April 9, 2012

Mereka bekerja di bawah hujan lebat | Besyukurkah kita?


Selamat pagi semua.

Pagi ni hujan yang agak lebat. Sejak semalam lagi. Nampak macam musim hujan kembali lagi setelah berminggu-minggu panas dan kering tanpa hujan. So, hari ni bila aku keluar hantar adik aku ke sekolah, boleh tahan jugak la traffic jammed nye. Maklum la bila hujan ni ramai yang pakai kereta.

Tengah-tengah aku drive tadi, aku terserempak dengan mereka yang bekerja sebagai pengangkut sampah. Agak terharu aku disitu. Walaupun dalam keadaan hujan lebat, mereka masih lagi melakukan pekerjaan mereka dengan penuh dedikasi. Diorang tak berkira dalam melakukan pekerjaan demi mendapatkan rezeki yang halal.


Terfikir kepada diri sendiri yang kadang-kadang tu berkira bila nak bekerja. Walaupun bekerja dibawah bumbung, dilindungi hujan dan panas. Ditambah pulak dengan air-cond. Masih lagi kadang-kadang tu mengeluh. 

Tapi mereka tidak. Walaupun hujan lebat, panas terik, masih melakukan tugas mereka tanpa berkira walau sedikit. Kalau kita dah lama risaukan demam la, dah fikir nak ambik MC la. Tapi tidak buat mereka.

Sama-sama mengingatkan diri sendiri yang kita ni masih bertuah berbanding dengan orang lain. 

P/S : Gambar di snap dengan phone. Sampaikan gambar wiper un termasuk sekali. :p

2 comments:

♥ wawawawa ♥ said...

manusia sentiasa mengeluh & kurang bersyukur kan..huhu

aizatshafiq said...

@wawawawa

Betul2..
Kadang2 tu saye sendiri pun mengeluh jugak..hurmmm...
Sama-sama mengingatkan diri kita...

;)