Showing posts with label Football. Show all posts
Showing posts with label Football. Show all posts

July 2, 2012

Tahniah Spain kekalkan kejuaraan EURO 2012

Akhirnya berakhir jugak perlawanan EURO 2012. Kemenangan yang rasa nya tak pun membawa kelainan dengan 4 tahun lepas. Ketika mana, Spain menang ke atas Germany. Kali ni Spain menang sekali lagi dengan menewaskan Italy. Kemenangan yang agak besar untuk Spain kali ni. Apa-apa pun, perlawanan tetap perlawanan. Mesti ada menang kalah. Team yang aku sokong Germany dengan Netherlands pun kalah. Kira kena tunggu World Cup 2014 kat Brazil la pulak nanti.

Apa-apa pun tahniah buat pasukan Spain. Sebab sekali menjulang piala EURO 2012. Buat kali kedua berturut-turut. 


June 2, 2012

Piala FA kini di Kelantan !

Akhirnya sampai jugak Piala FA kat Kelantan ni kan. Kalau sebelum ni selalu je dapat kat jirang negeri sebelah. Terengganu. Alhamdulillah tahun ni dapat kat Kelantan. Walaupun pada hakikatnya memang aku tak suka game final hari tu.

Kebetulan semalam time aku sampai Tesco, peminat-peminat Red Warriors buat majlis sikit dekat KFC TESCO sempena kemenangan Piala FA. 


Memang tak boleh nak ambik gambar dekat-dekat. Korang paham-paham je la sekarang ni, pemain bola sepak dah macam selebriti. Sebab tu nak pergi dekat pun susah. Tapi nasib baik la teknologi sekarang ni, semua kamera ada LCD viewer. Tak payah nak pakai viewfinder lagi dah. Dari jauh pun boleh. Hehehe.


First time bertentang mata dengan Piala FA. Yang besar ada, yag kecik pun ada. Memang macam tu ye? Selalunya aku tengok yang besar je. Yang kecik tu nak buat apa pulak ye?

Apa-apa pun, lepas ni nak tengok Piala Liga Super pulak. Hehehe. Kot-kot menang tahun ni. 



April 4, 2012

Kelantan tewaskan Arema FC 3 - 0

Yes !


Kemenangan pertama untuk Pasukan Kelantan keatas pasukan lawan Arema FC dari Indonesia dengan jaringan 3-0 di Stadium Sultan Muhammad ke-V. Kali ni aku tak pergi stadium sebab ada live kat Tv. Lagi pun malam ni ade hal sikit. Sebab tu tak ke stadium.



Apa-apa pun ketiga jaringan yang dijaringkan oleh Mohd Ghaddar memang boleh dibanggakan. Ye la kan, ketiga-tiga jaringan tu semua dari Mohd Ghaddar. So, hatrik untuk dia malam ni.


Kalau ikut table, Kelantan dah naik ke tangga ketiga. Sebab sekarang ni borkongsi 4 mata dengan Ayeyawady dan Navibank Saigon. Tapi aku still tak tau berapa keputusan game satu lagi. Jadi sekarang ni singan masih terbuka untuk Kelantan, harapnya. Apa-apa pun perjalan masih jauh. Bak kata orang bola itu bulat. Betul tak?

P/S : Gomo Kelate Gomo ! 

March 5, 2012

Sekitar Perlawanan Kelantan vs Negeri Sembilan

Semalam aku pergi Stadium Sultan Muhammad ke IV. Tengok perlawanan antara Kelantan vs Negeri Sembilan. Dah lama jugak aku tak pergi stadium. Paling last aku pergi kalau tak silap aku 3,4 tahun lepas. Tu pun time kat Terengganu.


So, tiket untuk game semalam RM15. Sebab lama sangat tak pergi stadium, aku pun dah tak tau berapa harga tiket. Sampaikan member aku tanya harga tiket pun aku bantai je harga RM20. Hehehe. Maklumlah, lame sangat tak pergi. Walaupun stadium tu tak lah jauh sangat dengan rumah aku. Kalau jalan kaki tu dalam 15minit je.

So, jom aku share sikit gambar time dekat stadium semalam. 

Sebelum perlawanan bermula
Gol pertama Kelantan pada minit ke 2.
Sekitar perlawanan malam semalam
Perlawanan semalam berakihir dengan keputusan Kelantan 2-1 Negeri Sembilan. Gol di saat-sat terakhir oleh Chanturu memberikan point yang bermakna untuk asukan Kelantan. Sekaligus, mengekalkan takhta liga.

