Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

May 15, 2016

Cara untuk dapatkan Macbook dengan harga murah daripada pasaran.

Bulan lepas kalau korang masih ingat aku ada tulis satu entri pasal Macbook aku yag dicuri ketika parking di KLIA 2. Lepas dari itu, memang aku dah tak ada laptop untuk buat kerja cuma harapkan iphone dan juga tablet Acer Iconia yang dah lama aku tak gunakan. Jadi pencarian untuk aku beli Macbook baru.

Kali ni aku nak kongsikan cara aku cari harga Macbook yang paling rendah aku boleh dapat dengan harga yang paling rendah.

Mudah.my
Aku tak kisah kalau aku beli daripada Mudah .my. Sebab Macbook Air 11 inch yang aku pakai hari tu pun beli di Mudah.my. Aku beli dari seorang warganegara Canada yang bercadang nak keluar dari negara disebabkan dia dah habis urusan kat Malaysia. Yang paling best, Macbook yang aku beli time tu dapat denga harga yang agak murah dan juga disertakan dengan resit. Baru dibeli dalam masa sebulan. Aku dapat dengan harga RM2400. Sebab time tu Macbook Air 11 inch yang baru berharga RM3,199.
Tapi bila dah beli kat Mudah ni memang ada risiko juga. Sebab sebelum aku beli Macbook aku ni, aku pernah ditipu oleh penjual di Mudah. Boleh tengok entri aku kat sebelum ni.

Machines Store
Aku beli Macbook aku ni di Machines, Midvalley. Nak dijadikan cerita bila aku tengok laman we Machines online store ada satu bahagian Clearance kat situ. Kat situ kebanyakan unit-unit barangan Apple yang dikategorikan sebagai Ex-Demo dan Open Box dijual kat bahagian tu. Dengan harga yang berpatutan dan lagi murah daripada unit yang baru. Boleh dikatakan semua model barang Apple ada dijual situ. Jadinya, “First Come, First Serve”. Kat sini aku dapat beli Macbook 12 inch pada harga RM3,670. Macbook baru time tu RM4,599.



Apple for Education Store
Kat sini pun boleh dapat murah. Especially untuk pelajar-pelajar. Tapi nak cakap murah pun tak lah murah sangat. Harga yang lebih kurang RM200 bagi setiap unit. Cuma perlu dibeli melalui online. Cntoh macam harga Macbook 12 inch, RM4,599 akan dikurangkan sehingga RM4,399.

Jadi tu antara cara yang aku dapat kongsikan kalau korang nak nak beli Macbook dengan harga yang murah sedikit jika dibandingkan dengan harga pasaran.

Satu lagi yang aku rasa korang juga boleh tengok nilai mata wang kita jika dibandingkan dengan USD. Sebab tu pun mempengaruhi jugak harga Macbook ataupun produk-produk Apple yang lain.



August 11, 2012

Tips Periksa Kenderaan sempena Musim Perayaan

Pejam celik je dah tinggal seminggu je Ramadhan akan tinggalkan kita. Masing-masing dah pun sibuk dengan persiapan raya. Dan tak kurang jugak buat persiapan untuk balik kampung kan? Sebab minggu depan mereka tinggal  di perantauan pun akan memulakan perjalanan balik ke kampung. So, dah periksa kenderaan anda untuk pulang ke kampung?

Kat sini aku nak share sikit tips-tips check kereta sebelum pulang ke kampung.


Enjin
Perkara yang paling penting kena check. Sebab kalau enjin kereta bermasalah ketika perjalanan jauh. Nanti mesti membawa kesukaran untuk kita sampai ke destinasi. Tambah-tambah pulak musim perayaan macam ni. Nanti ada la bengkel-bengkel yang ambik kesempatan kan? Jadi lebih baik kita mencegah sebelum mengubati kan? 


Brek
Yang tu memang kena check la. Sebab ni one of the safety part dalam kenderaan kita. Sebab tu kena pastikan ia berfungsi dengan baik. Check sama ada brek tu makan ke tak. Minyak ada ke tidak. 


Radiator Coolant
Sistem penyejukan enjin pun perlu di check. Takut-takut kalau terperangkap dalam kesesakan lalulintas kereta tak meragam. Tambah-tambah pulak untuk perjalanan jauh. Kena pastikan level air radiator. Kalau kurang nanti satu hal pulak kan. Tak pasal-pasal pulak tersangkut tengah jalan.


Bateri Kereta
Yang ni pun kena pastikan yang bateri dalam keadaan baik. Sebab nanti akan menyenangan kita juga. Takut-taku nanti susah nak start kereta sebab bateri dah nak habis. Jadi kalau boleh pergi la dekat kedai-kedai bateri untuk check keadaan bateri kita ok ke tak. Pernah dulu sekali, kereta aku habis bateri, memang tak boleh nak start langsung. Tambah-tambah pakai bateri kering. Lagi la.


Lampu kereta
Wajib check kalau nak travel malam hari. Kadang-kadang tu kita tak perasan yang lampu tu dah terbakar. Bila malam buka lampu baru perasan. So, sebelum rancang perjalanan jauh kena la check dulu. Tukar lampu murah je. Tak rugi. Lagi rugi kalau tak boleh nak travel malam kan? 


Tayar
Tayar pun kena pastikan bunga tu ada. Tengok pada kedalaman bunga ataupun depth thread gauge kat tayar tu. Senang kita nak tahu tayar kita ni elok ke tidak nak digunakan lagi.


Wiper
Yang ni pun penting. Time-time hujan la. Sekarang ni cuaca pun tak menentu. Jadi kalau tiba hujan wiper ni la yang penting. Kalau tak mane boleh drive dalam hujan pulak kan. Confirm-confirm tak nampak jalan.

Apa-apa pun, kalau korang tak ada masa nak buat semua ni boleh hantar kat bengkel-bengkel kereta untuk check kereta korang. Setahu aku, kalau Proton memang ada buat pemeriksaan percuma ni. Kalau tempat-tempat lain aku tak tahu la. Tapi apa yang penting, perlu pastikan yang kereta perlu sentiasa berada dalam keadaan baik sebelum mulakan perjalanan. Baru selamat sampai ke kampung halaman kan?


April 1, 2012

10 Tips Menghadapi Hari Yang Panas

Aku rasa sekarang ni mesti rasa panas kan? Sebab cuaca kat negara kita ni panas. Mungkin di sesetengah tempat tu ada jugak hujan. Tapi kat Kota Bharu, Kelantan dekat tempat yang aku tinggal sekarang ni memang panas. Sebab tak hujan. Jadi kalau keluar rumah tu, walau sekejap pun boleh berpeluh-peluh wooo.



So, kat sini aku nak kongsi sikit tips-tips menghadapi hari yang panas macam sekarang ni :

1. Minum banyak air, walaupun tak rasa dahaga. Ni untuk menggantikan air yang hilang dalam tubuh.

2. Elakkan minum minuman yang mengandungi caffeine dan banyak gula. Ni akan mempercepatkan tubuh kehilangan air.

3. Pakai pakaian yang cerah, loose-fitting supaya peluh boleh meresap dengan lebih mudah.

4. Kalau boleh, elakkan berada kat luar rumah terlalu lama, sebab ni boleh menyebabkan sunburn.

5. Kurangkan aktiviti fizikal yang boleh menyebabkan badan kehilangan banyak air. Lakukan pada hari yang lebih sejuk.

6. Elakkan makan makanan yang terlalu berat. Sebab makanan yang berat menyebabkan kadar metabolisme badan semakin tinggi.

7. Kerap mandi, untuk mengurangkan suhu badan.

8. Makan lebih buah-buahan yang mengandungi air macam tembikai.

9. Kurangkan penggunaan barangan elektrik, yang mana menghasilkan sumber panas. Kalau boleh kurangkan, kurangkan.

10. Elakkan berada di luar rumah antara pukul 11-6 petang. Sebab time tu matahari paling panas. (peak hours).

Tu antara tips-tips ketika musim panas ni. So, aku harap kalau time panas-panas macam sekarang ni, boleh la amalkan tips-tips kat atas ni ye. Mana-mana yang dirasakan sesuai. :)

P/S : Sangat panas, walaupun dah bukak kipas tapi masih panas. Huhuhu.

March 6, 2012

[Tips] Ubah wallpaper untuk Windows 7 Starter dan Home Basic Edition

Kali ni nak share sikit pasal komputer. Dah lame jugak aku tak tulis pasal tips-tips komputer. Sebab dah lame jugak aku tak blogging kan. So, lepas kembali menulis ni aku nak kongsi sikit tips-tips bagi pengguna-pengguna Windows 7 Starter Edition dengan Home Basic Edition.

Aku rasa kalau korang perasaan, untuk Windows 7 Starter dengan Home Edition tak ada Personalize menu untuk ubah Wallpaper untuk PC korang. So, secara tak lansung korang kena install satu software baru untuk application tersebut.


So, firstly korang kena la download software ni dari Softpedia.com.


Bila dah dowload, ape lagi. Install je. Don't worry tak effect apa-apa pun kat komputer korang. Cuma tambah features Personalize je.

Dah habis install korang Right click kat desktop korang. Nanti akan keluar macam gambar kat atas ni.

Lepas tu, klik pada Personalize. Lepas korang dah install software tu baru ada. Nanti akan keluar dialog box macam ni.


Then, click pada Desktop Background. Untuk ubah wallpaper untuk desktop korang. 

Bila dah keluar dialog box kat bawah ni korang pilih la gambar ape yang korang nak buat wallpaper. Senang je. Tak susah pun.


So, tu je la langkah-langkah nak ubah Wallpaper anda dari Aero Theme ( default theme ) kepada citarasa anda sendiri. Senang je. Dan aku rasa ramai pun yang dah tau kan? Sekadar berkongsi dengan korang semua.

August 9, 2010

Tips menarik Trafik menggunakan SEO

Hari tu aku pernah dapat lebih 500++ visitors dalam sehari...Ni angkara aku punya entry pasal kematian bekas ADUN yang Dato' Abdul Aziz Mohd Nor yang mati ditembak bersama dengan pembantunya..Dan hits untuk entry ni saja dah mencapai capaian yang tinggi...Bukan selalu untuk aku blogger yang masih lagi mentah dalam dunia blogger ni untuk mencapai traffic tinggi...Korang boleh tengok entry Traffic aku mencapai 500++ dalam sehari...

Hari ni jugak aku buat entry pasal perkahwinan bekas isteri Akhil Hayy, Maizawati...Lepas je aku post entry tu...secara tak langsung visitor dalam blog aku meningkat...bila aku check dekat Nuffnang analytics...keyword yang popular adalah perkahwinan Maizawati dan pasangannya...aku post entry ni lepas pukul 5 ptg...



Apa itu SEO atau pun Search Engine Optimization...tentu kita kaitkan dengan Search Engine seperti Google, Yahoo dan banyak lagi search engine yang ada masa kini...Tapi kita sebagai blogger kurang mengoptimumkan penggunaan keyword...Sebab penggunaan keyword yang betul secara tak langung dapat menarik trafik ke blog kita...

Tajuk untuk entry post juga memainkan peranan penting...sebab bila kita tengok balik kepada tajuk-tajuk entry yang menjadi topik perbualan hangat masa kini...ia akan menjadi satu carian yang dikehendakai oleh ramai orang...Jadi bila diorang guna Google ke...kalau diorang search kat Google ke...mana tahu kalau hit korang tinggi....nanti akan dipaparkan dalam page pertama Google....artikel Kepentingan Keyword dalam Blogging dan Trafik oleh en.Lanun dah explain tentang penggunaan keyword ni...

Aku tak la sehebat Eyriqazz...DarkBatman...MelRomeo...Traffic diorang lagi gempak...kalau tak percaya korang cuba la tengok blog diorang..Sekadar berkongsi apa yang aku tahu...Nanti aku share la gi ye...

July 12, 2010

How to download Youtube Video?

Tu kadang-kadang menjadi persoalan bagi sesetengah orang...sebab kadang-kadang bukan semua orang tahu macam mana nak download video kat Youtube...Aku jugak pernah mengakami masalah ni sebab time mula-mula aku kenal Youtube time tu aku masih lagi tak tahu macamana nak downkoad video dari Youtube...So..kat sini aku nak share cara-cara macam mana korang boleh try nak download video dari Youtube...
Actually, banyak cara yang kita boleh guna kalau nak download video kat youtube.com...Kalau anda cuba google sekalipun banyak teknik-teknik yang boleh dapat untuk mendownload video dari youtube...Tapi dalam entry kali ni aku cuba untuk menceritakan tentang teknik yang aku selalu guna nak download video dari youtube...

