Showing posts with label Automotive. Show all posts
Showing posts with label Automotive. Show all posts

July 22, 2016

BRE ataupun dikenali sebagai Beyond Economic Repair

Bulan lepas aku terlibat dengan kemalangan di KM145.1 di lebuh raya PLUS menghala ke Johor Bharu. Di sebabkan aku tak berapa nak familiar dengan kawasan Pagoh atau Muar pendekatan yang aku ambil adalah dengan menghubungi syarikat insurans aku tanpa mengambil kira geng-geng tow truck yang datang nak tolong.

So, semua insurans aku settlekan termasuk la towing ke panel bengkel kereta diorang.



Apa itu BRE ataupun Beyond Economic Repair?

Aku pun baru tahu juga pasal BRE ni. Ni yang terjadi pada aku disebabkan kemalangan tu. Syarikat insurans menawarkan aku untuk cover sepenuhnya nilai insurans yang aku bayar disebabkan BRE dan kereta aku dikategorikan sebagai total lost. Bukan lah bermaksud kereta aku ni tak boleh dibaiki, tapi kereta aku ni tak cukup nilai insurans aku untuk baiki.

Satu pelajaran yang aku dapat, apabila kita claim untuk satu-satu kemalangan, selalunya syarikat insurans tak akan cover sepenuhnya untuk membaik pulih kenderaan. Sebagai contoh dalam kes aku, paling tinggi boleh cover lebih kurang 60% daripada nilai insurans aku. Yang mana aku rasa nilai tu tak cukup nak baiki kerosakan kereta aku.

Ini disebabkan, apa yang aku tahu daripada bengkel kereta tu, diorang akan baiki, tapi dengan cara "contract repair". Repair sampai siap dengan nilai yang diluluskan oleh syarikat insurans.

Kat sini, kena pertimbangkan pulak, sama ada berbaloi atau tidak untuk "total lost" kan kereta tu. Macam kes aku, aku kena tambah lebih kurang RM5k untuk settlekan loan dengan bank. Sebabnya nilai insurans aku agak rendah dibandingkan dengan hutan yang aku ada dengan bank sekarang.

Kesimpulannya,

  • Total lost tak semestinya total lost. Kadang-kadang ini disebabkan nilai insurans yang di insuranskan tak dapat menampung kos pembaikan. Jadi syarikat insurans mengambil jalan untuk total lost kan kereta.
  • Nilai "insured" value kalau boleh janganlah terlalu rendah. Kalau boleh insurans kan sama nilai dengan baki loan. Aku ikut nilai yang diberikan oleh syarikat insurans, tu yang jadi kurang tu tu.



August 18, 2012

Range Rover Evoque dikesan di Kota Bharu


Range Rover Evoque dikesan di Kota Bharu. Hahaha. Macam jakun jap. Tapi tu lah hakikatnya, bila musim raya tiba je banyak la kereta mewah kelihatan. Tak kurang jugak dengan Range Rover Evoque ni. Aku ingatkan tak ada orang pakai lagi. Rupanya dah ada orang pakai. Plate Kelantan pulak tu. Kaya sungguh.


Tu baru sebuah, semalam aku jumpa Volkswagen Golf R, pastu Porsche Carrera. Yang tu tak sempat nak ambik. Maklum la, kamera phone tak mampu nak ambik waktu malam. Huhuhu

NotaKaki : Time Raya memang banyak kereta mewah kat Kota Bharu ni.


April 27, 2012

Pertama Kali bertentang mata dengan " Preve' "

Pertama kali bertentang mata dengan kereta keluaran terbaru daripada Proton, " Proton Preve' ". Kebetulan tadi time aku pergi dekat TESCO, Kota Bharu ada la showcar yang diorang letak kat situ. Kalau nak test drive kat situ pun boleh. Sebab aku tengok ade dua kereta untuk test drive.



Ada dua warna yang dipamerkan tadi, merah dengan hitam. Yang merah tu menyerah, yang hitam itu menawan. Hehehe. Try jugak duduk dalam kereta tu tadi. Yang paling aku suka, stereng kereta ni. Sebab apa, sebab design dia ada macam Volkswagen Golf punya stereng sket. Dengan curve yang lebih kurang kat stereng tu. Untuk yang lain-lain, semua lebih kurang sama je macam kereta proton lain. Tak banyak beza sangat.

Kalau korang nak tau lebih boleh la pergi kat showroom Proton terdekat. Boleh ambik feel sikit. Hehehe.

April 5, 2012

Proton Preve dijual pada harga RM 75,500


Proton Preve keluaran terbaru Proton dijual pada harga RM 75,500. Perbandingan diantara Toyota Vios dengan Honda City. Kalau tengok pada features untuk Proton Preve ni boleh tahan jugak. Sebab boleh katakan Proton Preve ni dilengkapi dengan acessories yag biasanya hanya ada pada kereta yang bernilai RM 100 k dan keatas. 

So, kepada sapa-sapa yang baru-baru nak beli kereta tu. Boleh lah usha-usha kereta ni. Mana tau kot-kot kotrang berkenan di hati. Hehehe.

April 3, 2012

Proton Preve adalah Proton P3-21A ?

Hari tu Proton dah lancarkan model baru Proton P3-21A. Masih lagi tak ada nama rasmi. So, nama tu lebih kepada prototype je. Jadi sekarang ni pun masing-masing meneka apa nama sebenar yang bakal diberikan kepada model terbaru keluaran Proton ni.


Tadi sambil-sambil berjalan di alam maya ni, terserempak dengan blog Funtastico. Dengan gambar Proton Preve. 


Proton Preve. Yang diambil dari perkataan Spanish. Yang mana bermaksud ' To Prove ' dalam bahasa Sepanyol.


Kalau diikutkan design dan rupa bentuk kereta ni, rasanya memang kereta yang bakal keluar nanti pun macam ni jugak. Sebab sekarang pun, tunggu pelancaran secara rasmi je model terbaru ni. Sebab hari tu pun baru pre-launch kan?


Apa-apa pun, tempahan pun dah dibuka. Aku rasa kalau korang berkenan dekat kereta ni dah boleh pergi tempah kot. Hehehe.


Credit to Funtastico.