Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

May 8, 2012

Invitation Nuffnang untuk Event The Sparkle Project With Yuna


Adusss. Dapat invitation dari Nuffnang la pulak untuk event The Sparkle Project With Yuna. Tapi sayangnya tak boleh nak pergi la. Sebab masih lagi di laut. 25hb baru turun. Tak berkesempatan la pulak nak pergi. Tambahan pulak memang aku nak pergi KL pun hujung bulan ni. Kalau event tu buat hujung minggu tu mesti aku dapat pergi. Tapi apakan daya.


Dah lama jugak tak dapat invitation event macam ni dari Nuffnang. Kalau dulu masa aktif-aktif blogging tu ada la jugak dapat. Bila sekarang yang tak berapa nak aktif ni susah pulak nak dapat kan. Apa-apa pun mungkin tak ada rezeki. Mungkin rezeki lain kali nak join event bersama Nuffnang lagi. Insyaallah. Mana tau kan. 

February 28, 2011

Nuffnang aku kembali ke ZERO !

Wah. Lamenye aku tak update. Dah lebih seminggu kot. Actually, last week banyak jugak activity yang aku buat. Macam-macam la. Tengok drift. Pegi air terjun. Cuma aku tak sempat lagi nak update. Tambah pulak dengan bandwidth untuk broadband aku dah exceed limit. Lagi la rase malas nak online. Sebab bile online je. For sure ambik mase untuk satu-satu page tu load. Naik menyampah jugak la.

Semalam aku dah cash out Nuffnang earnings aku. Disebabkan aku sekarang ni tak berapae nak aktif macam time belajar dulu. Secara tak langsung pendapatan Nuffnang aku pun macam tu je. Tak banyak sangat. Jadi sebab tu aku decide nak cash out income tu. Nak tunggu income baru pulak. Hehehe.


Everything goes back to zero. Hehehe. Kena try cari income Nuffnang lagi ni. Hope Nuffnang sudi la bagi aku buffered earnings lagi. Hehehe.

December 9, 2010

Earning yang paling tinggi aku dapat dari Nuffnang

Sekarang ni aku ni susah betul nak keluarkan entry. Tah la. Sebab ape pun aku tak tahu. Bila nak menaip entry je mesti jadi kaku. Kalau dulu, time cuti bukan main lagi kan. Boleh kata setiap jam aku ade je nak tulis. Bila dah masuk kerja ni macam kering pulak kepale otak aku nak type entry. Kalau macam ni la prestasi aku, macam mane nak lawan Ben Ashaari. Tak pun, Eyriqazz. Memang tak terlawan la diorang gayenye. Hahahaha.


Korang ingat lagi tak entry aku pasal Earning tertinggi aku dari Nuffnang? Kalau hari tu aku tunggu nak capai RM50 kan? Alhamdulillah. Sekarang ni dah pun capai RM50. Siap terlebih pulak. Thanks to you Nuffnang. Walaupun Nuffies sekarang ni tengah berseronok atas kapal. Wah. Wah. Memang seronok kan. Aku pun nak plan la buat vacation macam tu. Lain daripada yang lain tu. Hehehe.


Income aku dengan Churp-churp tak la banyak sangat. Tapi masih bersyukur lagi, walaupun tak dapat banyak tapi masih ade lagi income aku dengan Churp-churp. Maybe sebab cash out dengan Churp-churp ni RM100. Jadi lambat sikit kot. Ape-ape pun thanks jugak kat churp-churp. Sebab korang masih lagi sudi bagi tweet untuk aku promote. Thanks ye.

Aku tunjuk semua ni bukan dengan niat aku nak berlagak. Sebab aku tahu, ramai lagi yang dapat lagi tinggi yang aku dapat. Ade yang sampai ribu-ribu sebulan. Terlalu jauh kalau nak dibandingkan dengan aku. Tapi ape yang aku bagi tau korang ni semata-mata nak memberi semangat kat korang. Dan tunjuk bukti yang dengan blogging pun korang boleh dapat pendapatan sampingan. 

Pasal tips. Aku pun tak tau nak kongsi macam mana. Yang perlu, aku rasa korang perlu jadi stalker kot. Cari info-info kat blogger otai. Yang aku rasa banyak membantu aku dalam dunia blog ni. Kalau rajin , boleh la jenguk-jenguk Tips Blogging aku ye. 

Happy Blogging Guys !

November 5, 2010

Cek kedua daripada Nuffnang


Ramai yang dah tunjuk income masing-masing. Aku baru je dapat. Tapi tak banyak sangat pun. Tak hebat macam korang-korang yang kat luar sane. Ade tu yang dah sampai ribu-ribu. Aku je terkedek-kedek lagi nak kejar. Nak cecah RM 500 pun susah lagi sekarang ni. Tapi bersyukur jugak la sebab ade side income dari blogging ni. Kalau aku tahu dari dulu lagi, aku dah lame dah start blogging secara serius. Ni sebab aku tak tahu la. Aku mula serius pun sejak awal tahun ni. Bila aku sendiri ade broadband. 

Ape-ape pun. Memang blogging ni boleh buat duit. Thanks to Nuffnang. Yang penting korang kena ikhlas dan rajin mencari peluang. Tu je. Selamat berblogging ye. =)

October 28, 2010

Asal income BE sikit? | Jawapannya

BE. Atau selalu orang sebut buffered earnings. Kalau korang masih ingat dulu. Masa mula-mula Nuffnang kenalkan BE ni. Hanya mereka yang mempunyai traffic yang tinggi setiap hari yang mampu mendapat BE ni. Tapi sekarang, sesiapa sahaja yang dapat BE ni tak semestinya memerlukan traffic yang cecah 500++ sehari. Tapi sekadar melepasi 100++ sehari pun dah cukup.


Tapi macam mane sebenarnye BE ni berfungsi? Korang tahu tak?

Kalau korang godek godek kat blog Nuffnang. Korang mesti tahu macam mane sebenarnya BE ni berfungsi. Sebab BE ni lagi mudah nak jana pendapatan kalau nak dibandingkan dengan CTR ataupun Click Through Ratio yang mana kita dapat income bila orang klik iklan kat blog kita. Macam tu la. Tapi BE ni berdasarkan blog impression korang.

Walaupun korang dapat banyak BE. Tapi income ciput je. Mesti hairan kan? Selalu dengar bila BE banyak mesti dapat banyak duit. Macam tu? Sebenarnye tak. Kalau korang dapat BE tapi blog korang visitor tak ramai. Macam mane nak dapat income? Sebab impression tu datangnye daripada visitor blog korang. Bila tak ade visitor. Maknenye tak ade income la. Sebab tu, kalau ade BE korang kena try tarik seramai mungkin visitor untuk datang ke blog korang. Baru boleh jana income daripada BE.

Sebab tu korang kena usaha jugak nak tingkat kan visitor ke blog korang. Makin ramai visitor, makin tinggi la nilai BE yang korang dapat. Kalau banyak pun tak bukan semua boleh jalan serentak kan? Cukup la sekadar memenuhi korang punya Ads board. 

Tu pandangan aku mengenai BE. Sape-sape ade pandangan lain boleh tambah. =D

October 27, 2010

Thank You Nuffnang

Aku cukup sayangkan Nuffnang. Love you Nuffnang. Sebab hari ni bila aku check je kat earnings untuk blog aku. Aku dapat pertambahan 2 Buffered Earnings. Kalau ikutkan sebelum ni aku hanya dapat 3 je. Hari ni check-check ade pertambahan lagi. Alhamdulillah. Rezeki. Tapi kecewa jugak sebab bulan ni tak boleh nak cash out. Insyaallah bulan depan boleh kot. Hehehehe.


Hari ni jugak aku dapat invitation daripada Nuffnang untuk Digi Angels Internet Gathering. Macam yang korang tahu, nanti akan diumumkan siapa pemenang untuk contest iphone 4 hari tu. Jadi ramai la jugak blogger-blogger yang bakal datang kat situ nanti. Termasuk la blogger-blogger otai yang aku rasa aku tak pernah jumpa kot. Aku dah pun RSVP untuk gathering tu. Insyaallah kalau tak ade ape-ape sape yang dapat invitation ke gathering tu nanti kita jumpa kat sana ye. =D


Kebetulan dengan Gathering ni jugak. Esok aku akan ke Kuala Lumpur. Sebab aku kan nak konvo this Saturday. Jadi kena la bergerak ke Kuala Lumpur esok. Sebab lusa dah ade rehearsal. Kena sampai awal la. Ape-ape pun, kalau takde ape-ape aral kita jumpa kat Digi Angel Internet Gathering tu ye. Ok guys. Nak sambung packing barang lagi ni. =D

October 5, 2010

Digi Youths memeriahkan blog aku

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya Buffered Earnings terbaru muncul di blog aku. Lame jugak la nak tunggu BE yang baru. Lebih kurang 2 minggu jugak la. Sebab BE ni muncul lepas BE last aku dah jadi metered earning minggu lepas. Ingatkan Nuffnang dah tak sayang aku lagi dah. Hehehe.


Cantik kan iklan dari Digi ni. So, colorful. Sebab tu aku klik. Tapi bukan untuk fraud klik tau. Sebab aku nak tahu. Bila klik iklan ni terus membawa aku ke Facebook | Digi Youths.


Facebook | Digi Youths memang dikhaskan untuk mereka yang masih muda remaja la. Atau masih boleh dikategorikan sebagai Youths. Aku ni Youth lagi ke? Hahaha. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal Digi Youths ni jangan lupa klik iklan tu tau. Ingat say no to Fraud Klik. Korang klik iklan tu sebab korang nak tahu pasal Digi Youths ni tau.


October 4, 2010

Cek Pertama Nuffnang aku dah sampai


Yesss !!! Akhirnya sampai jugak Cek Nuffnang aku yang pertama. Lame jugak la nak tunggu cek ni. Sebab time aku cash out chek ni time tu aku bukan lagi berstatus "Gliteratti" jadi masa yang diambil untuk cash out cek pun dua bulan. Sebab tu beruntung bila dapat status Gliteratti ni tau. Macam-macam kelebihan yang boleh dapat. 

Pendapatan pertama aku dengan Nuffnang tak lah tinggi mane pun. Sekadar dapat tiga angka tu ade la. Nak cecah RM 500 pun belum lagi. Tapi Alhamdulillah la. Boleh la tambah-tambah pendapatan sikit. Hehehe. 

So, sekarang ni siapa kata blogging tak boleh buat duit?

Ni lah buktinya. Tapi setiap yang aku dapat ni makan mase jugak nak dapat. Sebab banyak yang aku perlu belajar dan kena faham pasal selok-belok blogging ni. Sebab tu kena ade usaha jugak la. Ape-ape pun, thanks kepada pengunjung blog ni yang tak putus=putus datang memberikan sokongan.

Thanks untuk anda semua.


September 30, 2010

Pendapatan aku bersama Nuffnang

Bila bergelar bloggers. Semua orang tahu. Apa itu Nuffnang. Satu syarikat yang mampu beri pendapatan kepada bloggers. Aku sebenarnya bukanlah lama aktif dengan Nuffnang. Masih baru. Walaupun dah mendaftar dengan Nuffnang sejak bulan Julai 2009, tapi aku betul-betul aktif dengan Nuffnang baru berapa bulan je. Kalau tak silap sejak Gatsby Blogger Gathering hari tu. Sejak hari tu, ade jugak la aku join event Nuffnang ni. Dan pernah jugak menjejakkan kaki ke office Nuffnang ni sebanyak dua kali.

Sekarang ni memang terbukti yang Nuffnang ni mampu memberikan pendapatan sampingan kepada bloggers. Kalau ikutkan traffic aku hari-hari tak lah sampai ribu-ribu. Tapi Alhamdulillah sebab ada lagi yang sudi nak baca blog aku ni. Sebab korang selalu jenguk blog aku ni lah yang membolehkan aku dapat earnings sedikit sebanyak.

Berbalik kepada tajuk, pendapatan aku dengan Nuffnang ni betul-betul menjadi sejak aku pergi ke  Gatsby Gathering kalau tak silap aku bulan April yang lepas. Time tu baru aku kenal Nuffnang. Dan dalam masa 5 bulan ni je aku dah mampu nak cash out 2 kali. Tapi tak sampai beribu-ribu macam ade blogger yang dapat. Tapi cecah jugak la 3 angka.


Baru dua kali cash out. Tak terima lagi Cheque dari Nuffnang. Mungkin tengah bulan ni kot. Bulan ni jugak aku dapat Buffered Earning paling tinggi. Sampai RM50++. Alhamdulillah. Syukur sangat. Kalau sebelum ni nak dapat earnings daripada Nuffnang ni bukan main susah. Tapi sekarang boleh lah dapat la jugak duit sampingan kan. =)


Ni pendapatan aku yang baru selepas cash out semalam. Baru RM 2.00. Lambat lagi nak cash out. Memandangkan aku punya buffered earnings pun tinggal satu je. Susah la sikit kot. Harap-harap Nuffnang bagi la lagi buffered earnings kat blog aku ni. Boleh lah aku cashout lagi hujung bulan nanti ye. Hehehe.

Jadi pokok pangkalnye sekarang ni, korang jangan terkeja-kejar sangat duit atau earnings ni. Yang penting korang blogging dengan gembira. Dengan suka hati. Bila dah dapat ramai readers mesti nanti earnings pun tinggi. Kalau dapat BE tapi reader tak sampai 50 orang seminggu pun susah jugak nak dapat income. Sebab tu readers atau traffic ke blog ni penting. Sebab tu boleh jadi sumber kewangan korang tau. Macam bro Eyriqazz kite la. Dah cecah 4 angka sebulan. Korang pun mesti boleh kan?

Enjoy yourself with blogging.
Money will come later. 
=)

September 29, 2010

Hentikan Fraud Click | Pesanan daripada Nuffnang

Kalau korang perasan dekat blog Nuffnang terdapat satu pesanan khas yang ditinggalkan oleh Nuffnang. Berkaitan dengan pengiklanan oleh Nuffnang ni la. Kalau korang perasan sekarang ni boleh dikatakan semua blog ade perkhidmatan Nuffnang. Time aku mula-mula nak kenal blog 2,3 tahun lepas memang cukup susah untuk aku kenal Nuffnang. Sekarang ni banyak blog yang dah pun ade Nuffnang ni. 

First biar aku kenalkan dulu pengiklanan yang selalu Nuffnang bagi dekat bloggers. Terbahagi kepada dua, iaitu :
  • Metered Cost per Impression (mCPM) Campaigns yang dibayar berdasarkan number visitors yang datang ke blog korang. Ni lah yang dikatakan Buffered Earnings. 
  • Cost-Per-Click (CPC) campaigns. Yang dibayar berdasarkan berape ramai yang klik blog korang.
Sekarang ni Nuffnang dah detect mereka-mereka yang selalu melakukan penipuan klik. Sebab utama mereka buat macam ni adalah disebabkan oleh mereka yang menjana duit atau earnings secara cepat. Yela kan, bila klik iklan kat blog sendiri maybe diorang ingat senang-senang nak dapat income. Tapi cara ni memang Nuffnang dapat detect. Tak kira lah kalau korang tukar IP sekalipun.

Antara contoh-contoh mereka yang melakukan Fraud Clicking ni adalah:
  • Mereka yang klik pada iklan di blog orang lain. Lepas tu tinggalkan mesej atau pesanan kat shoutbox ke, suruh tuan blog tu klik balik pada iklan di blog mereka.
  • Menyuruh readers atau visitors untuk klik pada iklan di blog mereka.
  • Register banyak blog. Lepas tu klik setiap iklan di blog tu.
  • Bertukar-tukar IP dengan tujuan nak klik iklan di blog sendiri.
Tu antara contoh apa yang dipanggil Fraud Clicking. Dan perbuatan macam ni dah dikira melanggar Terms & Condition dibawah Section 6


First aku nak cakap, korang tak perlu lah buat macam tu. Sebab Nuffnang punya security ni memang tinggi. Lagipun perbuatan macam ni, senang sangat diorang nak detect. Lain lah kalau korang ni Hackers yang dah pernah hack sistem pertahanan US ke. Takpe la jugak. 

Satu lagi, korang buat macam ni macam tak berbaloi. Sebab ni akan merugikan korang jugak. Bukannya menguntungkan. Apa salahnya kalau korang fokus pada blog. Entry yang bagus. Nanti reader akan datang. Bila dah dapat reader ramai. Secara tak langsung nanti earnings korang akan bertambah. Betul aku cakap. Tak tipu. Yang penting niat blogging tu. Sebab nak dapat semua ni kenalah bersabar kan. Baru dapat hasilnya. Betul tak?!

Last sekali, kalau korang buat kerja-kerja macam fraud clicking ni. Elok berhenti lah.  Merugikan je. Sebab buat macam ni korang tak dapat banyak pun. Sikit je. Lebih baik korang cari reader sampai ribu-ribu sehari. Last-last income tu akan datang jugak.

SAY NO TO CLICK FRAUD.


September 28, 2010

Digi iPhone 4 Life

Pada suatu hari aku berjalan-jalan di sebuah Zoo. Sedang aku berjalan-jalan sampai lah aku di hadapan 3 ekor zirafah. Cuba korang bayangkan. Ape yang zirafah tu borak? Tengok kat bawah ni.


Sungguh mengecewakan sebab Zirafah pun dah mula-mula bercakap pasal iPhone 4 ni. Mane taknye kan. Digi menyediakan Pakej Paling Hebat jika dibandingkan dengan Telco lain. Kalau tak caye korang tengok la sendiri entry Plan iPhone 4 yang disediakan daripada Digi. Memang terbukti murah. 

Jalan-jalan punya jalan kat Zoo, tu aku terkejut. Bila ade la sekor mamat ni dah dapat pun iPhone 4. Lepas tu dok action-action kat aku. 


Panas beb. Dah tunjuk-tunjuk kat kite kan. Sampai nak pinjam pun tak boleh. Takpe-takpe aku tunggu Digi bagi kat aku nanti aku datang balik tunjuk kat si Gajah ni pulak. Tengok je la gambar tu. Siap gelak-gelak lagi kat aku. 

Lepas tu terus aku berjalan pulang. Sebab dah tak tahan tengok Gajah tu pakai iPhone 4. Aku pun tak boleh nak pakai lagi. Sebelum keluar daripada Zoo tu aku jumpa lah seekor monyet. Yang berada dalam kesedihan. 


Sempat jugak la aku tanye die. Die cakap yang die pun nak iPhone 4 jugak. Dengki dengan si Gajah tadi. Patutlah muka die sedih je. Memang aura iPhone 4 dari Digi ni cukup kuat. Sebab tu lah ramai yang nakkan  Digi iPhone 4 life. Sebab kat Zoo pun diorang nak guna iPhone 4 ni tau. Maklumlah, iPhone 4 ni kan banyak applications yang boleh digunakan sehingga 250, 000 ++ tau. Banyak sangat. Dan cukup untuk memberi kemudahan kepada sesiapa sahaja.

Sebab tu la aku nak sangat iPhone 4 daripada Digi ni. Walaupun persaingannya boleh dikatakan 0.05 % untuk menang. Bukan mudah mungkin beratus-ratus orang yang bersaing. Dan cuma satu iPhone 4 yang akan diberikan kepada pemenang. Apa-apa pun persaingan tetap persaingan sebab aku nak Digi berikan satu iPhone 4 life dalam hidup aku.

September 26, 2010

Digi iPhone 4 Real

Sekarang ni demam iPhone dimana-mana. Semua orang nak miliki iPhone 4 yang menjadi buruan ramai ketika ini. Sekarang ni Digi dengan suka citanya nak memberikan iPhone 4 secara percuma kepada mereka yang layak. Tapi yang sedihnya hanya satu iPhone 4 yang dihadiahkan. Persaingan cukup-cukup hebat. Lepas dua entri yang dah pun aku karang, kali ni masuklah hari ketiga untuk memenangi iPhone 4 ni. 

Kali ni aku nak cerita sikit pasal Digi iPhone 4 plans. Mamat kuning kat bawah ni pun terkejut tau bila dengar pasal pakej iPhone 4 yang telah pun ditawarkan oleh Digi.


Bila cakap pasal plan untuk iPhone ni. Memang Digi menawarkan satu pakej yang cukup berbaloi jika dibandingkan dengan Telco lain. Sebab boleh kata Digi memberi satu pakej yang murah. Dengan hanya RM 58 sebulan. Tak ke murah tu. Memang cukup murah.


Dengan monthly fees hanya serendah RM 58 sebulan. Memang cukup berbaloi. Aku rasa Telco lain tak tawarkan harga yuran bulanan serendah ni. Ni untuk pakej iDigi 88. Korang tengok je la. Walaupun dianggap pakej paling murah, tapi kelebihan yang ditawarkan untuk pakej cukup istimewa. Mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.


Kalau rasa korang guna lebih sikit. Boleh up pakej sikit. Tak mahal pun cuma tambah RM 30 dah dapat kelebihan lagi. Sebab tu aku cukup suka pakej iPhone 4 yang telah pun ditawarkan oleh Digi. Memang berbaloi.


Bila pakai mana-mana pakej sekalipun. Tetap memberi kelebihan yang sama. Jadi untuk kelebihan ni tiada diskriminasi diantara pengguna. Sebab tu lah tagline "Digi is Always The Smarter Choice" cukup bersesuaian dengannya. Sebab memang pilihan bijak bila menggunakan Digi.

Lihat sendiri perbandingan untuk Digi dan Telco lain yang menawarkan pakej iPhone 4. Cukup berbeza. Dan Digi sendiri sudah semestinya memberikan satu pulangan yang hebat dalam pakej iPhone 4 ni. Jadi sebab tu aku cukup berminat dengan pakej iPhone 4 ni. Apa kata kalau kita grab the opportunity sekarang dan miliki iPhone 4 daripada Digi?


Jadi apa tunggu lagi? Let's Grab It Now !!!

Previous Entry: 




September 25, 2010

Digi iPhone 4 Play

Kali ni aku nak cerita sikit pasal iPhone 4 punya applications. Memang banyak, Tapi bukan semua yang kita perlu guna betul tak? So, kali ni kita cerita sikit sebanyak applications iPhone 4 yang aku rasakan memang aku perlu guna. Sebab kalau dalam phone lain susah sikit nak dapat application macam ni. 

Guitar Toolkit

Bila bercakap pasal guitar, memang aku cukup perlu dengan Guitar Toolkit ni. Sebab aku seorang pemain guitar yang masih lagi amatur. Jadi tak sampai tahap macam Slash lagi la. So,banyak yang nak kena belajar. Nak ingat chord sana-sini. Lepas tu, Guitar Toolkit ni pun boleh jadi macam Guitar Tuner. Jadi senang lah untuk aku nak betulkan tune guitar aku. Mana tahu, kot-kot tersilap ke. Hehehe.


Cukup menarik interface bagi Guitar Toolkit ni. Sungguh mesra pengguna. Dan tak mustahil ia mudah untuk digunakan.

AccuTerra


Bercakap pasal knot ni memang perlu untuk aku. Sebab aku seorang yang sukakan adventure. Tak percaya? Korang tengok je la kat bawah ni.  Ni time kitorang tengah tunggu nak panjat balik. Tapi disebabkan jalan tak jumpa. Rehat-rehat la dulu. 


Banyak aktiviti aku melibatkan hiking, mount climbing. So, map memang diperlukan oleh seorang yang sukakan aktiviti adventure macam aku. Jadi bila suka aktiviti hutan macam ni, equipment yang perlu ada adalah GPS. Tu memang penting. Takut sesat kat mana-mana susah pulak. Jadi sebab tu aku perlukan Application AccuTerra yang mana merupakan GPS untuk recreation. Sangat berguna untuk outdoor aktiviti macam aku.



Convert~the unit calculator


Dah namanya pelajar. Memang perlu la benda-benda macam ni. Di samping namk memudahkan pembelajaran aku. Convert ni memang cukup berguna sebab boleh convert banyak unit. Contoh, macam panjang, suhu, tekanan, isipadu banyak lagi la unit-unit yang boleh diconvertkan menggunakan Applications ni. Kira memang berbaloi la kalau guna iPhone4 yang dilengkapi dengan software ni.


Tu je aku rasa antara tiga applications iPhone 4 yang aku rasakan cukup berguna untuk aku. Sebab memang susah nak dapat kat phone lain. Maklum la, all in one la katakan. Bukan senang. Tapi bila ada applications iPhone macam ni. Memang cukup berbaloi-baloi. Hehehe. Ni tak termasuk kalau korang guna perkhidmatan dari Digi yang sememangnya menjanjikan kepuasan. Tak percaya? Boleh tengok kat bawah ni.


Percaya ke tak lagi ni? Percaya je la. Nak tengok info selanjutnya boleh lah melawat tak pun menjenguk laman web Digi. Jom ke sana...

September 24, 2010

Digi iPhone 4 for me

iPhone 4...iPhone 4...iPhone 4...


Sekarang ni satu fenomena baru yang melanda Malaysia. Bila semalam Digi dah lancarkan iPhone 4. Dan aku turut terkena tempias iPhone 4 ni. Mana taknya, semua orang cakap pasal iPhone 4. Sana cakap pasal iPhone 4. Situ cakap iPhone 4. Sudah semestinya aku pun nak memiliki iPhone 4. 


Siapa yang tak nak iPhone 4 percuma? Cuba cakap. Dan aku memang nak sangat iPhone 4 percuma. Maklum la. Sekarang boleh dikatakan aku masih lagi tak mampu nak miliki iPhone 4 ni. Tup..Tup..tadi aku menjenguk ke blog Nuffnang. Apa yang diwar-warkan kat situ Digi dengan bermurah hati nak bagi iPhone4 percuma. Tapi dengan syarat kena buat 4 task. Mana tahu, kot-kot rezeki aku ke. Boleh jugak nak merasa iPhone 4 ni kan.


Sebab apa aku nak iPhone 4 daripada Digi?

Sebab dia best...Hahaha..Melalut pulak. Sebab apa aku nak iPhone 4 ni sangat sebab aku nak tukar phone yang aku pakai sekarang. Dah dua tahun setengah aku tak tukar phone. Lame jugak tu. Bila aku dengan kawan-kawan aku, boleh kata aku ni pakai phone paling lekeh la. Yang lain semua-semua main touchscreen. Tak pun yang memang dah ade QWERTY board. Aku punya phone masih mengekalkan rupa bentuk sebijik handphone.

Sebab apa aku nak iPhone 4 daripada Digi?

Sebab aku nak berada dalam situasi zaman sekarang. Aku nak berada macam dalam cerita Star Trek tu. Berada satu dimensi lain. Hahaha. Bila kita dah pakai iPhone 4 ni. Macam dah berada di dimensi lain. Tapi tu aku tak dapat nak explain la. Sebab aku tak pernah pakai iPhone 4 lagi. Sebab tu kena pakai dulu baru boleh cerita. Kalau tak nanti orang cakap aku buat-buat cerita pulak kan.

Sebab apa aku nak iPhone 4 daripada Digi?


Korang nampak apa yang aku nampak? Aku tahu korang mesti nampak apa yang aku nampak. Pakej iPhone 4 dengan hanya RM 58/sebulan. Murah tu. Memang mampu sangat la ditanggung oleh orang macam aku. Sebab tu aku rasa Digi patut la bagi iPhone 4 ni kat aku. Betul tak? Nak tahu korang jenguk la website Digi ye.

Dan sekarang ni, iPhone4 memang dah betul-betul menggoda aku. Argghhh. Digi I want iPhone4 !!!


August 30, 2010

Status Gliteratti aku menjadi Ordinary | Jawapan dari Nuffnang

Hari tu aku ada tulis mengenai status "Gliteratti" aku yang hilang semalam. Sebab bila status Gliteratti ni hilang bermakna hilang la keistimewaan sebagai Nuffnangers. So aku dah hanta ticket dekat Nuffnang Blogger Relations bertanyakan pasal hal ni. Tadi Teoh Xinxian, Blogger Relation Executive dah pun reply persoalan aku tu. 


Sebab status Gliteratti aku hilang hari tu adalah disebabkan oleh crawler Nuffnang tak dapat detect access ke blog kita. Macam blog aku, 27/8 hari tu blog aku tak dapat didetect oleh crawler. Ni mungkin bermasalah daripada server. Sebab tu lah status Gliteratti hilang. Bukan sebab lain. Mungkin sebab aku gunakan server berbayar jadi kena la make sure yang server aku tu stabil. Kalau tak akan timbul lagi masalah-masalah macam ni.

Jadi kepada mereka-mereka yang mengalami masalah macam aku ni, tak payah la risau dah ye. Sebab ni mungkin masalah daripada server. Jadi bukanlah sebab Nuffnang saja-saja nak tarik korang punya Gliteratti Status melainkan kalau korang ada letak iklan SEA yang lain dalam blog korang. Contoh macam Advertlets, Innity dan juga Youthsays. Yang ni baru Nuffnang tarik balik statu "Gliteratti" korang. 

August 29, 2010

Status Gliteratti aku menjadi Ordinary | Kenapa?

Sejak 2 hari ni, aku cukup hairan sebab apa kurang iklan Nuffnang muncul dekat blog aku. Tadi aku check Nuffnang dan status aku dah bertukar kepada "ORDINARY". Mengapa? Sedangkan aku tak letak mana-mana iklan lain selain Nuffnang. Jadi sebab apa status aku bertukar?


Aku dah ikut syarat-syarat oleh Nuffnang sepenuhnya untuk statu Gliteratti. Jadi apa yang menyebabkan status gliteratti aku hilang masih menjadi persoalan. Korang tahu sebab apa tak? Sebab aku pun keliru ni. Dalam blog aku tak ada pun iklan dari syarikat lain. Aku baru je hantar ticket kat Nuffnang nak tanya pasal hal ni. Jadi kita tunggu apa jawapan dari Nuffnang.

August 28, 2010

Buffered Earnings bulan Ramadan | Tips Blogging

Bermula bulan Ramadan hari tu aku dah dapat 4 BE. Thanks a lot to Nuffnang. Sebab sebelum ni aku memang susah nak dapat BE. Semalam aku check dalam account aku , baru dapat BE terbaru. Jadi bertambahtambah la rezeki Ramadan aku. Untuk bulan ni aku akui yang pendapatan aku dari Nuffnang agak memuaskan. Kalau dulu nak dapat earning dari Nuffnang cukup susah. 


Tips untuk mendapatkan Buffered Earnings? Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Tapi mungkin korang boleh gunakan tips-tips ni untuk dapatkan Buffered Earnings. Mungkin nanti, Nuffnang akan berbesar hati untuk bagi BE kat korang.

Macam yang korang tahu, sekarang ni BE dah tak kira sangat traffic yang sampai ribu-ribu sehari. Boleh refer penjelasan daripada Nuffnang dalam blog Lanun Sepet. Kalau boleh korang maintainkan 150 UV dalam sehari. Ini untuk menjaga traffic ke blog korang. Maintainkan. Jangan macam yoyo. Kalau lebih takpe. Tapi kurang tu jangan la. Hehehe

Satu lagi, bila dah korang maintain kan traffic tu, selalu update survey. Menurut kebanyakan otai-otai blogger. Survey tu kalau boleh update dalam masa 2 minggu sekali. Sebab dalam masa 2 minggu tu  baru boleh buat analisis tentang blog korang. Kalau tiap-tiap hari tukar, macam mana nak dapat BE. 

Yang ketiga, korang boleh try hantar ticket ka Nuffnang. Tanya diorang pasal account korang. Mana tahu kalau ada apa-apa masalah ke. Sebab tu korang susah nak dapat BE. Cuba tanya diorang. Nanti mesti diorang bagi feedback kat korang. Sebab Nuffnang ni mesra pelanggan. Memang aku cukup senang dengan diorang.


Last sekali, korang kena blogging dengan ikhlas. Sebab jangan la harapkan duit sangat. Sebab, bila kita dah mengharapkan sesuatu. Nanti akan membebankan kita. Ye la. Nak kena update selalu. Nak  kena blogwalking selalu. Jadi secara tak langsung nanti akan membebankan korang jugak. Aku ni tak lah sehebat mana pun. Orang lain dah dapat berbelas-belas BE. Tapi apa yang tulis ni sekadar nak kongsi dengan korang. Sama-sama dapat keuntungan, betul tak?