Step 1 :
Korang boleh masuk dekat laman web keepvid.com 


Step 2 : 
Korang copy link video kat link bar.


Step 3 : 
Lepas dah copy, korang paste dekat download bar dekat laman web keepvid.com, lepas tu baru klik download..


Step 4 : 
Korang boleh pilih format apa yang korang nak...3gp, flv, avi ataupun mp4...Lepas tu korang tunggu je la video tu di downloadkan..


Tu je tutorial untuk kali ni...nanti aku nak cerita balik macamana cara korang nak embedkan video dalam blog korang...Ni kepada yang masih baru-baru lagi dalam dunia blogging ye...

April 25, 2010

Fraud Clicking?...Apa tu?...


Nuffnang...Semua bloggers tahu pasal nuffnang...Dimana ini merupakan salah satu sumber pendapatan mereka dalam dunia blogging ni...Baru-baru ni jugak nuffnang dah organized programme in collaboration with Gatsby...Secara tak langsung menempatkan satu pencapaian dalam Malaysia Book Of Records...sebagai Largest Bloggers Gathering...

Nuffnang jugak pernah warning pasal fraud clicking...Korang tahu tak apa maksud fraud clicking?...So...Kat sini aku nak share sikit pasal fraud clicking berdasarkan apa yang aku tahu...Fraud clicking kalau ditranslatekan dalam bahasa melayu adalah:

Fraud = Tipu

Clicking = Klik

So bila dicampurkan Fraud + Clicking jadi la Tipu Klik...So maksudnya korang klik secara tipu atau tidak jujur...Untuk pengetahuan korang...Untuk mengelakkan fraud clicking...Korang kena click iklan atau advertisement...Tak kira la untuk nuffnang ke, advertlets ke, innity ke...tak kira la mana-mana link yang melibatkan advertisement...



Sebab apa?...

Sebab setiap advertisement yang kita click...diberi tempoh masa contoh nya 30 saat, 45 saat atau pun seminit...untuk kita lihat iklan-iklan tersebut...Perbuatan melihat iklan di bawah tempoh yang ditetapkan adalah dikra fraud clicking...Itu berdasarkan apa yang aku tahu...

Jadi sekarang ni korang jangan la klik iklan tu...lepasa 2,3 saat korang dah tutup...Tu dah kira tipu la...Sebab macam korang klik tak ikhlas je...Nanti tak pasal-pasal korang kena band dekat korang punya advertising host...Harap-harap jangan sebab korang jugak yang rugi nanti...

So...sama-sama kita amalkan amalan blogging yang sihat yer...=)

April 23, 2010

Tips Nak Cari Duit Online

Selamat pagi Jumaat kawan-kawan...So hari ni aku nak kongsi satu lagi web yang membolehkan kita mencari sumber kewangan tambahan menerusi internet...Aku rasa ada antara kita yang dah menggunakan perkhidmatan nie...tapi aku rasa ramai lagi yang tak tahu...Korang pernah dengar pasal Pay Per Click tak?...

Pay Per Click ni satu laman web memberi kita peluang untuk mnedapat pendapatan dengan hanya klik ads yang dipaparkan...Bila kita klik kita akan dibayar sebanyak 3 sen...Kira kalau korang klik tu...Korang kena sabar la sikit...Nak kumpul duit memang agak lama...Tapi Pay Per Click bagi kita transfer duit ke account kita lepas dah dapat RM10...Jika dibandingkan dengan sumber-sumber yang lain...Kita boleh cash out bila dah sampai RM50...So...Pay per click ni senang sikit...Cuma korang perlu rajin bukak web PPC tiap-tiap hari...

Kat sini aku nak tunjuk sikit screen bila korang bukak web tu...


Ni muka depan bagi laman web Pay Per Click...Gambar tu adalah gambar pengasas laman web ni...


Bila korang dah register...Korang dah boleh Surf ads...Jangan lupa ambik aku sebagai referral ye...


Kalau korang dah klik ads...Korang boleh check korang punya statistik...termasuk berapa ringgit yang korang dah earn...Aku pun baru join...Still tak dapat nak cash out lagi...hehehehe...


So...Kalau korang nak join klik disini ye.....



p/s: Gambar tu kecik sikit...So kalau nak tengok secara detail...Klik untuk besarkan ye....

April 14, 2010

Tips Nak Reserve Movie


Kembali lagi...Kali ni aku nak bagi tips sikit kat korang semua...Aku rasa dah ramai yang jugak yang tahu kita boleh booking kalau nak tengok movie kat GSC...sebab apa aku nak share dengan korang...sebab hari tu time aku pegi GSC...Aku beratur kat line nak booking ambik booking tiket...korang tahu tak..sepanjang yang line aku beratur...hanya ada 2 orang je Melayu yang booking...kebanyakan yang lain tu Chinese...So kat sini aku rasa aku nak share sikit tips macam mana nak booking tiket...bagi mereka-mereka yang tak tahu..

1. First sekali...Korang kena lah ada account dalam GSC...So...Korang kena lah sign up dulu...Lepas tekan button sign up...akan keluar lah info kat bawah ni...Terms and condition...Korang baca la dulu...


2. Lepas tu, korang isikan maklumat tentang diri korang...Biasa lah...macam isi borang...=)


3. Bila dah isi...Submit je la...Lepas tu korang check email korang untuk verify account korang...Senang je...

4. Bila dah verify...Korang dah boleh log in...So boleh la start booking membooking...korang boleh la pilih GSC mana korang nak pergi...


5. Lepas tu pilih la movie mana yang korang nak tengok...Kan senang....


So...aku rasa tu je lah untuk kali ni....Aku share dengan korang sebab aku nak tengok yang kita ni pun pandai gunakan teknologi...Bagi sape-sape yang masih tak tahu korang try la guna...Sebab nanti akan memudahkan korang jugak...Tak payah nak beratur panjang-panjang...



p/s: Gambar-gambar kat atas agak kecik jugak la...So kalau boleh korang klik la untuk besarkannya ye...

March 14, 2010

Tips Temuduga


Salam...Hari ini full...so aku tak sempat nak update blog sangat...hari ni jugak aku pergi PWTC...coz kitaorang punya college dah di jemput untuk seminar kat PWTC anjuran MARA...Maklum la...kitaorang punya college di bawah payung MARA...secara tak langsung diberi peluang untuk menghadiri seminar...

Sampai je dekat area PWTC...Jem bukan main lagi...penuh dengan kereta...Kebetulan kali ni ada tiga exhibition yang dijalankan serentak...termasuk la MATTA fair, dengan Wedding Exhibition...Jadi dekat PWTC keadaan yang amat sesak...

Orang ramai...semua dengan niat untuk mencari tempat di institut pengajian tinggi...Macam-macam gelagat yang kita boleh lihat...Ibu bapa, dengan anak-anak...sibuk untuk bertanya course-course yang sesuai untuk anak mereka...so banyak la ragam-ragam yang boleh dilihat...

Seminar aku berlangsung dari pukul 2.30 p.m. hingga 5.15 p.m...banyak input-input yang aku dapat berkaitan cara-cara untuk menghadapi temuduga kerja nanti...so...dalam entry ni...aku ingat nak share sikit dengan anda semua....

Antara tips menghadapi temuduga...berdasarkan 6P...

1P-Perancangan ( merangkumi sebelum, semasa dan selepas interview, persediaan yang perlu kita lakukan)
2P-Penampilan ( first impression yang orang tengok pada kita, so this is important)
3P-Pengetahuan ( knowledge, samaada apa yang kita belajar @ pengetahuan am)
4P-Pengalaman (pengalaman kita, samaada kita pernah bekerja dimana2 syarikat)
5P-Penilaian ( penilaian terhadap diri kita, sesuai tak kita akan jawatan tersebut)
6P-Pasrah (tawakal dan selalu berdoa kepadaNya)


p/s: Gambar kat atas tu persembahan kebudayaan kat Entrance...time tu aku nak balik dah...sempat snap satu gambar je...