November 7, 2010

Kalau nak cari pasangan perlu setaraf

Aku kemukakan soalan ni dekat Twitter dan juga Facebook. Bertanyakan pendapat tentang isu mencari pasangan biar setaraf. Memang perlu ke? Sebab selalunya orang akan berkata yang kalau nak mencari pasangan ni perlu la setaraf. Dari segi keluarga, kewangan mungkin juga kepandaian. Betul atau tidak?



Antara pendapat yang aku terima :

  • Love is blind. Tapi setaraf ni penting sebab nak kekal lama.
  • Sebab perangai manusia ni berubah, time bercinta lain, time kahwin lain pulak. Jadi kalau tak setaraf, nanti akan diungkit-ungkit.
  • Baru jadi seperti pinang di belah dua.
  • Manusia ni semua sama. Cuma kita yang letakkan taraf seseorang.
  • Umur pun menjadi faktor jugak, kalau orang tua kawen dengan remaja pun tak jadi jugak.
  • Yang paling penting adalah saling memahami. Setaraf atau tidak tak penting.
  • Tak perlu, sebab kita ni sape nak nilai orang lain. 
  • Carilah yang kita selasa, tak kira lah setaraf ke tak. Kalau kita tak selesa dengan yang tak setaraf carilah yang setaraf. yang penting kita suka dan selesa.
  •  Cukup jika dia dpt buat kita hormat sangat kt dia...
  • Langsung tak perlu
Tu antara pendapat-pendapat yang aku dapat kat Facebook dan Twitter. Ramai yang bagi komen pasal ni. Kalau tengok pada kebanyakan pendapat tu, ada pro dan kontranya. Kadang-kadang taraf tu perlu. Tapi kadang-kadang keserasian dan saling memahami antara pasangan lagi penting dari semua tu. 

So, ape pendapat korang pulak?

16 comments:

mia sarah hemiza said...

mungkin juga.

airazulaikha said...

cinta??
sama tarat??
dunia dah maju.zaman pun dah berubah.
carilah cinta yang didambakan tetapi sesunguhnya cinta yang diredhai allah adalah cinta selepas ijab dan kabul. :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

betul2~
kena setaraf~

kalau tak, bleh timbul masalah~

tapi takde setaraf harta je kan?
banyak lagi aspek lain~

Unknown said...

sekufu tu penting :)

aizatshafiq said...

@mek mizah

mungkin...
=)

aizatshafiq said...

@airazulaikha

hehehehe...
thanks for the pendapat...
=)

AS.T said...

dpend lar kt psangan 2..stngah xkesa jnjy idop ary2 jrang ada mslh..

aizatshafiq said...

@lord zara

macam tu ye?...
maknanye kena betul-betul serasi dari segala benda la ye?...
=)

aizatshafiq said...

@ery farieha

memang penting...
dari banyak segi...
betul tak?...

=)

Durrani Zamri said...

menyampah gak bila org yg mementingkan taraf sgt. :) ikut jodoh la..

Kalamhati said...

ada pendapat akak sekufu tu penting..

sekufu bukan hanya pada taraf pendidikan..sekufu boleh jadi dalam byk hal..satu kepala tho suami mempunyai taraf pendidikan yg lebih rendah dari isteri..yg penting mampu menjadi ketua keluarga..

pada akak, bukan pangkat atau kelulusan..paling penting agamanya, dan komunikasi..persefahaman..

benda ni subjektif..depends on the eyes of beholder..btol tak?tp agama tetap nomot 1..=)

aizatshafiq said...

@syushuu

betul tu...
sebab tu keserasian yang paling penting...
betul tak?...
=)

aizatshafiq said...

@bit zamri

jodoh semua tu ketentuan kan....
kebahagian pun ditentukan olehNya..
yang penting keserasian...
betul tak?...
=)

aizatshafiq said...

@kalamhati

betul tu kak...
saye setuju...
sebab agama patut diletakkan no. 1...
tak kira macam man sekalipun...
kalau kita pandang pada agama...mesti kebahagiaan tu datang dengan sendiri kan?...
=)

Emilia Emira said...

btul2 setaraf tuh penting..
nnt xpasal2 jadi kassim selamat..
buat filem ibu mertuaku version moden plak..

aizatshafiq said...

@Emilia Emira

betul tu...
hehehe...
macam kasim selamat la pulak...
=p