October 13, 2010

Perjalanan 8 jam | Fuhhh!!!

Hari yang sungguh memenatkan. Walaupun aku duduk je dalam bas. Tapi perjalanan yang mengambil masa sampai 8 jam cukup penat. Tapi biase la. Naik bas macam tu la. Tapi tak la penat macam bawak kereta sendiri kan?

Pukul 9.30 pagi tadi baru je bergerak ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu. Semata-mata datang ke Kuala Lumpur sebab nak settlekan urusan kerja. Jadi terpaksa la turun jugak ke Kuala Lumpur. Sekarang ni baru aku ade masa nak rehat, sambil mengadap blog yang tak seberapa ni.


Sempat jugak snap gambar ni, tapi pakai kamera phone je. Jadi tak clear sangat. Lagipun, bas ni tak cuci seminggu kot. Cermin tak berkilat langung. Hehehehe.


Kat atas ni jelah peneman sepanjang perjalanan. Aku kalau traveling memang nak 100plus ni... aku memang tak makan kalau on the way. Sebab tak suka + tak sedap. Jadi tunggu sampai KL baru makan. Hehehehe.

Penat, memang penat. Sampai je kat KL ni aku tak sempat nak rehat-rehat. Bila dah jejak je kaki kat Hentian Putra, terus bergerak ke KLCC. Sebab nak jumpa member aku kat Menara Exxonmobil. Tu yang penat tu. Nak balik ke Bangi pulak jem. Macam tak biase pulak jem kat KL kan.

Tu aktiviti untuk hari ni. Esok, ade keje sikit nak urus pasal graduation dengan results aku. Lepas tu tengok la kemana pulak arah tuju aku, sebelum lusanya ke Menara Exxonmobil nak hantar documents. Ape-ape pun, malam ni kena rehat dulu. Sebab penat. 

See you guys tomorrow ye...=)


kad kahwin
Kad Kahwin

No comments: