Betul la kata pepatah. Sesuatu yang cantik tu takkan kekal selama-lamanya. Memang betul. Dan dalam seminggu ni aku sendiri dah saksikan yang satu keindahan yang memang betul-betul berlaku depan mata aku. Tapi tak sampai tiga hari pun keindahan tu dah pun berlalu pergi.
Cantikkan bunga ni? Sangat cantik. Sebab bunga teratai ni memang ditanam kat rumah aku. Then, ni baru pertama kali aku tengok bunga ni mekar. Actually dari awal lagi. Cuma aku tak ambik gambar sebelum bunga ni mekar.
Tapi tak sampai dalam masa 3 hari. Keindahan bunga ni dah hilang. Sebab semua kelopak bunga ni dah gugur. Sungguh cepat. Tak sampai seminggu pun bunga teratai ni mekar. Dah pun gugur. Tak macam pokok-pokok bunga yang lain. Yang ambik masa sangat lama untuk kering lalu gugur.
Cukup sekejap. Aku terfikir. Adakah kalau kita mengejar kecantikan atau keindahan semata-mata. Semua tu takkan kekal lama. Bunga yang mekar segar, sape sangka dalam masam tak sampai seminggu dah pun gugur. Jadi perlu ke kita mengejar kecantikan semata-mata yang dah pun kita tahu tak kan kekal lama?
Tertarik aku tentang artikel dalam iluvislam.com mengenai jodoh, yang mana menjelaskan mengenai mencari pasangan. Kenapa? Sebab ada empat sebab mencari pasangan,
- Harta
- Keturunan
- Kecantikan
- Agama
Pesan Rasulullah s.a.w, "pilihlah yang memiliki agama, nescaya sejahtera hidupmu". Mungkin sebab tu agama merupakan segalanya. Kerana agama kekal sampai bila-bila. Walaupun kiamat sekalipun. Sedangkan kecantikan, harta, dan keturunan akan hilang tatkala, sangkakala ditiupkan.
Sekadar berkongsi apa yang mampu.
4 comments:
Tapi ramai yg pilih 'kecantikan' dulu kan?hehe..org lelaki nak yg cantik2 je..yg kurang cantik, lambat sikit nak pandang..betul tak?hehe
@kalamhati
betul tu kak..
sekarang ni selalunya tu yang orang pandang...
huhuhuhu
agama itu letakkan pada point pertama :)
@molmolla
yang tu yang penting...
sebab agama tak kan hilang macam mana kecantikan...
betul tak?
Post a Comment