May 5, 2012

Hukum Sedekah | Sedekah di Mata Masyarakat

Tadi aku keluar ke pasar. Beli barang sikit. Tengah jalan-jalan tu aku terserempak dengan dua golongan peminta sedekah. Berlainan cara. Kadang-kadang timbul rasa bersalah, kadang-kadang timbul perasaan yang mereka ni perlu berusaha sedikit. Sebab mereka ni cukup sempurna anggota badannya. Tak macam mereka yang kekurangan dari segi anggota badan. Mungkin juga mereka mengambil jalan mudah untuk mendapatkan sumber kewangan macam yang kita selalu tengok yang rakyat Malaysia ni cukup pemurah. Suka bersedekah sana-sini.

Golongan pertama yang aku jumpa, boleh dikatakan sekumpulan remaja perempuan. Di tangan dengan bernaskah-naskhah surah Yassin. Datang menegur sesiapa sahaja. Meminta sedekah. Sana-sini. Kadang-kadang tu sehingga memaksa pun ada. Memang aku pernah terserempak dengan situasi memaksa meminta sedekah.

Golongan kedua yang aku jumpa, mereka ni cukup sempurna anggota badan. Cuma mungkin berpakaian koyak sikit. Tapi masih waras untuk berfikir. Tapi lebih memilih profession meminta sedekah daripada bekerja untuk mendapatkan rezeki. Mungkin dengan cara meminta sedekah lebih mudah untuk mendapat pendapatan tanpa perlu bekerja. Mungkin yang mereka fikir. Allahualam.

Berikut antara jawapan mengenai hukum sedekah,

SUMBER

Berdasarkan penyataan diatas, budaya meminta-meminta bukanlah dituntut Islam. Sebab umat Islam dituntut untuk berusaha mencapai kejayaan. Tanpa mempunyai sebab yang membolehkan mereka untuk meminta sedekah. Melainkan mereka tidak punya kekuatan untuk bekerja.

SUMBER

Sekadar berkongsi bersama-sama rakan. Sebab sekarang ni, ramai orang yang suka mengambil kesempatan ke atas diri kita yang pemurah dalam memberi sedekah. Sampaikan wujud sindiket yang mengupah kanak-kanak untuk meminta sedekah. Bukannya melarang kita dari bersedekah, tapi jika kita tidak menilai sebelum memberi sedekah, jika tersalah orang, mungkinkah akan menggalakkan lagi mereka berbuat demikian? Allahualam.

No comments: