February 14, 2012

I'm Back !

After a year.


Dah setahun jugak aku tak blogging. Setahun. Lama tu. Bukan sebab takde idea. Tapi sebab aku tak punya kesempatan masa. Tambah-tambah pulak sejak laptop aku yang lama dah rsak. Aku memang susah nak update blog. Tambah-tambah bila pakai iPad. Sangat-sangat susah nak update blog. Start dari tu la, blog aku kembali kepada aizatshafiq.blogsot.com. Tak sambung untuk gunakan domain www.aizatshafiq.com.

Dalam masa setahun nie, macam-macam dah berlaku. Aku pun dah ade kerja tetap. Alhamdulillah. Tapi aku cuma boleh aktif dua minggu. Lepas dua minggu, terpaksa offline. Sebab kerja aku. So, 2 minggu online, 2 minggu offline.

Sekarang, aku rasa macam nak sambung berblogging balik. Seronok bila rasanya dapat berkongsi dalam blog nie. Sebab sepanjang setahun aku tak berblogging, aku rasa macam tak seronok. Bila aku hanya simpan cerita tu untuk diri aku sahaja. Tak kongsi dengan orang lain. Bila berkongsi ni dapat rasakan yang nikmat seronok tu kan?

Esok, aku akan offline for two weeks. Dah nak kena pergi laut 2 minggu. So, kat sane memang takde internet melainkan intranet. Haishh. Tapi apakan daya. Tu lah kerja. Jadi, kena la pergi jugak. Sekarang ni, tengah berusaha sedaya upaya mencari balik skil menaip aku yang dah lama aku simpan dalam almari.

Follower untuk blog ni pun still 700++. Thanks untuk korang. Sebab walaupun aku tak update hampir setahun, tapi korang masih setia ikut blog ni, dan jenguk sekali-sekala. 


p/s :  love the quote. maybe time tu i've lost my passion. and now i try to come back from the bottom. 

No comments: