November 1, 2010

[Review] Dinner @ Padi House, Cyberjaya

Malam sebelum Majlis Konvokesyen aku hari tu, budak kelas aku dah buat satu reunion ye la kan. Lepas ni masing-masing dah susah nak jumpa. Sebab lepas ni, ade yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara, tak kurang jugak yang akan keluar negara sebab kerja. Jadi kesempatan malam sebelum majlis konvo tu kami buat majlis makan-makan kat Padi House, Cyberjaya.


Boleh kat ni first time jugak la aku menjejakkan kaki ke Padi House ni dan juga Cyberjaya. Walaupun Bangi boleh kata dekat je dengan Cyberjaya. Tapi aku memang tak pergi pun kat sana. Tapi malam tu baru aku tahu yang Cyberjaya ni merupakan salah satu night city yang cukup meriah di malam hari. 

Kat Padi House tu memang best. Dengan environment yang cukup selesa. Di tambah pulak dengan hiasan kolam di sekeliling restoran tu cukup selesa untuk bersantai sambil makan-makan. Menu kat situ pulak, ade makanan Western Food, Chinese Food, dan banyak lagi la. Harga pun cukup berpatutan. 

Untuk malam tu aku order, Western NZ Grilled Sirloin Steak, RM 24.90 dengan Root Beer Float, RM 3.00. 


Nampak macam sedap kan? Harga dalam menu pun paling mahal. Tapi aku kecewa la jugak. Sebab daging agak liat. Kalau ikutkan dengan harga patut tak la liat sangat. Lepas tu, sos steak tu pulak sikit. Tak rasa sangat. Aku rasa jugak kawan aku punya Grilled Lamb Chop yang harga RM 15.90. Lagi puas hati, kalau nak dibandingkan dengan yang ni. Jadi kalau korang nak datang sini, baik ambik menu lain. Sebab lagi sedap. Hehehe.

Malas nak cerita panjang. Jom kita tengok gambar time dinner masa tu. 

Masing-masing tengah pilih menu. Tengah decide nak makan ape.




Total makan malam tu RM 471.90. Semua tu termasuk sekali dengan cukai perkhidmatan 5 %. Biasa la tu. Kalau dah kena serve mesti ade service charge. Kira berpatutan la. Sebab harga tu, untuk 18 orang makan. Memang padan sangat. Sorang lebih kurang RM 25. Kalau korang nak try kat sini pun boleh. Memang best. Ape salah nye nak cuba tempat baru kan. =D


p/s : Asal gambar aku takde ek? Ni yang aku malas jadi cameraman ni. =(

No comments: