October 6, 2010

Pengalaman kena tahan polis trafik tengah hari tadi

Tadi aku kena tahan polis. Biasa la, kalau naik motor jalan-jalan memang kena. Tapi tadi tu betul-betul first time aku kena tahan ngan polis. Sebelum ni memang tak pernah. Jadi, merase jugak la kena tahan ngan polis. Hahaha. Tapi aku tak buat salah pape pun buat ape nak takut, betul tak?


Lepas kena tahan tadi aku pun standby la nak bagi lesen. Macam biase-biase orang kena tahan polis trafik, mesti diorang tanye lesen kan?! Tapi tadi polis kat situ tahan aku mintak IC je. Aik?! takkan IC je kot. Tak mintak lesen sekali ke? Hairan jugak kan.

Lepas, aku dah bagi IC, dia tulis lah nama aku dalam satu borang. Kat situ ade 3 orang polis. Sorang perempuan sorang lelaki. Time aku kena tahan tadi ade lagi 2 biji motor. Diorang pun mintak IC jugak. Tak mintak lesen pun. Aku usya jugak borang yang diorang tulis tulis, tajuk borang tu, Maklumat Kenderaan Pemeriksaan kalau tak silap aku. Macam bukti tugas la. Yang diorang dah check sekian-sekian motor. 

Aku orang paling last kat situ. Kira polis tu tulis nama aku paling last la. Lepas tu, diorang pun siap cakap-cakap same-same diorang. Macam aku time kat U dulu lah, bila dah siap assignment. Happy semacam. Diorang pun macam tu jugak la. Maknanya diorang kena tahan orang untuk siapkan assignment@tugasan diorang. Sebab tu la. Kalau korang ade buat salah memang la korang lari.

Jadi moral of the story, sentiasa pastikan lesen korang hidup. Kalau nasib baik macam aku tadi, memang tak check langsung lesen aku. Tapi lesen aku memang hidup la. Tu lah pengalaman pertama aku kena tahan polis. Lawak pun ade la jugak. Hehehe.

4 comments:

tengkorakemas said...

sepanjang pengalaman aku ditahan polis, semuanya aku jadi pembonceng, time jadi rider sendiri tak pernah kena lagi..

time drive kereta pernahla masa sekatan nak cari penjenayah

aizatshafiq said...

@tengkorakemas

same la bro...
tapi ni baru second time kna tahan polis...
yang first time pun membonceng jugak...hehehe

Yuni Aisyah said...

menarik gak penglaman kne tahan polos nie..hikhik

aizatshafiq said...

@yuni aisyah

tu la...
kadang2 macam hal jugak kan...
yang penting kena cool je...
=)