April 1, 2012

10 Tips Menghadapi Hari Yang Panas

Aku rasa sekarang ni mesti rasa panas kan? Sebab cuaca kat negara kita ni panas. Mungkin di sesetengah tempat tu ada jugak hujan. Tapi kat Kota Bharu, Kelantan dekat tempat yang aku tinggal sekarang ni memang panas. Sebab tak hujan. Jadi kalau keluar rumah tu, walau sekejap pun boleh berpeluh-peluh wooo.



So, kat sini aku nak kongsi sikit tips-tips menghadapi hari yang panas macam sekarang ni :

1. Minum banyak air, walaupun tak rasa dahaga. Ni untuk menggantikan air yang hilang dalam tubuh.

2. Elakkan minum minuman yang mengandungi caffeine dan banyak gula. Ni akan mempercepatkan tubuh kehilangan air.

3. Pakai pakaian yang cerah, loose-fitting supaya peluh boleh meresap dengan lebih mudah.

4. Kalau boleh, elakkan berada kat luar rumah terlalu lama, sebab ni boleh menyebabkan sunburn.

5. Kurangkan aktiviti fizikal yang boleh menyebabkan badan kehilangan banyak air. Lakukan pada hari yang lebih sejuk.

6. Elakkan makan makanan yang terlalu berat. Sebab makanan yang berat menyebabkan kadar metabolisme badan semakin tinggi.

7. Kerap mandi, untuk mengurangkan suhu badan.

8. Makan lebih buah-buahan yang mengandungi air macam tembikai.

9. Kurangkan penggunaan barangan elektrik, yang mana menghasilkan sumber panas. Kalau boleh kurangkan, kurangkan.

10. Elakkan berada di luar rumah antara pukul 11-6 petang. Sebab time tu matahari paling panas. (peak hours).

Tu antara tips-tips ketika musim panas ni. So, aku harap kalau time panas-panas macam sekarang ni, boleh la amalkan tips-tips kat atas ni ye. Mana-mana yang dirasakan sesuai. :)

P/S : Sangat panas, walaupun dah bukak kipas tapi masih panas. Huhuhu.

6 comments:

aku HaniAsyira said...

aiyooo.. mang panas pun skrg ni..

aizatshafiq said...

@aku HaniAsyira

Betul kan?...
Sangat panas... :(

Ayuni said...

alah, klau nk gi klas camne....

aizatshafiq said...

@ayuni

Kena la pakai payung..
Jangan ponteng kelas pulak yeee..hehehe

Miss N™ said...

bagus tips2 ni.. :)
sekarang cuaca tak menentu...

aizatshafiq said...

@cik nur

yup..
tapi sekarang ni macam panas jeee...
huhuhu