Showing posts with label Sports. Show all posts
Showing posts with label Sports. Show all posts

August 11, 2012

Tahniah buat Dato' Lee Chong Wei & Pandalela Rinong PAMG

Belum lambat kiranya aku ucapkan tahniah kepada dua atlet negara yang dah pun membawa pulang dua pingat Olympic London 2012. Sekaligus mengangkat martabat Malaysia di mata dunia. 

Seperti yang dijangka, Dato' Lee Chong Wei mampu menghadiahkan pingat kepada Malaysia menerusi acara Badminton. Walaupun ramai yang mengharapkan pingat emas daripada beliau. Tapi mungkin nasib tak menyebelahi kita. Apabila Dato' Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan dalam set penentuan dengan memberikan satu tentangan yang sangat hebat.


Satu kejayaan yang tak disangka-sangka bila pingat kedua Malaysia datang dari kolam renang. Yang mana selalunya acara kolam renang ni selalunya didominasi oleh negara-negara besar seperti China, Amerika Syarikat, Great Britain. 

Tapi penerjun negara kita mampu menghadiahkan pingat untuk negara. Buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia. Pandalela Rinong PAMG berjaya menaikkan nama Malaysia dalam acara Terjun 10M Platform Wanita. Yang mana merupakan pingat Olimpik pertama Malaysia selain dari acara Badminton. Tahniah diucapkan.


P.S : Patut ke Pandalela Rinong dapat gelaran Dato' ? Pingat pertama rakyat Malaysia selain dari acara      Badminton. 

March 12, 2012

Lee Chong Wei cedera | All England 2012

Semalam aku tunggu sampai pukul 1 pagi semata-mata untuk tengok final All England antara Lin Dan dengan jaguh negara kita Datuk Lee Chong Wei. Apa-apa pun, seperti yang diwar-warkan oleh pengulas sukan ketika itu, Lee Chong Wei mengalami kecederaan di bahu kanannya. Kalau orang tengok time tu pun, nampak sangat yang bahu Lee Chong Wei tu berbalut. Siap kena spray pain killer kat bahu dia.


Walaupun cedera, Lee Chong Wei tetap bagi saingan dekat Lin Dan pada set pertama. Walaupun tewas 19-21. Disebabkan kecederaan yang dialami, Lee Chong Wei akhirnya menarik diri pada set kedua. Secara tak langsung bagi kemenangan kepada Lin Dan untuk gelaran All England kali ke-5 beliau.

Apa-apa pun, aku salute jugak la kat Lee Chong Wei ni. Sebabnya, dia tak lah mengecewakan penonton sangat. Sebab still turun untuk beraksi walaupun untuk satu set je. Kira sape-sape yng pergi tengok ataupun tunggu dekat rumah still boleh tengok dia beraksi. Cuma, mungkin kecederaan yang dialami olehnya yang mengekang beliau dari meneruskan permainan.

P/S : Harapnya Lee Chong Wei bertemu dengan Lin Dan sekali lagi di Sukan Olimpik London 2012.

March 14, 2011

[All England 2011] Lee Chong Wei tewaskan Lin Dan , 21-17 , 21-17

At last. Lee Chong Wei dah tebus balik kekalahan kepada Lin Dan time kat Terbuka Korea hari tu. Hari ni, Chong Wei menang straight set 21-17 , 21-17 ke atas Lin Dan kat Terbuka All England. 


Jadi sekarang, Chong Wei dah buktikan yang dia boleh menang ke atas Lin Dan. Maybe hari tu saje je kot. Hahaha. Ape-ape pun, congrats to Lee Chong Wei sebab dah naikkan maruah Malaysia sekali lagi. 

January 30, 2011

Lee Chong Wei tewas lagi kepada Lin Dan

Macam kebiasaan. Bila Lee Chong Wei bertemu dengan Lin Dan. Kelebihan tetap diletakkan kepada Lin Dan walaupun, Lee Chong wei merupakan pemain no. 1 dunia. Aku pun hairan la. Sebab ape la Lee Chong Wei susah nak menang dengan Lin Dan ye?


Untuk kejohanan badminton terbuka Korea tadi, Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan dengan keputusan 19-21 , 21-14 dan 16-21. Tipis. Dan selalu memang Lin Dan akan bawa game ke rubeer set macam kebiasaan sebelum menang. Dah biase sangat.

Tapi bagi aku, permainan tadi tu cukup best. Tapi biasa la. Adat permainan. Kalau ikut rekod pertemuan, Lin Dan dah tewaskan Lee Chong Wei 15 kali. Lee Chong Wei baru je tewaskan Lin Dan sebanyak 7 kali. Jauh jugak la rekod tu.

Apa-apa pun. Tu la permainan badminton kan..kan..

September 27, 2010

Aku dan Formula One

Semalam aku layan siaran tertunda Formula One Singapore. Lame la jugak tak layan Formula One ni. Kalau dulu memang aku cukup ikut perkembangan Formula One. Tapi lepas TV dah siarkan race tengah-tengah malam dah tak berape nak ikut sangat. Semalam baru lah aku tengok pertama kali trek racing Formula One Singapore. Sebelum ni selalu je miss. Tak sempat nak tengok. 


Race track Singapore ni cantik. Tapi masih lagi tak  tak boleh nak tanding race track Monaco ataupun Dubai. Lagi menarik. Ape-ape pun disebabkan race pada malam hari menyebabkan race kat Singapore diterangi oleh lampu-lampu yang menjadikan ia menarik. 

Pengalaman aku bersama Formula One 

Cakap pengalaman aku pasal Formula One ni. Aku pernah tengok sekali je. Tu pun time sekolah. Dapat sponsor untuk Programme F1 in school. Seronok la jugak. Tapi time tu first time masuk Sepang International Circuit. Tak tahu ape-ape lagi. Time tu jugak la aku terkejut bila harga air minuman a.k.a air mineral berharga RM 5 sebotol kecik. Memang first time sangat la time tu. Burger pulak RM 12. Perghhh. Zaman tu time budak-budak mane nak ade duit sangat kan. Terpakse la berlapar dalam tu. Beli air je sebotol nak tahan sampai ke petang.

Bila race habis je di petang hari. Kitorang start nak balik. Tengah tunggu-tunggu bas sekolah datang nak ambik ade la pulak brader tu yang jual air mineral dengan nasi lemak. Harga biasa. Nasi lemak RM 1. Air mineral pun RM 1. Ape lagi. Serbu la. Sorang ambik 2,3 bungkus. Lapar punya pasal. Tu la kisah aku kat Sepang International Circuit. 

Tak suka kereta Formula One Sekarang

Bila cakap pasal kereta Formula One untuk race sekarang ni aku cukup tak suka. Sebab kereta sekarang ni lebih kurang same je. Tak macam dulu. Setiap kereta berlainan. Jadi bila tengok design kereta F1 lebih kurang same ni macam A1 la pulak. Tak syok sangat.


Tengok gambar kereta Formula One untuk team Mc Laren Mercedes tahu 2010. Biase je kan. Tak seronok sangat nak tengok macam kereta race tahun 2007. Time tu kereta paling best. Design terbaik la aku katakan. Sebab tu FiA buat undang-undang yang kereta ni ada perbelanjaan terhad. Jadi baru adil untuk team-team yang berbudget rendah. Tapi nampak macam tak adil pulak untuk team-team yang berbudget tinggi kan. 


The best car ever build. Kalau tak silap aku kereta ni lah yang bagi Lewis Hamilton naik. Time tu dia baru je join Formula One. Tapi memang kereta daripada Mc Laren Mercedes Racing Team memang superb giler dengan design yang lain  dari yang lain. Aerodynamic untuk kereta ni pun terbaik la. Time tu pencabar utama Ferrari pun tak boleh nak challenge la.


Sekarang ni persaingan lebih terbuka. Bagus jugak la FiA buat macam tu. Bagi peluang kat team lain jugak. Ape-ape pun aku memang suka tengok Formula One. Tapi buat masa sekarang ni masih lagi tak mampu nak tengok Formula One kat Sepang atas sponsor sendiri. Maklum la, tiket ribu-ribu. Mane nak mampu. Lain la kalau ade orang sudi nak sponsor. Kan?! Kan?!


September 26, 2010

Datuk Lee Chong Wei tewaskan Lin Dan di Terbuka Jepun

Akhirnya terbalas jugak dendam yang tersemat dalam jiwa rakyat Malaysia. Kalau korang masih ingat bila masa Lin Dan buat tarian robot lepas tewaskan Datuk Lee Chong Wei time Piala Thomas hari tu. Maklum la. Time tu dia dah menang. Sape yang tak suka kan. Tapi tak perlu la sampai nak buat tarian robot yang boleh dikatakan menyindir Lee Chong Wei depan penyokong sendiri. Betul tak?


