October 23, 2010

Cepatnya masa berlalu

Hari ni tinggal sebulan lagi sebelum aku report duty untuk kerja. Pejam celik, pejam celik cepat je aku rasa masa ni berlalu. Setelah 4 bulan aku tinggal kat rumah ni. Memang betul-betul ambik peluang nak rehatkan diri kat rumah lame-lame. Kalau dari aku form 1 sampailah aku dah grads. Ni la pertama kali aku lepak-lepak kat rumah sebegini lama. Lagi lama dari cuti lepas SPM dulu.


Bulan depan aku dah nak masuk kerja. Satu kehidupan baru dalam hidup aku. Dah nak mulakan hidup baru. Lepas ni dah tak boleh mintak duit mak bapak lagi. Hahahaha. Betul ke tak boleh mintak? =p

Bulan ni jugak aku akan berkonvo. 30/10/2010. Tarikh tak cantik. Rasanya kalau 20/10/2010. Lagi cantik. Tapi takpe la. Yang penting aku berjaya dapatkan skrol dengan keputusan yang membanggakan. Tak sabar jugak sebenarnya nak konvo. Ye la kan. Tengok blog mereka-mereka yang dah konvo ni. Jeles jugak. Aku je yang tak konvo-konvo lagi.

Lepas je konvo. Prepare nak raya haji pulak. Tapi kebiasaanya raya haji ni orang tak sambut macam semeriah raya aidilfitri. Jadi sambut ala kadar je la kan. Yang penting maksud sebenar perayaan tu di fahami.

Last sekali baru aku masuk kerja. Kira berturut-turut jugak event yang aku akan hadapi sebelum masuk kerja. Kira memang bagi cuti habis dengan semua perayaan aku sempat sambut. Krismas je yang tak sempat. Hehehe. Kira memang bermakna jugak la aku jadi penganggur terhormat ye. Banyak jugak pengalaman aku semasa jadi penganggur terhormat ni.

Banyak jugak cabarannya. Maklum la, member-member semua dah kerja. Aku sorang je tak kerja lagi. Tension jugak beb. Ape-ape pun. Kisah lain kita sambung kat entry lain. Nanti aku nak jugak cerita pengalaman aku berkerja part time selama 4 hari. Korang tunggu ye.

=)

6 comments:

Usy@M^^ said...

lamenya tanam angur.. x boring ke lpk umh x bt pe2...

Saya Suka Cara Kamu Berfikir

ceksumolek's said...

selamat berkonvo :)

aizatshafiq said...

@syamsul anuar

hehehehe...
ambik kesempatan berehat...
sebelum bekerja...
nanti nak rehat 4 bulan kat rumah memang tak dapat la...
=)

aizatshafiq said...

@aisumi chan

thanks...=)

CPFZ said...

ehe..
neway,congratz sbb bakal berkonvo..
tak cantek pn tarikhnya,tetap akan diingat,kan? ^.^

mmg terasa cpt masa berlalu,
dulu macam lambat je nak tggu abes sekolah,abes belajar kat uni,
akhirnya abes suda..
tunggu dpt keje yang stabil je pasni..

aizatshafiq said...

@ayaz

thanks...=)
betul tu...
masa ni sangat cepat berlalu...
macam rasa macam semalam je daftar masuk U...
sekarang dah habis...
cepat sangat...
=)