November 4, 2010

Moneyboy | Pelacur Lelaki

Tadi aku tengok rancangan 999. Sape yang tengok? Sila angkat tangan. Aku pun baru tahu pasal moneyboy. Ape tu moneyboy? Korang tahu tak?


Kalau cakap bahasa mudah, Moneyboy ni pelacur. Tapi bukan perempuan, sebab diorang ni lelaki. Yang tawarkan khidmat seks untuk golongan atasan. Rancangan 999 tadi dah pun membongkar rahsia moneyboy ni dengan menyamar. Macam biasa la diorang menyamar jadi pelanggan la. Lelaki dengan lelaki. Perghh. Kalau aku pun seram sejuk jugak ni.

Tapi tu la hakikat dunia. Tadi dalam rancangan 999, pengakuan yang diorang buat tentang pakej la. Ape la. Lepas tu pelanggan pulak ade yang dah berkahwin. Kalau dah kawen tu takkan kemaruk dengan lelaki pulak. Hairan betul la. Ape la masalah diorang ni. Nak cari duit mudah ke?

Tambah-tambah diorang ni tawarkan khidmat seks songsang kat kaum sejenis. Bukan kaum berlawanan. Haaaa. Tu yang aku hairan tu. Diorang ni memang gay. Tapi gunakan istilah lain sikit. 'Moneyboy'. Berikut adalah keratan artikel dari Berita Harian bertarikh 21/9/2010. Berita selanjutnya DISINI.
Dalam menjalankan urus niaga hanya Money Boy yang akan mendekati kenderaan pelanggan selepas mereka percaya kereta yang berhenti di tepi jalan mahu mendapatkan khidmat seks. Money Boy agak licik kerana tidak akan melayan pemandu yang memanggil mereka untuk mendapatkan khidmat seks songsang. 


Dalam tinjauan itu Money Boy didapati akan menaiki kenderaan yang berhenti di tepi jalan dan akan pulang beberapa jam kemudian. 



Usaha pemberita mendekati golongan ini berhasil selepas seorang Money Boy dikenali Rizal dalam lingkungan 28 tahun memasuki kenderaan yang diletakkan kira-kira lima minit di tepi Jalan Raja Laut. 



Lelaki itu kemudian mendekati kereta dan bertanyakan sama ada menunggu kawan dan kemudian menawarkan khidmat seks songsang dengan bayaran RM80. 



Menurut Rizal dia hanya ‘bekerja’ sebagai Money Boy pada masa tertentu dan menjadikan hotel murah sekitar ibu negara untuk menjalankan aktiviti terkutuk itu atau mengikut pelanggan ke rumah mereka. 

11 comments:

Rina Rossoneri said...

kita penah inteview mak nyah2, ada antara dorg siap jadi 'perempuan' simpanan lelaki yg dah kawin.. entahlah dorg tuh..

Haw said...

adoi! pakcik blurr laa pasal bab nih.. krn nafsu & wang, semua boleh

Anonymous said...

ok r tu..
cari duit..
haha
prasaan xley nk dipksa2..
kkdg bila mnat buat kerja tu..
nk wat cmne?
feeling suke ssma jenis tu ssah nk diungkap..
:P
luahan gigolo/moneyboy/gays..
bukan nyah...nyah tu dah truk sgt..

Lyn Sery said...

gila.aku xsgka bnda mcm ni ade

Siti Safiyyah said...

erk? ade jugak manusia gila macam ni. pelik.

aizatshafiq said...

@rossoneri

ye ke?...
sampai macam tu sekali...
ape la nak jadi dengan dunia ni ye...
=(

aizatshafiq said...

@haw

sekarang diorang tak fikir kemudian hari...
yang penting semua duit...
tu je dalam fikiran diorang...
hmmmm...

aizatshafiq said...

@anonymous

adakah anda ni pun gay?...
teruk la...
takkan sampai macam tu...
fikir la jugak wei...
sekarang ni memang tak nampak...
balasan akhirat nanti macam mane pulak?

aizatshafiq said...

@lyn seri

tu la pasal...
kadang-kadang benda macam ni pun tak boleh nak jangka...
yang hairannye yang dah kawen ade anak pun simpan lagi lelaki2 macam ni..
hmmmm

aizatshafiq said...

@siti

tu la...
memang pelik sangat2...
hmmmm

tika said...

zaman skrg da lg teruk dr zaman jahiliyah...dulu org buang anak ppuan,skrg buang anak,da xkira jantina..dulu,gay n lesbian ada..skrg lg teruk...bkn stkt gay,lesbian je...llki jd ppn,ppn jd llki pn ade...nauzubillah