Showing posts with label Opinion. Show all posts
Showing posts with label Opinion. Show all posts

July 17, 2012

Sesuatu yang tak patut dibanggakan

Budaya kita kat Malaysia ni dah dipengaruhi dengan budaya barat? Ataupun gaya hidup Islamic atau yang berlandaskan agama bukan lagi menjadi salah satu panduan hidup. Sedangkan agama Islam tu sendiri di gelar ad-din. Ataupun cara hidup. 

Cuma aku hairan, sebab sekarang ni aku tengok gaya hidup masyarakat Islam di negara kita ni hanya sekadar nama. Walaupun pada hakikatnya, tidak mengamalkan rukun Islam yang lima. Mungkin ini lah yang dikatakan dekatnya kita dengan Hari Kiamat. Seperti mana yang telah dijanjikan kepada kita yang akan tiba pada suatu ketika nanti. Tapi sudah kah kita semua bersedia?

Aku cukup terkejut bila satu artikel yang tersebar di dunia maya, sehingga dibangga-banggakan. Walaupun sebenarnya menampakkan yang kita ni sebenarnya dah lari dari gaya hidup sebenar masyarakat Melayu dan Islam yang mana ada adat sopannya yang tersendiri.

Bila dah keluar kenyataan macam tu. Aku boleh katakan, hilang adat ketimuran kita yang sopan santun. Boleh katakan sekarang ni budaya barat dah jauh mempengaruhi hidup kita. Yang mana aku sangat akui yang aku pun terikut-ikut dengan budaya barat. Walhal, kita ni sepatutnya sedar di mana bumi kita berpijak. 

Aku harap, semakin hari kita akan sedar yang kita ni berpijak di bumi siapa. Apa yang sepatutnya di banggakan dan apa yang sepatutnya tidak. Tapi itulah hakikatnya sekarang. Wallahualam.

July 3, 2012

Oh My English ! | Cara belajar Bahasa Inggeris dengan mudah


Aku rasa korang pun mesti dah tengok rancangan Oh My English kat TV IQ kan? ASTRO channel 610. Aku rasa konsep untuk rancangan ni memang sangat-sangat bagus. Sebab rancangan yang bercorak education yang dapat ajar para pelajar zaman sekarang untuk memahirkan diri diorang dengan bahasa inggeris yang aku rasa memang diperlukan untuk zaman sekarang. 


Kalau tengok cerita ni yang memang tunjukkan pelajar-pelajar kita yang sangat-sangat kurang mahir menggunakan bahasa inggeris dalam kehidupan seharian. Last-last diorang dapat pulak cikgu Mat Salleh. Mula la susah nak berkomunikasi. That's the reason why we need to understand English. Tambahan pulak, sekarang ni kemahiran bertutur dalam bahasa inggeris memang menjadi salah satu keperluan. Tak kira la untuk belajar mahupun bekerja. Jadi kalau kita tak dapat untuk bertutur atau berkomunikasi dalam bahasa inggeris mungkin kurang satu kemahiran yang agak diperlukan masa kini. 


So, jom sama-sama belajar English dengan Oh My English !


June 6, 2012

Kebaikan dan Keburukan Chewing Gum

Bengang !

Tu ekspresi aku malam ni. Sebab apa? Sebab ada antara kita ni pandai makan chewing gum tapi tak reti nak buang dengan cara yang betul. Last-last aku pulak jadi mangsa. Tak pasal-pasal. Sebab tu aku rasa Malaysia ni patut ikut jejak langkah Singapura yang haramkan chewing gum dari di makan di negara mereka. Mungkin sebab ni la kot.


Sebenarnya, kalau diikutkan chewing gum tu tak salah. Tapi yang makan chewing gum tu la yang salah. Sebab reti makan je. Tapi buang dekat tempat yang sepatutnya. Main campak je sana-sini. Mula lah melekat merata-rata. Tak ke kotor tu.

Tapi mengikut satu kajian yang dibuat, terdapat jugak faedah bila makan chewing gum ni. Antaranya ;

1. Membantu menguruskan berat badan.
2. Meningkatkan tahap konsentrasi.
3. Meningkatkan tahap kepekaan.
4. Mengurangkan stress.
5. Sugar Free Gum dapat mengelakkan tooth decay dan menghilangkan nafas berbau.

Jadi kat sini kita dapat lihat yang chewing gum ni pun ada faedahnya. Cuma orang yang makan chewing gum ni je yang kadang-kadang tu reti bahasa. Dah tau makan, tapi buang tak tau. Hurrmm. Tu  la mentaliti orang kita. Yang aku rasa patut didisiplinkan lagi.

