November 11, 2010

Tahniah kepada calon-calon UPSR | Sedikit Pesanan

Tahniah diucapkan buat adik-adik yang dah pun berjaya dapat keputusan cemerlang dalam UPSR kali ni. Bagi yang kurang bernasib baik tu, jangan anggap ni satu keputusan yang menutup masa depan korang ye. Masih banyak lagi yang korang boleh kecapi, PMR dan SPM menanti akan datang. Ape-ape pun tahniah kepada seramai 48,327 calon UPSR yang dah dapat keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil.

SUMBER : MSTAR

Kat sini nak berpesan sikit kat adik-adik yang baru habis UPSR ni.

  • Kalau dah dapat keputusan cemerlang tu, cepat-cepat apply untuk sekolah berasrama penuh. Yang pasang cita-cita nak masuk sekolah asrama penuh macam MRSM ,SBP. Sebab sekarang ni diorang buka permohonan dah. Takut tak dapat tempat.
  • Raikan kejayaan dengan ibu bapa, guru. Kenang balik jasa diorang. Jangan la lepas berjaya je korang lupa pasal diorang. Sebab diorang yang banyak membantu korang.
  • Kepada yang tak berjaya tu, jangan anggap anda dah tewas kali ni. Anda belum tewas lagi, selagi ade PMR (kalau ade) adan juga SPM. Korang boleh cuba time tu. Jangan putus asa kat sini.
Tu antara tiga pesanan yang dirasakan perlu bila korang dapat keputusan macam ni. Ape-ape pun, sebagai abang kepada korang, tahniah untuk korang. Sebab prestasi UPSR tahun ni meningkat lagi.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud berkata, pencapaian itu menunjukkan peningkatan kepada 10.02 peratus daripada 9.51 peratus tahun lalu.
"Pencapaian keseluruhan calon UPSR 2010 meningkat dan merupakan yang terbaik dalam empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN)," katanya pada pembentangan analisis keputusan UPSR di sini, Khamis.

2 comments:

ProfHariz said...

Tahniah Buat Adik-Adik Yang Mendapat Keputusan Cemerlang Dalam UPSR :)

maverick said...

lagi satu...jangan merempit...