Showing posts with label Digi. Show all posts
Showing posts with label Digi. Show all posts

October 5, 2010

Digi Youths memeriahkan blog aku

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya Buffered Earnings terbaru muncul di blog aku. Lame jugak la nak tunggu BE yang baru. Lebih kurang 2 minggu jugak la. Sebab BE ni muncul lepas BE last aku dah jadi metered earning minggu lepas. Ingatkan Nuffnang dah tak sayang aku lagi dah. Hehehe.


Cantik kan iklan dari Digi ni. So, colorful. Sebab tu aku klik. Tapi bukan untuk fraud klik tau. Sebab aku nak tahu. Bila klik iklan ni terus membawa aku ke Facebook | Digi Youths.


Facebook | Digi Youths memang dikhaskan untuk mereka yang masih muda remaja la. Atau masih boleh dikategorikan sebagai Youths. Aku ni Youth lagi ke? Hahaha. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal Digi Youths ni jangan lupa klik iklan tu tau. Ingat say no to Fraud Klik. Korang klik iklan tu sebab korang nak tahu pasal Digi Youths ni tau.


September 28, 2010

Digi iPhone 4 Life

Pada suatu hari aku berjalan-jalan di sebuah Zoo. Sedang aku berjalan-jalan sampai lah aku di hadapan 3 ekor zirafah. Cuba korang bayangkan. Ape yang zirafah tu borak? Tengok kat bawah ni.


Sungguh mengecewakan sebab Zirafah pun dah mula-mula bercakap pasal iPhone 4 ni. Mane taknye kan. Digi menyediakan Pakej Paling Hebat jika dibandingkan dengan Telco lain. Kalau tak caye korang tengok la sendiri entry Plan iPhone 4 yang disediakan daripada Digi. Memang terbukti murah. 

Jalan-jalan punya jalan kat Zoo, tu aku terkejut. Bila ade la sekor mamat ni dah dapat pun iPhone 4. Lepas tu dok action-action kat aku. 


Panas beb. Dah tunjuk-tunjuk kat kite kan. Sampai nak pinjam pun tak boleh. Takpe-takpe aku tunggu Digi bagi kat aku nanti aku datang balik tunjuk kat si Gajah ni pulak. Tengok je la gambar tu. Siap gelak-gelak lagi kat aku. 

Lepas tu terus aku berjalan pulang. Sebab dah tak tahan tengok Gajah tu pakai iPhone 4. Aku pun tak boleh nak pakai lagi. Sebelum keluar daripada Zoo tu aku jumpa lah seekor monyet. Yang berada dalam kesedihan. 


Sempat jugak la aku tanye die. Die cakap yang die pun nak iPhone 4 jugak. Dengki dengan si Gajah tadi. Patutlah muka die sedih je. Memang aura iPhone 4 dari Digi ni cukup kuat. Sebab tu lah ramai yang nakkan  Digi iPhone 4 life. Sebab kat Zoo pun diorang nak guna iPhone 4 ni tau. Maklumlah, iPhone 4 ni kan banyak applications yang boleh digunakan sehingga 250, 000 ++ tau. Banyak sangat. Dan cukup untuk memberi kemudahan kepada sesiapa sahaja.

Sebab tu la aku nak sangat iPhone 4 daripada Digi ni. Walaupun persaingannya boleh dikatakan 0.05 % untuk menang. Bukan mudah mungkin beratus-ratus orang yang bersaing. Dan cuma satu iPhone 4 yang akan diberikan kepada pemenang. Apa-apa pun persaingan tetap persaingan sebab aku nak Digi berikan satu iPhone 4 life dalam hidup aku.

September 26, 2010

Digi iPhone 4 Real

Sekarang ni demam iPhone dimana-mana. Semua orang nak miliki iPhone 4 yang menjadi buruan ramai ketika ini. Sekarang ni Digi dengan suka citanya nak memberikan iPhone 4 secara percuma kepada mereka yang layak. Tapi yang sedihnya hanya satu iPhone 4 yang dihadiahkan. Persaingan cukup-cukup hebat. Lepas dua entri yang dah pun aku karang, kali ni masuklah hari ketiga untuk memenangi iPhone 4 ni. 

Kali ni aku nak cerita sikit pasal Digi iPhone 4 plans. Mamat kuning kat bawah ni pun terkejut tau bila dengar pasal pakej iPhone 4 yang telah pun ditawarkan oleh Digi.


Bila cakap pasal plan untuk iPhone ni. Memang Digi menawarkan satu pakej yang cukup berbaloi jika dibandingkan dengan Telco lain. Sebab boleh kata Digi memberi satu pakej yang murah. Dengan hanya RM 58 sebulan. Tak ke murah tu. Memang cukup murah.


Dengan monthly fees hanya serendah RM 58 sebulan. Memang cukup berbaloi. Aku rasa Telco lain tak tawarkan harga yuran bulanan serendah ni. Ni untuk pakej iDigi 88. Korang tengok je la. Walaupun dianggap pakej paling murah, tapi kelebihan yang ditawarkan untuk pakej cukup istimewa. Mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.


Kalau rasa korang guna lebih sikit. Boleh up pakej sikit. Tak mahal pun cuma tambah RM 30 dah dapat kelebihan lagi. Sebab tu aku cukup suka pakej iPhone 4 yang telah pun ditawarkan oleh Digi. Memang berbaloi.


Bila pakai mana-mana pakej sekalipun. Tetap memberi kelebihan yang sama. Jadi untuk kelebihan ni tiada diskriminasi diantara pengguna. Sebab tu lah tagline "Digi is Always The Smarter Choice" cukup bersesuaian dengannya. Sebab memang pilihan bijak bila menggunakan Digi.

Lihat sendiri perbandingan untuk Digi dan Telco lain yang menawarkan pakej iPhone 4. Cukup berbeza. Dan Digi sendiri sudah semestinya memberikan satu pulangan yang hebat dalam pakej iPhone 4 ni. Jadi sebab tu aku cukup berminat dengan pakej iPhone 4 ni. Apa kata kalau kita grab the opportunity sekarang dan miliki iPhone 4 daripada Digi?


Jadi apa tunggu lagi? Let's Grab It Now !!!

Previous Entry: 




September 25, 2010

Digi iPhone 4 Play

Kali ni aku nak cerita sikit pasal iPhone 4 punya applications. Memang banyak, Tapi bukan semua yang kita perlu guna betul tak? So, kali ni kita cerita sikit sebanyak applications iPhone 4 yang aku rasakan memang aku perlu guna. Sebab kalau dalam phone lain susah sikit nak dapat application macam ni. 

Guitar Toolkit

Bila bercakap pasal guitar, memang aku cukup perlu dengan Guitar Toolkit ni. Sebab aku seorang pemain guitar yang masih lagi amatur. Jadi tak sampai tahap macam Slash lagi la. So,banyak yang nak kena belajar. Nak ingat chord sana-sini. Lepas tu, Guitar Toolkit ni pun boleh jadi macam Guitar Tuner. Jadi senang lah untuk aku nak betulkan tune guitar aku. Mana tahu, kot-kot tersilap ke. Hehehe.


Cukup menarik interface bagi Guitar Toolkit ni. Sungguh mesra pengguna. Dan tak mustahil ia mudah untuk digunakan.

AccuTerra


Bercakap pasal knot ni memang perlu untuk aku. Sebab aku seorang yang sukakan adventure. Tak percaya? Korang tengok je la kat bawah ni.  Ni time kitorang tengah tunggu nak panjat balik. Tapi disebabkan jalan tak jumpa. Rehat-rehat la dulu. 


Banyak aktiviti aku melibatkan hiking, mount climbing. So, map memang diperlukan oleh seorang yang sukakan aktiviti adventure macam aku. Jadi bila suka aktiviti hutan macam ni, equipment yang perlu ada adalah GPS. Tu memang penting. Takut sesat kat mana-mana susah pulak. Jadi sebab tu aku perlukan Application AccuTerra yang mana merupakan GPS untuk recreation. Sangat berguna untuk outdoor aktiviti macam aku.