June 5, 2012

Hantaran Kahwin berdasarkan taraf akademik

Dah tiga hari tak ada entry. Baru malam ni nak menaip balik. Semalam, aku hantar mak aku tolong jiran lama dekat rumah lama. Kebetulan time tu, diorang nak decide wang hantaran untuk majlis perkahwinan diorang. Kira perbincangan untuk melaksanakan masjid la ni. Nak kata diorang ni baru kenal, sangat-sangat baru. Baru 2 kali berjumpa dan dah pun decide nak kahwin. Mungkin dah jodoh diorang kot.

Tapi kan, aku terkejut dengan apa yang mak aku cakap. Yang pasangan perempuan tu dah letak harga wang hantaran RM 10,000. CASH. Harga cincin lain pulak. Nak yang harga RM 3,000. Wow. Boleh tahan jugak kan kalau nak kahwin ni. Memang banyak jugak nak pakai duit. Tu tak masuk untuk majlis lagi tu. Mungkin ada betul jugak dengan info yang disebarkan dekat FB ni kan.


Sekarang ni taraf akademik dah pun dijadikan kayu ukur untuk seseorang itu. Jadi sekarang ni senang. Bila dah ada degree RM 10,000. Tapi bukan aku maksudkan semua. Sebab mungkin ada jugak yang berbincang. Dan mungkin tak sampai banyak tu. 

Aku ada baca dalam buku yang dikeluarkan oleh Consumer Association Penang, The Money Books yang mengatakan perkahwinan ni satu perbelanjaan yang besar. Dan bukan berfikir akan kesannya di kemudian hari. Mungkin akan berhutang sana-sini. Yang penting terpulang kepada kemampuan masing-masing. 


Mungkin nampak macam cara aku ni kedekut. Dan ada juga orang cakap yang perkahwinan ni sekali seumur hidup. Tapi bagi aku, cuba kita fikirkan balik untuk sehari kita merasa kemewahan ataupun untuk sepanjang hayat kita? Sebab hutang ni sangat membebankan. Walaupun kita cuba lari dari berhutang tapi kit tetapi perlu berhutang. Betul tak? Apa-apa pun, jodoh tu ketentuan tuhan. Kalau memang dah jodoh kita bersama pasangan, semua yang susah akan jadi mudah.  ^.^

P/S : Pendapat aku. Korang pulak macam mana?

May 5, 2012

Hukum Sedekah | Sedekah di Mata Masyarakat

Tadi aku keluar ke pasar. Beli barang sikit. Tengah jalan-jalan tu aku terserempak dengan dua golongan peminta sedekah. Berlainan cara. Kadang-kadang timbul rasa bersalah, kadang-kadang timbul perasaan yang mereka ni perlu berusaha sedikit. Sebab mereka ni cukup sempurna anggota badannya. Tak macam mereka yang kekurangan dari segi anggota badan. Mungkin juga mereka mengambil jalan mudah untuk mendapatkan sumber kewangan macam yang kita selalu tengok yang rakyat Malaysia ni cukup pemurah. Suka bersedekah sana-sini.

Golongan pertama yang aku jumpa, boleh dikatakan sekumpulan remaja perempuan. Di tangan dengan bernaskah-naskhah surah Yassin. Datang menegur sesiapa sahaja. Meminta sedekah. Sana-sini. Kadang-kadang tu sehingga memaksa pun ada. Memang aku pernah terserempak dengan situasi memaksa meminta sedekah.

Golongan kedua yang aku jumpa, mereka ni cukup sempurna anggota badan. Cuma mungkin berpakaian koyak sikit. Tapi masih waras untuk berfikir. Tapi lebih memilih profession meminta sedekah daripada bekerja untuk mendapatkan rezeki. Mungkin dengan cara meminta sedekah lebih mudah untuk mendapat pendapatan tanpa perlu bekerja. Mungkin yang mereka fikir. Allahualam.

Berikut antara jawapan mengenai hukum sedekah,

SUMBER

Berdasarkan penyataan diatas, budaya meminta-meminta bukanlah dituntut Islam. Sebab umat Islam dituntut untuk berusaha mencapai kejayaan. Tanpa mempunyai sebab yang membolehkan mereka untuk meminta sedekah. Melainkan mereka tidak punya kekuatan untuk bekerja.

SUMBER

Sekadar berkongsi bersama-sama rakan. Sebab sekarang ni, ramai orang yang suka mengambil kesempatan ke atas diri kita yang pemurah dalam memberi sedekah. Sampaikan wujud sindiket yang mengupah kanak-kanak untuk meminta sedekah. Bukannya melarang kita dari bersedekah, tapi jika kita tidak menilai sebelum memberi sedekah, jika tersalah orang, mungkinkah akan menggalakkan lagi mereka berbuat demikian? Allahualam.

April 9, 2012

Mereka bekerja di bawah hujan lebat | Besyukurkah kita?


Selamat pagi semua.

Pagi ni hujan yang agak lebat. Sejak semalam lagi. Nampak macam musim hujan kembali lagi setelah berminggu-minggu panas dan kering tanpa hujan. So, hari ni bila aku keluar hantar adik aku ke sekolah, boleh tahan jugak la traffic jammed nye. Maklum la bila hujan ni ramai yang pakai kereta.

Tengah-tengah aku drive tadi, aku terserempak dengan mereka yang bekerja sebagai pengangkut sampah. Agak terharu aku disitu. Walaupun dalam keadaan hujan lebat, mereka masih lagi melakukan pekerjaan mereka dengan penuh dedikasi. Diorang tak berkira dalam melakukan pekerjaan demi mendapatkan rezeki yang halal.


Terfikir kepada diri sendiri yang kadang-kadang tu berkira bila nak bekerja. Walaupun bekerja dibawah bumbung, dilindungi hujan dan panas. Ditambah pulak dengan air-cond. Masih lagi kadang-kadang tu mengeluh. 

Tapi mereka tidak. Walaupun hujan lebat, panas terik, masih melakukan tugas mereka tanpa berkira walau sedikit. Kalau kita dah lama risaukan demam la, dah fikir nak ambik MC la. Tapi tidak buat mereka.

Sama-sama mengingatkan diri sendiri yang kita ni masih bertuah berbanding dengan orang lain. 

P/S : Gambar di snap dengan phone. Sampaikan gambar wiper un termasuk sekali. :p

April 4, 2012

SIkap sesetengah pemandu kat Malaysia

Masalah sesetengah pemandu kereta kat Malaysia. Terutama sekali bila dekat traffic light. Aku sangat tak suka bila lampu traffic light tu hijau tapi kereta boleh pulak bawak 10km/j. Tapi bila dah merah baru la nak tekan sampai 180km/j. 

Cukup tak suka.

Sebab time Hijau tu siput babi pun lagi laju. Tapi bila time lampu dah merah. Ferrari pun kalah. Ni la mentaliti sesetengah driver kat Malaysia ni. Buat sakit hati je. Sebab bila time hijua tu kita follow belakang. Ikut je la kereta tu bawak slow. Bila time merah tu la baru dai nak tekan. Kereta dia je lepas.  Geram tak rasa? 


P/S : Kang tak pasal-pasal jadi macam gambar kat atas kan? Hurmm.

April 1, 2012

Bertudung tapi skirt singkat

At first aku terbaca pasal tudug skirt memang aku tak percaya la. Sebab apa? Sebab aku tak pernah tengok lagi orang yang bertudung tapi pakai skirt macam kat bawah ni.


Tapi bila aku sendiri yang terserempak dengan seorang wanita yang berpakaian hampir serupa. Aku rasa macam segalanya dah menjadi kenyataan. Kalau dulu banyak yang katakan gambar ni dari negara jiran. Tapi sekarang gayanya dah ada pun kat negara kita. Cuma skirt tu takde la sesingkat dalam gambar di atas.

Aku pun tak faham. Sebab apa ada orang boleh pakai tudung, tapi terbukak kat bawah. Aku ada jugak jumpe mereka yang bertudung tapi pakai skirt dengan legging. Mungkin yang tu lagi soan dari terus menampakkan betis. But still menampak bentuk tubuh badan kan?

So, where's the concept of hijab nowadays? Adakah sekadar fesyen?

Isu ni dah lapuk. Aku rasa semua dah tahu. Cuma ni pengalaman aku bila terserempak dengan orang yang berpakaian hampir serupa macam diatas, cuma skirt dia dibawah paras lutut. Hurmmm.

P/S : What's your comment?

February 14, 2012

Doktor tanpa etika?

Bukan nak complain. Dan bukan jugak nak mengutuk. Bukan jugak nak mengata. Tapi apa yang aku rasa semua orang perlu ada etika. Sebabnya? 


Tadi aku pegi klinik. Bawa adik aku jumpa doktor. Dengan niat nak mendapatkan perkhidmatan doktor. Tapi cuba korang bayangkan. Aku terpaksa menunggu giliran sampai ke no 31. Tetapi dalam klinik tu, tak sampai pun 10 orang. So, mane lagi 20 orang.

Tunggu punya tunggu. Dah sejam. Aku tengok ade je orang yang baru masuk terus dapat masuk dalam bilik rawatan untuk jumpa doktor. Senang la pulak. Aku ni dah tunggu sejam tak dapat jugak nak masuk-masuk. Apasal? Sebab diorang dah datang ambik nombor dulu lepas tu pegi shoppin-shopping baru datang balik. Macam tu?

Nak marah pun tak guna. Sebab klinik tu pun bukan aku yang punya. Tapi aku ada hak sebagai pengguna nak bertanya. Bila bertanya pada doktor tuan empunya klinik tu, macam ni jawapan dia ;

"Kalau you tau klinik ni ramai orang, kenapa you tak cari klinik lain?"

Ok. Aku faham. Sebab kau seorang doktor. Dan klinik tu kau yang punya. Tapi kau tak sepatutnya cakap macam tu. Bila orang bertanya secara baik macam tu jawapannya. So, kat mana etika seorang doktor?

p/s : Kalau fikir nak marah, tadi kat klinik lagi aku dah marah.  

May 18, 2011

Dulu Facebook, sekarang Blogger.com | Sedang mempermainkan kita?

Lamenye. Dah lame aku tinggalkan blog ni. Sebab ape? Sebab sibuk kot. Sebab banyak keje. Sebabbbb. Banyak betul sebab nye kan. Kesimpulannya satu je, sebab malas. Hahahaha. Sebab tu kot. Aku sekarang ni macam dah kekeringan idea nak berblog ke? Rasenye tak. Sebab banyak sumber - sumber yang aku boleh jadikan ilham berblog. Tapi disebabkan malas. Takde la post baru dalam blog aku.

Dalam minggu ni, aku dengar macam- macam cerita. Pasal Blogger.com especially. Blogger.com nak tutup? Betul ke? Ramai bloggers yang bernaung di bawah Blogger.com tulis pasal nie. Sejauh mana aku pun tak tahu la. Sejauh mana kebenaran info tu. Yang tu kita tunggu dan lihat je la.

Macam yang pernah jadi dulu, yang ade rumours yang cakap nak tutup. Bulan March ke April? Aku pun tak ingat. Tapi sampai sekarang pun tak tutup- tutup lagi. Secara tak langsung dah tingkatkan publisiti diorang betul tak? Makin popular walaupun pada hakikatnya dah popular.

Jadi rumours yang Blogger.com ni nak tutup betul ke? Lu Pikir Lah Sendiri. Hehehe.

April 24, 2011

Rakan-rakan perempuan , sila tapis gambar anda sebelum post di Facebook.

Satu persoalan yang bermain-main dalam fikiran aku bila buka facebook. Kenapa ramai perempuan yang suka tayang-tayang gambar diorang yang aku rasa agak tak sopan la. Macam terlalu menunjukkan kelebihan diorang kat orang ramai.

Betul tak?

Aku rasakan sekarang ni facebook ni macam satu platform yang rasenye bukan lagi salah satu tempat peribadi. Tapi dah macam satu tempat perkongsian hidup sampai ade yang sanggup tayang-tayang gambar yang aku fikirkan agak bersifat peribadi.

Hmmm.

Mengikut statistik, lebih 10juta rakyat Malaysia menjadi pengguna facebook. Ramai tu. Kalau ikut statistik bancian tahun 2010, rakyat Malaysia je dah seramai 28juta orang. Kira ramai jugak la yang guna facebook kan.

Sekarang ni kalau nak cari sape-sape pun senang. Just search kat facebook. Mesti jumpa. Betul tak? Tapi bila aku tengok ade antara friends aku yang suka menayangkan gambar yang kadang-kadang tu agak menggoda lelaki yang tengok. Jadi aku rasa isu ni patut diketengahkan. Sebab tu dah macam membuka aib diorang sendiri. Tambah-tambah pulak kalau-kalau gambar diorang digunakan untuk tujuan yang tak baik.

Sape tau? Betul tak?

April 22, 2011

Nasi Lemak tak patut dipersalahkan !

Selamat hari Jumaat semua... Lamenye aku tak update blog. Mungkin disebabkan masa kot. Jadi tak sempat nak luangkan masa untuk update blog. Tapi aku akan cuba untuk update blog. Walaupun tak sehebat zaman kegemilangan dulu. Hehehehe.

Nasi lemak yang patut dipersalahkan?

Hahahaha. Tibe- tibe je kan. Sebab sekarang ni kecoh la pasal nasi lemak boleh menyebabkan kegemukan di kalangan kanak-kanak. Betul ke? Bagi aku. Aku tak berpendapat macam tu. Sebabnye. Aku rasa banyak lagi faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan kanak-kanak ni jadi gemuk. Sebab sekarang ni ramai yang tak mengamalkan cara hidup sihat. Betul tak?

Contohnya,

1. Kanak-kanak sekarang ni dah kurang keluar bermain. Sebab kat rumah dah ada xbox,ps3 tak pun nintendo wii.

2. Kurang pemantauan ibu bapa. Maklum la. Sekarang ni ibu bapa pun ramai yan sibuk dengan kerja, jadi kurang memantau anak-anak. Tambahan pulak zaman sekarang ni banyak pulak kedai runcit merata-rata. Senang je nak beli aiskrim ke, makanan ringan yang lain. Betul tak?

Tu dua contoh pandangan aku. Sebab aku rasa nasi lemak tak patut dipersalahkan dalam hal ni. Selagi kita mengamalkan gaya hidup sihat, dengan senaman, makan yang ikut nutrition yang betul. Rasenye tak menjadi masalah. Bila merujuk pada kanak-kanak pulak. Pemantauan daripada ibu bapa ataupun orang dewasa sangat penting. Korang setuju tak?

April 15, 2011

Berhati- hati bila tulis entry | Nanti kena saman baru tahu.

Makin lame entry kat blog aku ni makin lame la nak publish. Dah memang bersawang sangat-sangat dah. Tak tau la sebab apa makin lama aku makin jarang update. Kiranya macam semangat nak berblogging tu dah makin hilang. Arghhhhh.

Bila aku bukak online paper hari ni. Ade pulak rules baru. Kira yang blogger ni kena control bila publish kan satu-satu isu. Ye la kan. Sekarang ni blogger dah macam cendawan tumbuh lepas hujan. Ramai. Jadi bila dah ade kebebasan bersuara melalui blog. Kena la ade law baru pulak kan? Betul tak?

Hmmm. Macam-macam rules kan? So, bila berblogging sekarang ni pun kena hati-hati jugak. Sebab entry tu jangan tulis sebarangan. Sebab nanti ade pulak orang yang saman blogger sebab timbul cerita-cerita tipu. Bahaye tu. Huuuuuu.

April 3, 2011

Potong lane sambil cakap phone time tengah corner | Pandai bawak kereta ke tak ni?

Bila bawak kereta ni macam-macam korang boleh jumpa. Maksud aku macam care orang bawak kereta. Actually tadi aku bengang sikit dengan sorang mamat ni. Korang tahu macam mane mamat tu bawak kereta?

1. Potong dekat kawasan corner, aku pulak yang kena elak. Kalau tak faham-faham je la.

2. Korang bayangkan, tengah-tengah memotong tu. Boleh pulak dia cakap phone. Dah la masuk lane orang lain. Grrr.

Teruk kan? Tapi tu la hakikatnye. Langsung tak risau pasal keselamatan. TERUK !!!!

April 2, 2011

Perlahankan kereta nak tengok accident | Tak pasal-pasal jalan jem !

Alhamdulillah. Aku selamat jugak sampai ke Kuala Terengganu. Sebab esok dah nak kena start kerja balik. Maklum la. Dah dua minggu cuti. So, esok dah start keje balik. Huhuhu.

Dalam perjalanan tadi, aku menyaksikan satu kemalangan jalan raya. Rasenye tak melibatkan kemalangan jiwa kot. Sebab takde ambulans. Lagipun yang kemalangan tu Toyota Hilux. Teruk jugak la. Bila dah kemalangan macam tu ape yang korang expect?

Jalan Jem !!!!

Tak pasal-pasal. Ni bukan sekali aku terserempak dengan kemalangan. Banyak kali jugak. Dan masalahnye. Jalan ni jem sebab orang yang lalu lintas ni slow kenderaan diorang sebab nak tengok kemalangan tu. Hairan betul la. Sebab ape ye?.. Korang bagi pendapat sikit.

April 1, 2011

Biar papa , asal bergaya...Releven pada zaman sekarang | Setuju tak?

Korang pernah dengar tak ungkapan macam ni

Biar papa ,asal bergaya !

Aku rasa dah lame kot ungkapan macam ni. Tapi korang tahu tak, bila difikirkan balik. Ade jugak sudut positif ungkapan ni tau. Aku ade sebab tersendiri mengatakan bahwa ungkapan hari ni membawa makna dalam kehidupan sekarang.

First,bila kita cakap pasal gaya. Korang perasan tak, bila kita ni tak bergaya, ataupun selekeh semacam je, walaupun pada hakikatnya kita ni seorang CEO ..ade ke orang nak layan kita kat kedai tu?

Tapi kalau kita ni bergaya. Pakai macam manager, padahal kita ni seorang biasa. Yang datang nak window-window shopping. Bukan main orang tu layan kita kan. Hmmm. Tu la hakikat dunia sekarang.

Jadi memang ungkapan Biar papa , asal bergaya ni memang relevan la untuk zaman sekarang ni. Betul tak?

March 30, 2011

Orang selalu tak puas hati dengan kejayaan kita | Betul tak?

Update untuk kali ni. Korang pernah tak berada kat satu tempat yang agak tiggi contohnye, macam time zaman sekolah dulu korang pernah masuk sekolah asrama penuh ke. Tak pun macam korang ni bekerja kat satu company yang besar. Kebiasaanye ape persepsi orang kat kita pada masa tu?

Pernah tak korang dengar macam ni :

" masuk sini pakai kabel ke?"

" nasib la tu dapat, kalau ikutkan tak layak pun "

"anak mak cik pun pernah dapat kat sini, tapi tolak sebab bla..bla..bla.. "

Pernah tak korang alami macam ni?..asal berjaya sikit je mesti orang tak puas hati. Lagi-lagi kalau kita usaha susah payah nak dapat satu-satu tempat tu orang senang-senang je label kita masuk pakai kabel la. Ape la. Kadang-kadang tu memang tak puas hati kan.

Susah nak jumpa orang yang menghargai kejayaan kita. Selalunya mesti dibalas denan kritikan. Betul tak ?...korang ade pengalaman macam ni tak?

February 1, 2011

Cerita dulu lagi banyak moral of the story | Setuju atau tak?

Baru lepas tengok cerita P. Ramlee, Tiga Abdul kat TV2. Aku rase korang pun dah selalu sangat tengok cerita ni kan. Tapi lawak dan jalan cerita tu tetap membuatkan kita rasa nak gelak. Walaupun dah tahu jalan cerita tu. Tambah-tambah pulak cerita dulu-dulu ni banyak moral of the story. 


Tu la kelebihan cerita dulu kalau nak dibandingkan dengan zaman sekarang. Kalau cerita sekarang ni, tak nampak sangat moral of the story tu. Lebih kepada penceritaan. Tak habis-habis pasal cinta. Tu je la yang selalu dapat tengok dalam cerita sekarang. Betul tak?

January 11, 2011

Blogger | Kalau dulu...

Ramainye blogger sekarang ni. Betul kan?


Kalau dulu time aku mula berblog tahun 2005 tak la ramai macam sekarang ni. Sekarang ni, boleh dikatakan ramai yang dah pun ade blog. Macam-macam jenis kategori blog yang kita boleh jumpa sekarang kan. 

Kalau dulu, time aku ade blog. Tak syok pun. Ye la. Dulu bila kita berblog. Orang kata kita gila. Sekarang ni, kalau takde blog tu. Lain pulak jadinye kan. Cuma aktif atau tidak kita nak update. Bagi aku, masih lagi tak same macam Ben Ashaari yang entry berbelas dalam sehari. Hehehe.

January 4, 2011

Betul ke kalau cuci kereta hari akan hujan?

Aku rasa korang mesti biasa dengan satu ungkapan ni.

"Kalau basuh kereta, mesti hujan"

Tapi sejauh mana kebenarannya? Memang betul ke kalau basuh kereta je. Mesti hujan turun. Walaupun sebelum basuh kereta tu cukup panas terik. Dengan cahay matahari memancar-mancar ke bumi. Tapi bila dah basuh je kereta. Tiba-tiba langit bertukar jadi hitam. Mendung. Nak hujan. 

Google
Tapi tu semua dah jadi kenyataan kat aku hari ni. Memandangkan 2 hari aku dah tengok panas. Termasuk la pagi ni, jadi tengah hari tadi aku decide la nak basuh kereta. Tengok-tengok je time tengah basuh kereta dah pun start hujan. Jadi betul ke ungkapan tu ade kebenarannye ek?