October 24, 2010

Aku setuju jika Sejarah wajib lulus.

Aku ingat lagi masa zaman sekolah dulu. Kalau masuk je time mata pelajaran sejarah. Mesti ramai pelajar yang rasa boring. Maklum la. Bila belajar sejarah ni banyak nak kena baca. Nak kena ingat. Pastu nak jawab exam pulak mesti kena hafal satu-satu fakta. Tak macam subjek lain yang perlu lebih faham. Sejarah ni pulak kalau silap fakta. Confirm salah.


Semalam pulak, kerajaan dah umumkan yang  mata pelajaran Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang wajib lulus dalam SPM. Jadi, sekarang ni mata pelajaran sejarah ni dah jadi macam  Bahasa Melayu. Yang merupakan syarat utama untuk dapat sijil SPM. 

Susah ke nak lulus sejarah ni?

Bagi aku. Aku tak pernah gagal pun. Alhamdulillah SPM dan PMR aku dua-dua dapat A. Aku rasa mesti korang tahu taktik atau skill nak jawab sejarah ni kan? Yang aku ingat dulu. Sejarah ni tak perlu hafal semua pun. Cuma kena hafal point-point penting. Sebab tu, perlukan mind map. Cikgu aku dulu pun banyak buat aktiviti macam presentation, discussion pasal sejarah ni. Sebab kalau setakat baca je memang susah nak tangkap kot.

Pelaksanaan Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus 2013 oleh kerajaan aku amat setuju. Sebab melalui mata pelajaran sejarah ni la, generasi akan datang akan tahu pasal kisah silam negara kita. Kalau kita cuba tanya generasi sekarang tentang sejarah pengorbanan orang terdahulu. Mungkin ramai yang tak tahu. Bila dah jadi wajib ni harapnya ramai la generasi akan datang akan semakin faham akan pengorbanan orang zaman dahulu.

Harapnye kita dapat kenang kembali. Sejarah lama. Sebab dah semakin dilupakan. Hmmm.


p/s: Kalau korang suka penulisan aku. Boleh la like page aku di Facebook ye. =)

5 comments:

Unknown said...

aku pun setuju
bukan subjek berat pun
aku dulu tak study pun sejarah
tu pasal dapat B je
org dok pakat dpt A
hahahaha

tp mmg wajib lulus!

aizatshafiq said...

@ery farieha

hehehe...
tak studi pun boleh dapat B?...
terer la tu...
=)

Unknown said...

sejarah paling malas belajar, tapi actually paling senang nak score. sebab every year soalan copy paste jer, nombor soalan jer bertukar. kan kan

aizatshafiq said...

@anastasia ann

betul2...
memang copy paste pun...
kalau refer past question pun...
soalan same je...
tak berubah...
sebab tu kene score...
=)

Anonymous said...

Blog2 pembongkar sejarah realiti negara :

1) mistisfiles.blogspot.com

2) riwayatmelayu.blogspot.com

3) lokalgenius.blogspot.com

4) ibnurusydi.blogspot.com