October 23, 2010

Blogger boleh diibaratkan sebagai artis di dunia maya

Sekarang ni ramai yang dah jadi blogger. Kalau dulu, mula-mula aku bergiat dengan blog. Time tahun 2005, aku rasa time tu nak jumpa blogger Melayu ni mesti susah. Mungkin time tu aku tak aktif sangat macam sekarang. Sekarang ni cukup ramai. Tengok je la statistik Nuffnang. Mungkin lebih 100, 000 blogger yang dah berdaftar dengan Nuffnang kot. 

Blogger sekarang diibaratkan sebagai artis? Betul ke? Kadang-kadang kita tengok blogger ni pun popular macam artis. Cuma diorang ni tak dapat publisiti daripada media macam TV ke surat khabar ke. Tapi aku rasa ade jugak blogger-blogger yang masuk paper. Macam Ariffshah dengan Irine Nadia.


Tapi kadang-kadang tak perlu pun pakai surat khabar ke TV ke blogger ni dah popular.Sebut je nama. Mesti orang kenal blogger ni. Lepas tu banyak cerita pasal blogger popular ni. Memang blogger sekarang ni dah ade iras-iras macam artis ke?

Mungkin jugak. Suatu hari, Mane tau kan. Diorang tak payah berlakon pun. Boleh jadi terkenal. Yang penting penulisan. Tak pun kisah hidup diorang. Betul tak? Last-last mungkin boleh dapat income ribu-ribu. Bila pengikut atau follower dah ramai. Memang blogger tu dah dianggap popular. Bukan senang kita nak suruh orang follow kita kan? Bila ramai follower tu tandanya blogger tu ramai peminat.

Time tu jugak la ramai stalker. Yang nak tahu pasal kisah hidup blogger ni. Nasib baik tak campur dengan paparazzi lagi. Kalau dalam dunia maya ni pun ade paparazzi. Aku pun tak tahu nak cakap macam mane. 

Jadi korang rase. Kehidupan blogger ni macam artis tak? Walaupun di dunia maya?

15 comments:

aizatshafiq said...

@diana

tapi ade sesetengah blogger tu cukup orang kenal...
even kat luar pun orang boleh tegur tau...=)

Afizz said...

kehidupan blogger macam artis? erk susah lak saye nak jawab soalan ni... Tapi kalau follower dah melimpah ruah tuh , mesti la blogger tu terkenal...bila dah terkenal , jumpa kat mana2 pon mesti orang tegur punya...

scya lollita said...

jd artis dlm dunia maya lg slamat kan . xde gosip liar yg pcah blah kan rmah tngge org

Syafrizal said...

Aku sebagai blogger kalau boleh tak mau keluar paper atau TV. Cukup lah dapat sampai kan mesej dan orang mengamalkan produk halal HPA. Bukan popular yang aku cari tapi kepuasan dalam mengembangkan ekonomi umat Islam dan memartabatkan perubatan JAWI.

Izan Ishak said...

mungkin ye utk blogger yg mmg femes amos tu. sbb dah kuar tv, suratkhabar lagi.

mcm saya ni, setakat glemer kat mata famili aje~~

aizatshafiq said...

@afizz

tapi kan...
follower ramai tak semestinya orang kenal kat luar...
kadang2 tu..
kat dalam blog lain...
kat luar lain...
=)

aizatshafiq said...

@scya lollita

betul tu...
tak yah nak pening2 gosip ssane sini...
=)

aizatshafiq said...

@syafrizal

setiap blogger ada tujuannya tersendiri...
tu yang paling penting...
=)

aizatshafiq said...

@izan ishak

glemer kat mata family tu kan kira glemer jugak...
=)

Unknown said...

artis di dunia maya je

mungkinkah aizat shafiq bakal menjadi artis?

kah3!!

aizatshafiq said...

@ery farieha

aku jadi artis?...
hahahaha...
aku gelak guling2 sekarang....
=p

CPFZ said...

boleh jugak kot dikatakan blogger ni mcm artis..
myb ada yg jadikan blogger ni idola diorang,
jadikan blog sbg inspirasi..

aizatshafiq said...

@ayaz

hehehe...
betul2...
sangat setuju dengan pendapat tu...=)

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Erk.. Sebagai artis... Arrr.. Saye no komen laa.. Hihihi.. :p

aizatshafiq said...

@farhanDr

hehehehe...
kan ni pun kire komen jugak...
=p