.


Tadi pulak, berita TV1 umum yang tiket untuk perlawanan akhir nanti RM 50 untuk grandstand berbumbung. Kalau yang lain pulak RM 30. Perghhh. Mahal tu. Kalau tahun lepas, harga tiket untuk Grandstand baru RM 30. Yang lain-lain baru RM 20. Macam mane boleh naik tinggi macam ni?

Naik secara mendadak? Aku pun tak faham kita tunggu je la nanti. Yang aku tahu, yang tu baru umum RM 50. Nanti dapat kat ulat-ulat tiket. Mesti diorang boleh jual sampai RM 60- RM70. Banyak tu. Kalau korang nak beli tiket. Baik beli awal-awal. Jangan sampai tertipu pulak dengan ulat-ulat tiket ni ye. Kalau tak korang pulak yang rugi.