February 15, 2012

Dulu dan sekarang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam aku baca blog Yuyu Zulaikha yang aku rasa korang semua pun kenal siapa yuyu ni. Sebab makin hari, nama yuyu zulaikha ni makin terkenal dalam dunia blogging ni kan. Bukan bodek ok. Sebab time mula-mula yuyu start blogging dulu aku dah macam slow sikit nak berblogging. Lepas tu terus tinggal blog dalam masa setahun.


Berbalik pada apa yang aku baca kat blog tu pasal Suatu Ketika Dahulu. Bila baca tajuk tu je, aku terkenang kembali suatu masa dahulu bila bernama student. Sekarang life dah lain. Dah bekerjaya. Dulu masih belajar. Banyak perbezaan tu. Tapi paling seronok adalah life time belajar. Walaupun kekangan utama time tu adalah duit. Ye la kan. Bila tak ada duit ni macam-macam benda nak buat ada je masalah. Tak cukup sana, tak cukup sini. Macam-macam la.

Tapi bila time kerja pulak, masa pulak tak cukup. Banyak benda-benda lain yang kena fikir. Bukan setakat makan-minum je. Bayar kereta, bayar itu, bayar ini. Jadi macam gaji bulan-bulan tu datang singgah je. Lepas 2,3 jam dah habis.

Kalau dulu,

Nak makan pun kena control. Takut tak cukup budget. Maklum la, guna duit pinjaman. Bukannya cukup. Mula control makan. Kadang-kadang maggi pun bantai je. Tapi sekarang mesti nak makan nasi tak kira la bila-bila pun. Bila dah ada kerja, alhamdulillah. Life tak macam student dulu. Kena ikat perut. Makan dalam sehari tu kadang-kadang 2 kali je.

Kalau dulu, 

Nak shopping baju kena fikir 2,3 kali. Walaupun aku ni jenis tak minat sangat nak shopping baju. Tapi kadang-kadang tu rasa jugak nak shopping sehelai, dua. So, kena la simpan duit. Nak main beli je memang tak boleh la kan. Kalau tak lari budget time tu.

Kalau dulu,

Orang selalu sebut-sebut tempat kita belajar. Makin gah tempat kita belajar, makin la orang suka. Ye la kan, kalau orang sebut UTP ke, UTM ke. Semua macam woooo.. Hebatlah kau. Bila masuk kolej biasa-biasa ni orang tak pandang sangat. Tapi tu lah yang berlaku kan. Orang selalu membandingkan tempat kita belajar. Walaupun bukan semua. Tambah pulak bila ada perbezaan, kalau kau ambik degree aku ambik diploma. Tapi bukan semua yang macam tu. Mungkin ada sesetengah je.

Kalau dulu,

Bila elaun bulanan tak cukup, terpaksa la call rumah. Mintak sponsor PA & MA. Tapi sekarang dah sampai time aku pulak untuk ringankan beban mereka. Tolong sikit-sikit. Lepas apa yang dorang dah tolong aku selama ni.

Tu lah, antara perbezaan antara dulu dan sekarang. Banyak lagi. Cuma mungkin aku akan berkongsi di masa akan datang. Kalau tulis sekarang tak syok la pulak kan? Hehehe.

No comments: