October 14, 2010

Tempahan untuk Proton Inspira kini dibuka


SHAH ALAM: Proton melancarkan model sedan terbarunya, Inspira pada Khamis.
Harga di pasaran bagi model terbaru ini antara RM79,888 hingga RM95,000 dan pelancarannya sepenuhnya dijadualkan pada 10 November ini.
Ini adalah model terbaik hasil perkongsian bijak Proton dan Mitsubishi Motors Corp. (MMC).
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, model terbaru itu dijangka dapat dijual sebanyak 1,600 unit sebulan.
Beliau yakin, Inspira mampu menguasai pasaran kereta segmen C dengan penambahbaikan teknologi Lotus oleh jurutera Proton.



"Edisi terkini ini adalah produk berkualiti kami yang mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.
"Dengan kombinasi DNA Lotus, kami percaya ia adalah pilihan tepat dengan harga yang bersesuaian," katanya kepada media selepas majlis prapelancaran Proton Inspira di sini.
Orang ramai boleh menempah model sedan berkenaan di semua wakil penjual mulai hari ini dengan bayaran RM1,000.
Didatangkan dengan dua varian enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter berteknologi Mitsubishi Innovative Valve Timing Electronic Control (MIVEC) hasil kerjasama bijak dengan MMC.

MSTAR

2 comments:

Unknown said...

apa lg aizat?

untuk aku 1

hehehehehehee

aizatshafiq said...

@ery farieha


hehehehe....
bak sini duit down payment....=p