March 3, 2012

Pelancaran Kelab Peminat Khairul Fahmi

Kebetulan hari ni aku singgah dekat KB Mall. Hari pula ada majlis pelancaran kelab peminat Khairul Fahmi yang aku rasa korang kenal la sape dia ni. Tak lain tak bukan, penjaga gol Malaysia dan juga pasukan negeri Kelantan. Tak sangka pula sekarang ni dia pun dah lancarkan kelab peminat dia yang tersendiri. 


Ramai jugak yang datang tadi. Macam biasa la, mesti ada game yang diorang anjurkan. So, budak-budak pun ramai yang take part dalam game tu. Sebab tu ramai yang tengok. Diserikan lagi dengan kehadiran Khairul Fahmi. Pastu ramai jugak yang ambik peluang nak masuk kelab Khairul Fahmi.


Sesi bersama peminat. Macam biasa la, ambik gambar bersama celebrity. Hehehe. So, ramai yang tak lepaskan peluang bergambar dengan Khairul Fahmi.


p/s : Esok game Kelantan dengan Negeri Sembilan, kalau tak silap aku. Hope Khairul Fahmi perform malam tu. 


March 7, 2011

Fine ! | Man U kalah dengan Liverpool 1-3

Fine. Esok memang kene gelak la kan. Sebab Manchester United dah kalah dengan Liverpool tadi. 3-1 pulak tu. Lagi la. Tapi takpe. Kalau tu biase. Lagipun, defend Man U malam ni bukan nye defend terhebat Man U. Jadi tak kisah la kalau kalah pun. Hahahaha.


Yang hairannye kan. Liverpool ni tibe-tibe je kuat. tambah-tambah bile lawan Man U. Kalau last week punye game bukan main lagi. Siap kalah. Tapi bile lawan Man U. Kuat la pulak. Haishhhh. 

December 30, 2010

Piala Suzuki AFF | Macam ni rupa Harimau Malaya ratah Garuda !


Kalau tengok gambar kat atas ni. Ni lah gayenye, bila Garuda kena ratah kat Harimau Malaya. Hehehe. Signifikan dengan kemenangan Malaysia semalam. Walaupun semalam, Malaysia tewas buat kali kedua dekat Indonesia untuk Kejohanan Piala AFF Suzuki kali ni. Tapi dengan bekalan yang dibawa dari Malaysia tetap memberikan Malaysia dengan kemenangan aggregat 4-2. Tahniah.


Komen dari Rio Ferdinand. Pemain pertahanan Manchester United pun ucapkan tahniah pada Malaysia. 


Tahniah untuk team Malaysia yang bawa pulang Piala Suzuki AFF ke Malaysia selepas 14 tahun kejohanan tu diadakan. Secara overall, aku raasa team Malaysia dah tunjukkan satu kelainan dalam permainan bola sepak. Tak macam dulu. Passing-passing bola pun boleh terlepas. Game semalam pun cukup best kalau nak dibandingkan 2,3 tahun dulu. Betul tak korang?

Jadi takde sebab kalau cakap laser kat Malaysia yang menyebabkan diorang kalah 3-0 hari tu. Dan semua dah dibuktikan. Sebab Malaysia pun kene laser kat Indonesia. Sampai tak score pulak penalty si Firman tu kan. Hehehe.

December 29, 2010

LIVE | Jom sokong Team Malaysia malam ni !


Malam ni yang bakal menentukan siapa yang bakal membawa pulang Piala Suzuki AFF. Aku yakin dengan kelebihan 3 gol yang Team Malaysia bawa ke Stadium GBK, Indonesia bakal memberi peluang kepada team Malaysia nak bawak balik Piala Suzuki AFF buat pertama kali. 

Jadi, malam ni sama-sama kita bagi sokongan kat Team Malaysia. 

Time : 8.00 malam
Live : TV1 dengan ASTRO
Tempat : Dimana-mana yang korang rasakan best

Jom ramai-ramai sokong team Malaysia !

December 26, 2010

Malaysia tewaskan Indonesia 3-0 | Salute untuk Malaysia !

Wow...


Tu je aku boleh cakap. Walaupun sebelum ni Malaysia diaibkan oleh Indonesia dengan jaringan 5-1 di Indonesia akhirnya menebus kemenangan mereka di Malaysia. Walaupun tak dapat jaring sebanyak 5 gol. Ape-ape pun, aku cukup respek permainan Team Malaysia malam ni. Ade satu peningkatan daripada permainan-permainan terdahulu. Yela kan. Dah makin teratur dan bijak buat keputusan dalam permainan. 
Penjaring 2 Gol untuk Team Malaysia malam ni.

Syabas buat Team Malaysia !

*Semalam Shahrul Idlan Talaha baru je kahwin. Hari ni perform. WoW. Salute ! =p

December 18, 2010

Perlawanan Pusingan Kedua Champions League 2010/2011



Keputusan untuk Pusingan Kedua Champions League. Kalau tengok kat jadual kat atas tu, Arsenal akan jumpa Barcelona. Manchester United pulak jumpa dengan Marseille. Kira laluan kat pusingan kedua tak la berat sangat kalau nak dibandingkan dengan Arsenal. Bekas juara Inter Milan pulak nak jumpa dengan Bayern Munich. 

Overall, setiap perlawanan tu memang best. Bila dah masuk second round ni, semua mesti team hebat. Yang paling best Tottenham Hotspurs. Memang prestasi terbaik la sekarang ni. Walaupun, nanti diorang akan berjumpa dengan AC Milan. Tak mustahil kalau diorang boleh tewaskan AC Milan kan. Sebab bola tu bulat.

Ape-ape pun, Manchester United tetap dihati. Hehehehe.

November 14, 2010

Malaysia layak ke pusingan kedua walaupun tewas di tangan China

Mungkin ni satu berita yang menggembirakan rakyat Malaysia bila pasukan bola sepak kita masih lagi layak ke pusingan kedua walaupun tewas 3-0 kepada China ekoran insiden 3 orang pemian Malaysia yang dibuang padang. Mungkin ni satu kontroversi yang ditimbulkan oleh pengadil dari Asutralia, Ben Williams.

November 8, 2010

Liverpool 2-0 Chelsea | Jaringan Torres 'terbaik'

Aku gembira. Walaupun aku ni bukan la peminat Liverpool, tapi aku cukup gembira sebab Liverpool dah tewaskan Chelsea 2-0 kat Anfield semalam. Gol pulak cantik-cantik. Memang Torres jaringkan gol dengan bergaya. Jom tengok video perlawanan semalam. Ni dah bagi peluang kat Manchester United ni. Hahahaha.

October 23, 2010

Demam Kelantan vs Kedah di Old Trafford?

Demam bola dah bermula. Maklum la hari ni ade perlawanan untuk pusingan separuh akhir kedua yang akan berlangsung kat Johor dan juga Kelantan. Hari ni pun kalau kat Stadium Sultan Muhammad ke-V tu, memang ramai orang. Maklum la ade yang nak cari tiket last-last minit. Tak pun nak beli baju untuk pasukan kegemaran ke. 

Tak kurang jugak ade yang nak cari rezeki. Dengan jualan makanan dan minuman kat situ. Walaupun, perlawanan bola sepak dijangkakan pukul 8.45 malam ni. Aku sempat jugak singgah tadi. Kebetulan ade keje jap. Lepas tu terus singgah kat situ. Tengok-tengok je. Bukan beli pun. Hehehehe.




Memang cukup meriah. Tambah-tambah pulak ramai yang datang tanye aku nak beli tiket ke tak. Dah confirm-confirm diorang ni ulat tiket. Tapi aku memang takde niat nak pergi pun sebab ade hal lain. Sebab tu aku tak beli. Ramai jugak ulat-ulat tiket ni ye. Jalan je kat mane-mane mesti ade ulat tiket. Ish3. HArga confirm la lagi mahal daripada beli kat kaunter tiket kan?...hmmm..macam-macam.

October 21, 2010

Kelantan FA bayar gaji pemain 100,000 pound seminggu?

Kelantan sanggup berbelanja besar untuk menang Piala Malaysia kali ni? Betul ke? Dengar-dengar cerita Kelantan nak beli player dari EPL dengan harga perpindahan sampai jutaan ringgit semata-mata untuk menang Piala Malaysia kali ni. 


Dikhabarkan pemain yang bakal dibeli Kelantan tu memang cukup terkenal. Lepas tu sekarang ni player tu dah tak nak main untuk kelab lama dah. Sebab tu Kelantan nak beli. Gaji pemain ni pulak 100, 000 pound seminggu. Wah2.. Mampu ke KAFA nak tanggung nanti?

Nak tahu sape bakal jadi pemain Kelantan dengan pemindahan yang cukup kontroversi? Jom kita tengok gambar kat bawah ni.


Korang percaya tak sekarang? Kelantan memang betul-betul nak menang Piala Malaysia kali ni. Sebab tu diorang sanggup berbelanja besar. Dan sebab tu jugak la malam semalam Rooney tak turun time Champions League. Sebab main untuk Kelantan. Tapi semalam baru first game, sebab tu tak dapat score lagi. Tak dapat rentak kot. Hahahaha.


p/s : Hehehehe. Gurauan semata. Kalau Kelantan betul-betul beli pun ape salahnye kan. =)

October 20, 2010

Keputusan Separuh Akhir Piala Malaysia 2010


Malam ni bakal menyaksikan perlawanan pusingan pertama separuh akhir Piala Malaysia. Perlawanan malam ni bakal menemukan empat pasukan hebat yang bakal merebut tempat ke perlawanan akhir pada 30 Oktober ini.

Kedah vs Kelantan
N. Sembilan vs Johor FC

Malam ni Kelantan akan bertemu Kedah di Stadium Darul Aman. Mampukah Kelantan membawa pulang gol berharga di tempat lawan. Selepas prestasi pada peringkat suku akhir yang mana mereka menewaskan pasukan Selangor dengan agregat 3-0.Dengan pemain-pemain seperti Che Hishamuddin Hassan, Hairuddin Omar, Mohd Nizad Ayub, Ramzul Zahini Adnan serta S Chanturu tetap berbahaya dengan gandingan kekuatan tonggak utama diketuai Indra Putra Mahayuddin serta dibantu Mohd Badhri Radzi.  Adakah Kelantan bakal memberikan saingan yang sama ke atas Kedah? Saksikan perlawanan secara LIVE di TV1 jam 8.40 malam ini.

Perlawanan antara Johor FC juga bakal menyaksikan perebutan hebat antara dua pasukan yang kini sedang meningkat naik prestasinya. Negeri Sembilan yang bakal turun tanpa tonggak utama seperti Idris Karim bakal berdepan cabaran apabila bertemu dengan Johor FC yang sudah semestinya inginkan kemenangan di Stadium Paroi. Dengan berbekalkan pemain-pemain yang berpengalaman seperti Rezal Zambry Yahya, Shukor Adan dan Ching Hong Aik memungkin kan kejayaan di Stadium Paroi? Kita tunggu je malam ni.

**********UPDATED**********

     KEDAH 0-0 KELANTAN           N. SEMBILAN 0-1 JOHOR FC

August 9, 2010

Manchester United won Community Shield 2010/2011


Kemenangan pertama untuk season 2010/2011Manchester United 3-1 ke atas Chelsea..
Membawa pulang Community Shield ke Old Trafford...


Manchester United 
Valencia (41)
Javier Hernandez (76)
Dimitar Berbatov (90)

Chelsea
Salomon Kalou (83)


July 11, 2010

[Gambar] Germany 3-2 Uruguay

Perlawanan penentuan tempat ketiga diantara Germany dan Uruguay...Kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan yang menarik ...Kalau Germany main macam ni time lawan Spain hari tu puas hati la jugak..Corak permainan laju...Lepas tu banyak attacking...Tak macam hari tu...Banyak bertahan...

Gol dijaringkan oleh 
Uruguay - Edinson Cavani (28'), Diego Forlan (51')
Germany - Thomas Muller (19'), Marcell Jansen (56'), Sami Khedira (82')

Walau ape pun...pujian juga harus diberikan kepada pasukan Uruguay...memang memberi saingan hebat...di tambah pulak dengan kedua-dua team sasyik attacking...memang best...dari mengantuk pun aku tak jadi mengantuk...Jadi kita tunggu pulak game final malam ni diantara Spain dengan Netherlands...Penentuan diantara Paul si Sotong dengan Mani si Nuri...siapa yang tepat...hahahaha...




June 18, 2010

Player untuk Round 1

Sempena World Cup 2010...FIFA dah anjurkan satu pertandingan iaitu FIFA Fantasy World Cup...So...aku join la competition tu...Dan untuk minggu pertama aku dah dapat 79 points...


