November 2, 2010

Konvokesyen GMI ke-16

Tanggal 30 Oktober yang lepas aku dah pun bergelar seorang graduan. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Bersyukur jugak la sebab time majlis konvo hari tu aku masih lagi tak report duty untuk kerja. Sebab bila dah masuk kerja susah la jugak nak datang. Syukur sangat-sangat sebab dapat jumpa member-member yang dulu nya sama-sama berjaga siang malam nak siapkan final project, assignment, lepas tu study sama-sama malam nak exam. Biasa la, tu lah student life.


Majlis Konvo hari tu pun berjalan dengan lancar. Bagi korang yang tak tahu lagi ape tu German Malaysian Institute (GMI) ni, GMI ni merupakan sebuah IPTS yang menyediakan latihan teknikal yang amat dikehendaki oleh industri. Betul. Untuk kelas aku, yang seramai 20 orang, 15 orang dah pun dapat kerja. Walaupun kita orang baru je lepas habis belajar. Tak sampai sebulan pun diorang semua dah dapat kerja. Cuma aku je yang tolak sebab tak nak kerja lagi. Hehehe. Tapi alhamdulillah la, sebab aku dah dapat my dream job di satu syarikat multinasional dalam bidang oil and gas. Sangat bersyukur.

Ade jugak antara kawan-kawan aku yang tak dapat aku jumpa dalam majlis ni. Masing-masing dah pun berada di luar negara. Sebab urusan kerja. Jadi tak sempat nak jumpa diorang. Mungkin next time punya reunion nanti hope diorang boleh join. 

Untuk aku pulak, tinggal lagi 20 hari aku kat rumah. Sebab 22 haribulan ni aku dah nak kena report duty. Jadi, tu bermakna berakhirlah aku sebagai petani berjaya yanng menanam anggur-anggur kat rumah. Hehehe. Aku akan melangkah ke alam baru iaitu alam pekerjaan. Orang cakap bila dah kerja ni, macam-macam halangan dan rintangan yang akan aku lalui. Yang penting kita ingat tuhan. Insyaallah. Kita akan dapat petunjuk dari-Nya. 


15 comments:

Nur Azila Ismail said...

wahh tahniah aizat :)

alien said...

congrats

CPFZ said...

tahniah dan syukur..
akhirnya dah berjaya tamatkan study dan dah konvo pun...
pasni bakal bekerja plak,
slmt bekerja..
^.^

(err..agaknya kamu ni satu batch dgn long haffiz..
kalo salah,maap lah...)

norhidayu said...

aizat..ko dah kerja??
waah..umur 21 dah ada kerjaya dah..
aku ni tgh bersunggu2 lagi nak menghabiskan sisa belajar lagi 8 bulan..xde halangan,tahun dpn bulan 6 hbs lah..
anyway,ko menganggur brape bulan hari tu?brape interview dah ko pegi?bukan pe,aku pun tgh agak cuak dgn masa dpn sndiri..aku xnak menganggur lama2 dowh..aku buln 4-6 thn dpn praktikal..after that baru kerja..bila aku nak apply kerja pun xtau..huhuhu

Nur Suaidah Bachok said...

ko hilang rupanya g konvo!!! aku lupaaaaa lah bai.. hahaa~
aku dah balik muar dah pun~

Unknown said...

argh!

cis jugak aku lupa!
sibuk sangat exam weh.

sorry sangat2
padahal sebelah je GMI tu.
sorry beb~

anyway, congratz!

Kalamhati said...

all de best aizat..selamat menempuhi alam pekerjaan..=)

aizatshafiq said...

@nur azila ismail

thanks ye...
=)

aizatshafiq said...

@alien

thanks ye...
=)

aizatshafiq said...

@ayaz

thanks jugak....
a'a...
satu batch dengan long haffiz...
=)

aizatshafiq said...

@norhidayu

a'a...dah keje...dulu dapat offer jugak...tapi tak pegi...sebab nak rehat-rehat dlu...
nak dapat keje sekarang ni susah jugak...
tapi seeloknye apply time final sem...
kalau ade jobstreet ke ape ke better pegi...sebab peluang kat situ lagi banyak...
tapi depend kepada keperluan semasa jugak...
=)

aizatshafiq said...

@molmolla

sape la nak ingat kat aku kan?...
hahahahaha

aizatshafiq said...

@ery farieha

ko pun lupa jugak?...
ish3...
aku siap call bagitau...
sekeh jugak karang....=p

thanks ye..

aizatshafiq said...

@kalamhati

thanks kak...
=)

liyani rasdi said...

tahniah congratez!!!:))