Tapi kali ni Datuk Lee Chong Wei dah tebus balik kekalahan hari tu. Dengan mengalahkan Lin Dan 22-20, 16-21 dan 22-17. Dengan kemenangan ni aku tak tahu la kot-kot kalau Datuk Lee Chong Wei pun buat tarian robot jugak kan. Sebab tak masuk berita pun. Apa-apa pun syabas untuk Datuk Lee Chong Wei.

August 4, 2010

Kereta-kereta mewah pemain bola sepak EPL

Kita semua tahu yang pemain-pemain bola dekat EPL ni memang kaya...dengan gaji yang dibayar ratusan ribu pound seminggu...Tak mustahil untuk mereka memiliki kereta-kereta mewah yang menjadi hobi mereka...Tapi bukan kita semua tahu apa kereta yang diorang pakai...Jom kita tengok kereta yang diorang pakai...

Ni kereta baru Fernando Torres...Aston Martin DBS yang bernilai 160,000 pound

Ni pulak kereta baru Wayne Rooney AUDI RS 6 yang bernilai 77,740 pound

Nani punya kereta Lamborghini Gallardo LP550-2 Valentino Balboni bernilai 166,784 pound

Ni pula kereta Anderson...AUDI Q7 bernilai 40,000 pound...Anderson ni hari tu baru je kemalangan dengan supercars beliau AUDI R8 yang bernilai 125,000 pound

Ni gambar AUDI R8 yang kemalangan tu...Memang teruk...dan takde harapan kalau nak baiki balik...Masuk besi buruk la gayanya...

Ni pulak kereta pemain termahal dunia...Cristiano Ronaldo...Bentley GT speed ni bernilai 140,000 pound...

Ni pulak kereta David Beckham...Rolls Royce Phantom Drophead Croupe bernilai 300,000 pound...

Ni bukan satu-satunya kereta diorang...Banyak lagi...Maklum la...dah banyak duit mesti mampu nak beli kereta-kereta macam ni...Sorang-sorang bukan ada sebuah kereta...Paling sikit pun 3 buah...Woowwww...memang dengki...hahaha....

May 26, 2010

Jadual Piala Dunia 2010

Piala Dunia yang akan berlangsung dekat South Africa tinggal la lebih kurang 2 minggu...Terasa bahang-bahang Piala Dunia telah pun membayangi setiap peminat bola sepak di seluruh negara...Masing-masing tertanya-tanya akan siapa yang akan memenangi trophy yang cukup berprestij di peringkat antarabangsa...



Masing-masing memberi predictions siapa yang bakal menjulang trophy tersebut apabila semua negara yang bertanding menyenaraikan barisan pasukan dengan pemain yang terhebat...Kejohanan yang dianggap paling berprestij dalam dunia...Nak layak ke kejohanan ni pun masing-masing perlu melepasi peringkat Zon Benua masing-masing....


Siapa bakal juara?....

Topik yang bakal menjadi perbincangan hangat kepada semua peminat-peminat bola sepak bulan Jun ni....Adakah Brazil?...Spain?...England?...ataupun juara bertahan Itali?...Jadi masing-masing akan menanti kejohanan yang berprestij ni...

Kat sini aku nak share dengang korang pasal jadual perlawanan Piala Dunia nanti...Korang boleh tekan link kat bawah untuk download jadual tu...


Lepas tu korang jugak boleh try untuk menjadi manager terbaik sepanjang Piala Dunia dalam Fantasy Fifa World Cup...Korang pilih pemain terbaik yang korang rasa untuk dapat point...Kita boleh tengok siapa manager terbaik untuk Piala Dunia nanti...mana tahu kalau aku boleh buat league ke nanti...hehehehe


So...Sama-sama kita sokongteam pilihan kita ye...Aku sebenarnya nak sokong Malaysia...Tapi apa kan daya, Malaysia masih lagi tak layak nak sertai Piala Dunia walaupun dah 53 tahun kita Merdeka...Kena tunggu 53 tahun lagi ke agaknya?....

Apa-apa pun untuk World Cup kali ni aku sokong Spain....Korang pulak?...

May 23, 2010

Inter Milan juara treble

Sepeti yang aku jangka...dan yang aku ramalkan...Inter Milan dah menjadi juara eropah setelah menewaskan Bayern Munich dengan jaringan 2-0 daripada Alberto Diego Milito...Kemenangan ke atas Bayern Munich melengkapkan treble Inter yang mana sebelum ini telah memenangi dua piala di Serie A...Inter dah join team Celtic, Ajax, Manchester United, PSV Eindhoven dan juga Barcelona dengan melengkapkan treble...

Semalam aku tengok game yang mana kick off start pukul 2.45 pagi...Memang mengantuk time tu...Tapi bila game dah start...Hilang mengantuk...Permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan boleh dikatakan terbaik jika dibandingkan dengan Manchester United lawan Barcelona season lepas...Sebab kali ni memang nampak sangat yang kedua-dua team mempunyai kekuatan yang hampir sama...Tapi Inter ni player diorang laju...Jadi Bayern pun tak dapat nak sekat kelajuan diorang ni...

Kalau tengok statistik pun...Bayern banyak pegang bola daripada Inter...Macam jugak masa Inter lawan Barcelona...ball possession tak banyak kat diorang...Tapi bila diorang couter attack....fuyooooo...memang respect habis beb....2,3 touch je dah sampai kat gol pihak lawan...Macam gol semalam la...korang boleh tengok sendiri...3 touch je....lepas tu gol...memang Bayern yang baru lepas attack time tu tak tahu nak buat ape dah...Defend pun dah ramai naik ke atas...Last-las terpaksa la mengharapkan keeper...

So...Korang enjoy la gambar-gambar ketika perlawanan akhir UEFA Champions League semalam ye...

Penyokong-penyokong Inter sebelum perlawanan

Penyokong-penyokong Bayern sebelum perlawanan

Gaya Jose Mourinho dengan Materazzi meraikan kemenangan mereka

Kapten pasukan Javier Zanetti dan pasukan meraikan kemenangan bersama piala

Julio Cesar...Keeper cemerlang dalam perlawanan

#picture credit to soccernet.com

May 22, 2010

[Highlights] Bayern Munich vs Inter Milan

Final Liga Juara-juara Eropah...Pertemuan antara juara Itali iaitu Inter Milan dengan juara German, Bayern Munich...Masing-masing dengan kejayaan dua piala di liga masing-masing sudah pasti akan memberi saingan dalam perlawanan akhir yang akan berlangung di Santiago Bernabeu di Madrid...Satu tempat yang akan memberikan satu impak dalam kejohanan Liga Juara-juara kali ni...


Kedua-dua pasukan membariskan pemain-pemain terbaik mereka untuk berusaha merangkul kejohanan ketiga untuk kelab masing-masing...Ni adalah line up yang mungkin digunakan oleh kedua-dua team




Bayern Munich (4-4-2) : Butt (GK), Lahm, Demichelis, Van Buyten, Badstuber, Altintop, Schweinsteiger, Van Bommel, Robben, Olic , Muller

Inter Milan (4-2-3-1) : Cesar (GK), Maicon, Lucio, Zanetti, Samuel, Cambiasso, Muntari, Sneijder, Eto'o, Pandev, Milito

Line up yang membariskan pemain-pemian hebat...Tapi dalam final kali ini kita kehilangan aksi dua pemain utama kelab masingmasin iaitu Franck Ribery (Bayern Munich) dan juga Thiago Motta (Inter Milan) yang telah dilayangkan kad merah dalam aksi separuh akhir...Jadi ini kelihatan adil untuk kedua-dua pasukan...

Kedua-dua pasukan mengharapkan dua tonggak utama iaitu Arjen Robben dan juga Wesley Sneijder untuk menjadi tonggak masing-masing...Macam yang korang tahu...Mereka berdua adalah rakan sepasukan dalam negara Belanda dalam Piala Dunia nanti...Dan mereka dianggap tonggak utama dalam pasukan masing-masingPerlawanan ini juga menemukan tonggak Argentina iaitu Martin Demichelis dan juga Diego Milito...

Jadi apa percaturan Jose Mourinho dan juga Van Gaal?...Dapat tak mereka bawak pulang trophy Liga Juara-juara dan secara tidak langsung membawa kembali piala ketiga mereka?...Bakal kita saksikan pagi esok...



Aku punya prediction: Aku rasa Inter Milan akan membawa pulang Piala Liga Juara-juara kali ni...sebab di barisi oleh pemain-pemain yang hebat jika dibandingkan dengan Bayern...Mereka mempunyai barisan pertahanan dan serangan yang mantap...Jadi tak mustahil kalau Inter Milan boleh bawak balik trofi tu kali ni...

May 21, 2010

David Villa sah milik Barcelona


Akhirnya sudah terjawab...David Villa akan ke Barcelona dengan yuran perpindahan 40juta Euro...David Villa secara rasminya menandatangani kontrak bersama Barcelona selama 4 tahun selepas lulus ujian kecergasan hari ini...David Villa merupakan pemain pertama yang telah dibeli oleh Barcelona untuk season 2010/2011...Rekod David Villa di Valencia beliau menyumbat gol sebanyak 107 dalam 166 perlawanan...Jadi hari ni sah David Villa menjadi milik Barcelona....Dah la Barcelona dah ada player macam Lionel Messi..Xavi...Andreas Iniesta...Pedro...dah confirm-confirm diorang ni bertambah hebat...Aku rasa Real Madrid susah nak dapat peluang kat La Liga season depan...hehehe...

p/s: Aku rasa Thierry Henry boleh la balik Arsenal balik...Kesian aku tengok team Arsenal...hehehe


#credit to soccernet.com

May 15, 2010

Lin Dan bikin panas



Bahang kekalahan Pasukan Malaysia masih berlegar-legar lagi kat fikiran aku...Selepas Malaysia diaibkan dengan kekalah 3-0 ke atas China...Sesuatu yang sepatutnya dielakkan apabila bermain di tempat sendiri...Kekalahan ni bukan sahaja memang sukar untuk diterima walaupun kita tahu akan kekuatan pasukan China...Di tambah pula pemain no.1 dunia dan juga beregu no.1 dunia mudah sahaja dijinakkan oleh pemain daripada China...Aku masih tak dapat terima...Apa semua ni?...

Di tamabah pulak dengan gaya yang ditunjukkan oleh Lin Dan yang seolah-olah menyindir pemain no.1 negara...Apabila di akhir perlawanan di membuat tarian yang boleh dikatakan menyindir bahawa dia lagi hebat daripada Datuk Lee Chong Wei...Tindakan yang boleh dikatakan "kurang rasa hormat" terhadap lawannya...

Panas !   Panas !  Panas !



p/s: gambar kredit kepada berita harian

May 14, 2010

[Piala Thomas] Malaysia - China (Separuh Akhir)

Separuh akhir Malaysia menentang China...


Seperti yang dijangka...Datuk Lee Chong Wei bertemu Lin Dan...Dalam perlawanan yang di tunjukkan Lin Dan berada di prestasi terbaik...Lin Dan menang dengan 21-17 dan 21-8...Buat pertama kali Datuk Lee Chong Wei tewas dalam tahun 2010...
Walaubagaimanapun aku tengok permainan yang dah ditunjukkan oleh Lee Chong Wei agak kurang menarik disebabkan banyak kesilapan yang telah dilakukan secara tak langsung akan memberi mata kepada Lin Dan...Apa yang telah djelaskan oleh beliau, ialah beliau kehilangan confident ketika menentang Lin Dan...


Perlawanan kedua diantara Koo Kean Keat dan Tan Boon Heong menentang pasangan China Cai Yun dan Fu HaiFeng...Tewas 21-15 dan 21-10...Corak permainan Koo Kean Keat dan  Tan Boon Heong seperti mudah dibaca oleh beregu China...dan banyak kesilapan yang dilakukan oleh beregu negara kita yang banyak memberi mata kepada pasangan beregu China...Masih banyak yang perlu diperbaiki...

     \

Game ketiga menemukan Wong Choong Han dengan Chen Jin...Wong Choong Han tewas 21-16, 21-8...Permainan yang telah dijangka siapa yang akan menang game tu...



Kesimpulan ketiga-tiga game aku tengok....aku rasa...Malaysia masih tak cukup presediaan dari segi fizikal...Sebab aku tengok fitness setiap pemain China memang cukup mantap...Tambah-tambah diorang nie laju....Stamina maintain je dari mula sampai habis...Pemain negara kita pula banyak buat kesalahan yang memberi mata kepada pihak lawan...Jadi aku rasa diorang perlu kaji balik corak permainan diorang dengan pemain China kalau nak menang balik Piala Thomas....Aku jugak berendapat yang Malaysia patut dedahkan pemain-pemain muda...Kalau tengok pemain China kebanyakannya muda-muda..Dan bukan hanya nak target kemenangan...Sebab Malaysia terlampau harapkan pemain-pemain lama...Tu semua aku punya pendapat...Korang pulak?...

