November 10, 2010

Proton Inspira mampu tak mengatasi Mitsubishi Lancer 2.0 GT ?

Hari ni Proton dah pun umumkan harga untuk kereta keluaran terbaru mereka Proton Inspira. Tiga kategori harga yang mungkin mampu menarik minat golongan eksekutif muda sebab harga yang ditawarkan oleh Proton sekarang ni pun bawah RM 100k. Malah lebih murah daripada Perdana V6 dulu, yang kalau tak silap aku cecah jugak RM 100 k.



Tapi kat sini satu je persoalan yang menjadi tanda tanya aku. Apakah yang dikatakan colaboration between Proton dengan MMC. Tadi aku tengok jugak berita TV, pasal pelancaran proton ni. Lepas tu, ade la pegawai yang terangkan pasal spec atau keistimewaan Proton Inspira ni. Terus terang aku cakap ape yang telah pun diterangkan oleh pegawai tu semua dah ade pada Proton Satria Neo CPS 1.6. Malah kalau nak dibandingkan dengan specification Lancer GT sekali pun memang dah ade spec ni. Jadi macam takde perbezaan la ye.


Nak tahu lebih pasal spec Mitsubishi Lancer 2.0 GT korang boleh tengok kat SINI.

Mungkin yang membezakan Proton Inspira dengan Mitsubishi Lancer 2.0 GT ni adalah harga. Sebab kalau ikutkan spec Proton Inspira Premium 2.0 CVT Mivec yang berharga RM 91,999 tu cukup berbeza dengan harga Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang berharga RM 120,000 ++. Dekat RM 30k jugak la. Tapi setakat mana prestasinya? Tu mungkin masih menjadi tanda tanya.

Bagi aku, Proton Inspira ni macam model Mitsubishi Lancer 2.0 GT, tapi local assembled dan diletakkan dengan badge Proton kat kereta tu. Sebab tu murah. Kalau kereta luar kan kena macam-macam cukai. Sebab tu mahal. Jadi tak mustahil kalau Proton letak badge Proton kat kereta tu memang la jadi kereta nasional. Macam mana Kia bagi dekat Naza. Betul tak?

Sebab tu, aku hanya suka pada model Satria Neo CPS 1.6. Sebab ni memberi kelainan daripada model-model lain yang dikeluarkan Proton. Untuk Proton Inspira ni aku tak tahu la sejauh mana boleh lawan dengan Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang sebenar. Ape-ape pun kita tunggu sampai kereta ni ade kat jalan. Baru kita tahu prestasi sebenar. Betul tak?

No comments: