November 20, 2010

Sungguh indah kekuasaan Ilahi

Malam ni hujan lebat. Lepas 2 hari dah tak hujan kat Kota Bharu ni. Mula petang tadi dah start hujan. Syukur Alhamdulillah. Sebab dua hari bersempena Hari Raya Aidiladha, memang tak hujan. Cukup panas. Jadi senang upacara penyembelihan lembu korban dilakukan. Tu la rahmatnya kuasa Allah s.w.t. Bila malam je hujan. Sejuk bumi tuhan ni kan. Korang perasan tak?


Sekarang ni tinggal lagi 2 hari sebelum aku menamatkan zaman menganggur aku yang selama 4 bulan tu. Walaupun sebelum ni perbah dapat tawaran kerja. Tapi aku tolak. Sebab sengaja nak habiskan masa kat rumah. Sempat jugak aku beraya Aidilfitri dan Aidiladha. Sempena cuti aku yang 4 bulan ni. So, bermula 22hb ni aku akan digelar sebagai seorang pekerja. Jadi, dah hilang la kelayakan aku nak mintak duit mak bapak lagi. Hahaha. Bulan pertama ni boleh lagi kot. =p

Aku kerja kat mana? 


Nanti la aku cerita. Tapi aku akan bekerja kat Terengganu. Mane tau, nanti kalau ade mase boleh pulak aku jumpa blogger-blogger kat Terengganu pulak. boleh kenal dengan korang kan? Hehehe.

Ok lah, tu update untuk malam ni. Aku nak tido dulu. Sebab mata aku masih sakit. Jadi tak boleh nak mengadap laptop lama-lama.

2 comments:

Unknown said...

Tahniah ...akhirnya jadi pekerja jugak!

aizatshafiq said...

@abd. rashid

thanks...
=)