Tiga player yang menyumbangkan mata terendah Luis Fabiano, Van Persie dengan Iker Casillas...Aku dah tukar diorang ni untuk round kedua...nak dapat point tinggi...Tak tau la dapat ke tak...Malam ni pulak Germany dah kalah....Philip Lahm memang tak dapat point tinggi dah...Harapan tinggal dekat player Brazil dengan Italy je...Tapi anything kan happen kan...Kita tunggu tengok je...=)

Kalau yang nak join game ni...Korang masuk website Fifa...Kat situ korang register la...boleh kita tengok siapa boleh jadi manager terbaik...hehehehe...




June 10, 2010

Senario bola sepak

Bola sepak...

Satu sukan yang tidak asing lagi bagi semua penduduk di bumi..Bola sepak boleh membawa kepada kebaikan dan juga boleh membawa keburukan...Petang tadi aku baru pulang dari menyaksikan satu perlawanan bola sepak yang telah disertai oleh GMI...iaitu tempat yang aku menuntut sekarang...Kejohanan liga bola sepak IPTS yang disertai oleh Kolej aku dah sampai ke peringkat suku akhir...GMI bertemu dengan Unisel...Satu perlawanan yang menarik...masing-masing memberi satu corak permainan yang baik sebab masing-masing mempunyai tujuan ke separuh akhir...

Separuh masa pertama berkesudahan 0-0...apabila masuk babak kedua...Perlawanan semakin sengit..begitu juga penonton...aku lihat satu perlawanan psikologi apabila penyokong team aku GMI agak emosi...sebab kita memang nak menang...di tambah pula main dekat tempat yang dekat dengan kolej...UKM...tak jauh pun...SO ramai la penyokong yang datang nak bagi sokongan...termasuk la aku...


Tapi aku agak terkilan juga..sebab time tu penyokong team aku macam nak mengata habis-habisan dekat team Unisel...kutuk macam-macam...sebab aku rasa tak patut...tapi tu la lumrah bola sepak...kadang-kadang emosi mengatasi segalanya..Jadi time tu memang ketahanan mental pemain menjadi faktor utama...Kalau tak tahan dengan psikologi penonton...emosi akan mengatasi segala-galanya...

Tapi apa-apa pun permainan yang ditunjukkan oleh pemain-pemain Unisel tadi agak baik...Walaupun team GMI memberi tentangan sehingga minit ke 120...kira dah masuk masa tambahan...Apa-apa pun syabas...dan bila balik tadi, aku dan member akui yang pemain GMI tak cukup training...jadi tak boleh nak salahkan sape-sape pun...

p/s: Siapa-siapa pembaca dari Unisel sampaikan selamat berjaya aku kat budak-budak bola korang ye...

May 26, 2010

Jadual Piala Dunia 2010

Piala Dunia yang akan berlangsung dekat South Africa tinggal la lebih kurang 2 minggu...Terasa bahang-bahang Piala Dunia telah pun membayangi setiap peminat bola sepak di seluruh negara...Masing-masing tertanya-tanya akan siapa yang akan memenangi trophy yang cukup berprestij di peringkat antarabangsa...



Masing-masing memberi predictions siapa yang bakal menjulang trophy tersebut apabila semua negara yang bertanding menyenaraikan barisan pasukan dengan pemain yang terhebat...Kejohanan yang dianggap paling berprestij dalam dunia...Nak layak ke kejohanan ni pun masing-masing perlu melepasi peringkat Zon Benua masing-masing....


Siapa bakal juara?....

Topik yang bakal menjadi perbincangan hangat kepada semua peminat-peminat bola sepak bulan Jun ni....Adakah Brazil?...Spain?...England?...ataupun juara bertahan Itali?...Jadi masing-masing akan menanti kejohanan yang berprestij ni...

Kat sini aku nak share dengang korang pasal jadual perlawanan Piala Dunia nanti...Korang boleh tekan link kat bawah untuk download jadual tu...


Lepas tu korang jugak boleh try untuk menjadi manager terbaik sepanjang Piala Dunia dalam Fantasy Fifa World Cup...Korang pilih pemain terbaik yang korang rasa untuk dapat point...Kita boleh tengok siapa manager terbaik untuk Piala Dunia nanti...mana tahu kalau aku boleh buat league ke nanti...hehehehe


So...Sama-sama kita sokongteam pilihan kita ye...Aku sebenarnya nak sokong Malaysia...Tapi apa kan daya, Malaysia masih lagi tak layak nak sertai Piala Dunia walaupun dah 53 tahun kita Merdeka...Kena tunggu 53 tahun lagi ke agaknya?....

Apa-apa pun untuk World Cup kali ni aku sokong Spain....Korang pulak?...