Alhamdulillah. Selamat jugak sampai ke Kota Bharu. Walaupun sebelum mulakan perjalanan dah ada macam-macam dugaan. Mana taknya, pagi-pagi tadi time aku check kereta sebelum nak jalan jauh, boleh pulak tayar belakang kereta tu pancit. Nasib baik la malam semalam tak pancit time kat MidValley. Moral of the story kat sini, sila check kereta anda betul-betul sebelum mulakan perjalanan.
Tayar pulak semalam je baru tukar empat-empat. Boleh pulak dia buat pancit. Check-check kat sumbu dia. Memang dah agak pun semalam. Sebab time tukar tayar baru tak tukar benda tu sekali. Tu yang jadi camtu tu.
Gambar kat atas ni ambik time kat Plaza Toll Bentong. Dah on the way balik pun. Kalau ikut lan nak gerak balik pukul 1030 pagi. Tapi disebabkan perkara yang tak dirancang, pukul 1230 tengah hari baru tinggalkan KL. Tu la yang dikatakan ada aral yang melintang. Hehehe.
Apa-apa pun aku dah selamat sampai kat rumah. Selepas perjalanan selama 8jam. Alhamdulillah. Dan tadi jugak aku terserempak dengan satu kemalangan maut dekat area Merapoh. Toyota Avanza merempuh sebuah lori. Terkejut jugak bila aku tengok situasi tu. Cuma kita ambik pengajaran daripada tu, walaupun kadang-kadang tu aku pun agak gila-gila bila bawak kereta. Jadi harapnya boleh jadi pengajaran untuk diri aku jugak. Insyaallah. Alfatihah buat mangsa.
No comments:
Post a Comment