August 14, 2010

Buffered Earnings Pertama | Tips Blogging

Setelah menunggu sekian lama untuk aku dapat Buffered Earning, akhirnya Nuffnang memberi aku merasai apa itu buffered earnings. Sebelum ni blog aku hanya disiarkan iklan-iklan berbentuk CPC (cost per click). Jadi untuk mendapat pendapatan adalah bergantung kepada click pengunjung terhadap iklan yang disiarkan di blog aku. Macam yang dah aku siarkan pada entry aku sebelum ni mengenai waktu iklan Nuffnang muncul, iklan CPC selalunya aktif pada masa tu. Kalau visitors time tu tak ramai, jadi potensi nak orang klik iklan pun berkurang la. 



Tapi bila dah ada Buffered Earnings ataupun mCPM (metered cost per impression) iaitu apabila advertisers memilih blogs berdasarkan beberapa faktor untuk mereka letakkan iklan di blog tersebut. Macam traffic blog kita setiap hari, unique visitors, kedudukan blog kita dan juga faktor-faktor lain untuk iklan tu. Info ni aku dapat daripada Nuffnang sendiri lepas hantar tiket kat Nuffnang. Aku sebelum ni pun konfius juga, apa itu buffered earnings. Ye la kan, dah tengok ramai bloggers yang dapat. Aku tak dapat-dapat. Sebab tu aku tanya Nuffnang sama ada account aku ni bermasalah ke tak.



Sekarang je aku dah dapat 4 buffered earnings. Tak banyak. Dan kadang-kadang tu, bukan sepanjang masa juga iklan buffered bertenggek kat blog. Cuma selalu ada dekat blog. Bila dah dapat buffered earnings ni, kena la jaga traffic. Kalau dah berkurang traffic, susah la nak dapat buffered lagi.


Ni yang aku tahu pasal buffered earnings. Jadi kalau korang tahu lagi pasal buffered earnings ni, boleh la tukar-tukar pendapat ye. Mana tahu kalau-kalau aku ada terkurang ke. Boleh tolong tambah-tambah lagi.

August 3, 2010

AKU KECEWA !!!....Nuffnang buat programme...

Adakah ini semua disebabkan keputusan yang kontroversi hari tu?...untuk pertandingan SONY TX5 hari tu...Ada yang katakan yang Nuffnang ni racist la...pilih bulu la...Tapi semua tu yang membawa kepada satu events yang dirancangkan antara SONY dengan NUFFNANG...Mungkin juga..

Aku dapat email daripada Nuffnang pagi tadi...yang diorang ajak untuk pegi event dekat Sunway Lagoon...Kali ni bukan 3 kamera TX5 tu dia nak bagi...tapi 5 kamera TX5 yang diorang nak bagi...termasuk jugak dengan 5 kamera bloggie yang diorang nak bagi...Dan banyak lagi hadiah menarik yang boleh dapat kalau datang kat situ...


Kalau tengok pada event tu memang best...Tapi memandangkan aku tak berada di Kuala Lumpur buat masa sekarang...Agak kecewa jugak la nak pergi...sebab aku tahu....korang-korang yang dekat KL mesti perginye event ni...Apa-apa pun best of luck untuk korang yang pergi...sebab memang exclusive jugak jemputan kali ni...KECEWA....KECEWA...

August 1, 2010

Bila iklan Nuffnang akan muncul di blog korang?


tengok dekat gambar kat atas tu...Kesemua ruangan ads untuk Nuffnang aku terisi...Sebab Ads Nuffnang ni ada time-time tertentu ia akan memenuhi ruangan dekat korang punya blog...Maknanya korang tak boleh nak harapkan yang iklan tu akan ada sepanjang masa dekat blog korang...Lain la kalau korang dapat buffered earnings...Tu maknanya Ads kat blog korang tu akan ada tak kira masa...Macam aku yang tak dapat buffered earnings ni ada la time-time tertentu yang mewajibkan aku untuk blogwalking...Untuk tarik traffic time Ads Nuffnang tengah buat kenduri dekat kita punya blog...

Selalunya kalau korang perasan...Ads Nuffnang akan muncul dengan meriahnya time tengah malam...Antara pukul 11.45 malam hingga ke pukul 1.00 pagi...Time tu memang boleh kat tersangat la meriah...Sebab time tu semua ruangan Ads yang dikhaskan untuk Nuffnang akan muncul...jadi kalau traffic korang tinggi time ni...Amatlah beruntung ye...Sebab time lain memang la susah untuk Ads ni keluar...

Satu lagi time yang amat meriah bila dah masuk tengah hari...antara pukul 12 tengah hari sampai ke pukul 1.00 petang...Time ni Ads dari Nuffnang muncul untuk memeriahkan lagi suasana blog kita...Time yang sesuai untuk korang blogwalking yer...Tu sepanjang aku menghayati Ads Nuffnang dan kemunculannya...Kalau korang tak percaya...Korang boleh try....