May 12, 2010

[Piala Thomas] Malaysia - Denmark (Suku Akhir)

Prestasi yang agak memberangsangkan daripad skuad Malaysia ketika menentang Denmark ketika suku akhir Piala Thomas...Seperti yang aku jangka, pemain no.1 dunia dan juga beregu no. 1 dunia menepati ramalan apabila menewaskan lawan masing-masing dengn straight set....Manakala beregu kedua negara Wong Choong Han telah bermain dengan prestasi terbaik untuk menewaskan lawannya yang sebelas tahun lebih muda daripadanya...Permainan yang terbaik apabila Wong Choong Han tewas 22-20,16-21,21-18...Kira game best jugak sebab dia main all out untuk menewaskan lawan dia...



Jan O Jorgenson yang memberi saingan hebat kepada Wong Choong Han


satu lagi kejutan telah dikejutkan lagi dengan beregu kedua Malaysia apabila Zakry Latif digandingkan dengan  Hoon Thian How...Beregu yang boleh dianggap sebagai bidan terjun dalam kejohanan nie...Ditambah pulak dengan prestasi Fairuzizuan Tazari yang agak merudum semalam...Dan Rexy mengambil langkah untuk mengandingkan gandingan beregu kedua Malaysia...


Hoon Thian How yang merupakan gandingan bersama Ong Soon Hock...yang menjadi bidan terjun dalam kejohanan Piala Thomas kali ni...

Permainan yang ditunjukkan oleh Zakry dengan Hoon Thian How memang best...Memang fight sangat...Mereka berjaya mengutip kemenangan pertama 26-24...kemudian set kedua dan ketiga tewas 12-21, 19-21...Apa-apa pun diorang memberi tentangan yang hebat kepada beregu Denmark...


Gandingan Denmark Lars Paaske & Jonas Rasmussen yang bertemu Zakry Latif & Hoon Thian How...

Harapan tetap disandarkan kepada Hafiz Hashim yang menentang Joachim Persson...Set Hafiz menang 21-12, 21-10....Kira memang hebat la...Tahniah untuk Hafiz Hashim...Kemenangan untuk membawa pasukan Malaysia ke final...Tahniah...

So...lepas ni Malaysia akan berdepan dengan China...Akan berjumpa Lin Dan, Chen Jin, Bao ChunLai dan beregu Guo Zhendong & Xu Chen dan juga Cai Yun & Fu HaiFeng...Kira ni merupakan satu bebanan dan cabaran yang akan digalas oleh skuad Malaysia...

Semoga berjaya !

Keputusan Undian Piala Thomas

Berikut adalah keputusan undian untuk suku akhir Piala Thomas:


Jepun vs German

Malaysia vs Denmark

China vs South Korea

Indonesia vs India


Diharapkan Malaysia takkan ulang apa yang terjadi ketika lawan Jepun tadi...

May 11, 2010

Sepintas Lalu Piala Thomas 2010...Malaysia

Sejak jam 6 ptg tadi Malaysia telah bertungkus-lumus untuk mendapat kemenangan pertama dalam kejohanan badminton Piala Thomas...

Aku hairan...kerana Malaysia dianggap sebagai pilihan untuk menjuarai Piala Thomas kali ni...Tetapi harapan yang telah diletakkan kepada Wong Choon Han dan juga beregu negara Zakry Latif & Fairizizuan Tazari macam dah tak boleh nak memberi harapan kepada Malaysia...Dan harapan terakhir yang diletakkan kepada Hafiz Hashim agak berat dan ini memberi suatu tekanan kepadanya...


Choong Han membawa kekalahan pertama Malaysia kepada Jepun, tewas kepada Sho Sasaki


Zakry & Fairizizuan tewas kepada beregu kedua Jepun, Hayakawa & Kazuno


aku suka fighting spirit Hafiz Hashim...Walaupun banyak tohmahan kat dia...tetapi tetap memberi saingan kat Shoji Sato...

Aku tengok game Malaysia...Aku tengok semua game...Harapan yang diletakkan kepada pemain no. 1 dunia...Lee Chong Wei memang memberi harapan...Termasuk jugak beregu no.1 dunia...Koo Kean Keat & Tan Boon Heong...memang menepati sasaran...Tapi sandaran lain yang diletakkan Malaysia?...


Penyumbang mata pertama Malaysia, kemenangan terhadap Kenichi Tago


Penyumbang mata kedua Malaysia

Aku pun tak faham...Malaysia merupakan pilihan...dan bila bertemu dengan Jepun pun dah jadi macam goyah sikit...Ini kan pula nak menentang China...Jadi kita dapat bawak balik ke Piala Thomas kat negara kita selepas 18 tahun?...