Convert~the unit calculator


Dah namanya pelajar. Memang perlu la benda-benda macam ni. Di samping namk memudahkan pembelajaran aku. Convert ni memang cukup berguna sebab boleh convert banyak unit. Contoh, macam panjang, suhu, tekanan, isipadu banyak lagi la unit-unit yang boleh diconvertkan menggunakan Applications ni. Kira memang berbaloi la kalau guna iPhone4 yang dilengkapi dengan software ni.


Tu je aku rasa antara tiga applications iPhone 4 yang aku rasakan cukup berguna untuk aku. Sebab memang susah nak dapat kat phone lain. Maklum la, all in one la katakan. Bukan senang. Tapi bila ada applications iPhone macam ni. Memang cukup berbaloi-baloi. Hehehe. Ni tak termasuk kalau korang guna perkhidmatan dari Digi yang sememangnya menjanjikan kepuasan. Tak percaya? Boleh tengok kat bawah ni.


Percaya ke tak lagi ni? Percaya je la. Nak tengok info selanjutnya boleh lah melawat tak pun menjenguk laman web Digi. Jom ke sana...

September 24, 2010

Digi iPhone 4 for me

iPhone 4...iPhone 4...iPhone 4...


Sekarang ni satu fenomena baru yang melanda Malaysia. Bila semalam Digi dah lancarkan iPhone 4. Dan aku turut terkena tempias iPhone 4 ni. Mana taknya, semua orang cakap pasal iPhone 4. Sana cakap pasal iPhone 4. Situ cakap iPhone 4. Sudah semestinya aku pun nak memiliki iPhone 4. 


Siapa yang tak nak iPhone 4 percuma? Cuba cakap. Dan aku memang nak sangat iPhone 4 percuma. Maklum la. Sekarang boleh dikatakan aku masih lagi tak mampu nak miliki iPhone 4 ni. Tup..Tup..tadi aku menjenguk ke blog Nuffnang. Apa yang diwar-warkan kat situ Digi dengan bermurah hati nak bagi iPhone4 percuma. Tapi dengan syarat kena buat 4 task. Mana tahu, kot-kot rezeki aku ke. Boleh jugak nak merasa iPhone 4 ni kan.


Sebab apa aku nak iPhone 4 daripada Digi?

Sebab dia best...Hahaha..Melalut pulak. Sebab apa aku nak iPhone 4 ni sangat sebab aku nak tukar phone yang aku pakai sekarang. Dah dua tahun setengah aku tak tukar phone. Lame jugak tu. Bila aku dengan kawan-kawan aku, boleh kata aku ni pakai phone paling lekeh la. Yang lain semua-semua main touchscreen. Tak pun yang memang dah ade QWERTY board. Aku punya phone masih mengekalkan rupa bentuk sebijik handphone.

Sebab apa aku nak iPhone 4 daripada Digi?

Sebab aku nak berada dalam situasi zaman sekarang. Aku nak berada macam dalam cerita Star Trek tu. Berada satu dimensi lain. Hahaha. Bila kita dah pakai iPhone 4 ni. Macam dah berada di dimensi lain. Tapi tu aku tak dapat nak explain la. Sebab aku tak pernah pakai iPhone 4 lagi. Sebab tu kena pakai dulu baru boleh cerita. Kalau tak nanti orang cakap aku buat-buat cerita pulak kan.

Sebab apa aku nak iPhone 4 daripada Digi?


Korang nampak apa yang aku nampak? Aku tahu korang mesti nampak apa yang aku nampak. Pakej iPhone 4 dengan hanya RM 58/sebulan. Murah tu. Memang mampu sangat la ditanggung oleh orang macam aku. Sebab tu aku rasa Digi patut la bagi iPhone 4 ni kat aku. Betul tak? Nak tahu korang jenguk la website Digi ye.

Dan sekarang ni, iPhone4 memang dah betul-betul menggoda aku. Argghhh. Digi I want iPhone4 !!!