BE. Atau selalu orang sebut buffered earnings. Kalau korang masih ingat dulu. Masa mula-mula Nuffnang kenalkan BE ni. Hanya mereka yang mempunyai traffic yang tinggi setiap hari yang mampu mendapat BE ni. Tapi sekarang, sesiapa sahaja yang dapat BE ni tak semestinya memerlukan traffic yang cecah 500++ sehari. Tapi sekadar melepasi 100++ sehari pun dah cukup.
Tapi macam mane sebenarnye BE ni berfungsi? Korang tahu tak?
Kalau korang godek godek kat blog Nuffnang. Korang mesti tahu macam mane sebenarnya BE ni berfungsi. Sebab BE ni lagi mudah nak jana pendapatan kalau nak dibandingkan dengan CTR ataupun Click Through Ratio yang mana kita dapat income bila orang klik iklan kat blog kita. Macam tu la. Tapi BE ni berdasarkan blog impression korang.
Walaupun korang dapat banyak BE. Tapi income ciput je. Mesti hairan kan? Selalu dengar bila BE banyak mesti dapat banyak duit. Macam tu? Sebenarnye tak. Kalau korang dapat BE tapi blog korang visitor tak ramai. Macam mane nak dapat income? Sebab impression tu datangnye daripada visitor blog korang. Bila tak ade visitor. Maknenye tak ade income la. Sebab tu, kalau ade BE korang kena try tarik seramai mungkin visitor untuk datang ke blog korang. Baru boleh jana income daripada BE.
Sebab tu korang kena usaha jugak nak tingkat kan visitor ke blog korang. Makin ramai visitor, makin tinggi la nilai BE yang korang dapat. Kalau banyak pun tak bukan semua boleh jalan serentak kan? Cukup la sekadar memenuhi korang punya Ads board.
Tu pandangan aku mengenai BE. Sape-sape ade pandangan lain boleh tambah. =D