October 6, 2010

Walaupun berhemah , tetap bawa masalah

Bila masuk jalan raya, macam perangai pemandu kita jumpa. Sebelum ni pun aku pernah jugak tulis pasal kesalahan-kesalahan pemandu selalu buat, tapi tak pernah nak kena saman. Panas beb. Bila buat salah, bukan sekali tapi selalu, tapi memang susah nak kena saman. Lain la kalau polis sekarang ni rajin sikit. Memang golongan-golongan macam ni memang selalu akan kena saman. 

Hari ni cerita lain pulak, tapi masih lagi berkaitan dengan pemandu. First aku tak nak cerita pasal kesalahan. Sebab aku rasa kali ni tak dikira kesalahan. Sebab dia memandu memang betul-betul berhemah. Tapi sebelum tu, jom kita tengok kereta pemandu tu dulu.


Ok, fine. Korang dah tengok kereta kan? Hebat tak? Dah semestinya hebat. Kalau gaji tak cecah 7,8 ribu sebulan, belum tentu dapat pakai kereta ni lagi. BMW 6 series. Tapi ape yang tak syoknya ialah kereta ni di pandu dengan kelajuan 30 KM/h. 

Ok. Aku tahu, agak menyakitkan hati bila memandu di jalan raya. Tapi memang berlaku pun tadi. Walaupun kat depan tak ade kereta kat depan tetap maintain 30 KM/h. Nak potong, paham-paham je la. Kawasan Kota Bharu ni jalan banyak satu lane. Pastu susah nak potong. Boleh pulak dia pandu slow macam tu. Memang macam tak tekan minyak langsung la. Slow sangat.

Nak jugak aku tengok driver kereta ni. Tapi cermin kereta depan, belakang, kiri, kanan semua gelap. Memang sah-sah tak nak tunjuk siapa dia sebenarnya. Sebab dah tahu tak pandai bawak kereta kot. So, moral of the story, jangan pandu perlahan sangat walaupun korang nak memandu dengan berhemah. Sebab boleh menyusahkan orang lain ye. 

2 comments:

ceksumolek's said...

berlaku jugak dekat sumi pagi nih.. tp masalah bukan bawak slow.. nih bawak laju sangat.. pastu dok cocok2 bontot.. tgk pemandu perempuan rupanya.. tension jer.. huhuu~

aizatshafiq said...

@aisumi chan

ye ke...
nak ajak sumi race kot...
hihihihihi....