October 5, 2010

Bercakap pasal Anonymous | Siapakah mereka?

Bila cakap pasal Anonymous. Siapakah mereka ini? Memang kita tak kenal siapa itu anonynmous? Sebab diorang ni tak berani nak tonjolkan diri diorang. Sebab tu diorang gunakan anonymous. Sedangkan kita dalam dunia blogging ni aku rasa lebih sepatutnya terbuka. Sebab mudah untuk kita beri pendapat. Bila pendapat tu bernas. Mesti ade orang bagi compliment kat kita. Betul tak?!

Berbalik pada isu anonymous ni. Aku selalu jugak terima komen anonymous. Sebab aku nak jugak tahu pandangan diorang. Ye la kan, ade anonymous yang betul-betul bagi pandangan yang cukup menarik, contohnya macam ni,


Komen ni Anonymous tulis dalam entry Pelajar IPTA ditangkap kerana buang bayi. Tengok komen anonymous ni, ok je kan? Ni jugak menambah info pasal berita tu. Jadi orang pun tak salah faham nanti. Betul tak?


Yang ni pulak comment anonymous untuk entry Isu Gadis Persenda Zikir yang hangat dulu. Penuh dengan nasihat. Sebab tu aku rasa walaupun anonymous. Diorang ni sangat penting dalam sesebuah blog. Mungkin anonymous ni tak ade blog. Sebab tu, menggunakan nama anonymous. Jadi tak salah kalau kita biarkan anonymous komen dalam blog kita kan?!

Tapi yang aku hairan dan peliknya, aku selalu terima comment dari anonymous luar negara. Terutama dari negara Russia.


Terus terang aku cakap, memang sepatah pun aku tak faham. Lagipun aku rasa mesti dia pun tak faham ape isi kandungan blog aku. Sebab tu aku guna Google Translate untuk translate benda ni. Aku pun tak faham ape yang Google Translate tu translate. Pening. Tu yang aku hairan tu, ape tujuan dia hantar komen macam tu. Dah semestinya dia tahu yang aku tak approve punya. 

Jadi, anonymous ni macam-macam kategori. Ade yang bagi maklumat berguna. Nasihat. Tapi ade jugak yang mengutuk, mengeji. Time tu memang orang selalu suka guna anonymous. Mungkin sebab tu banyak blog yang tak benarkan anonymous komen kat blog mereka. Ape-ape pun, aku suka anonymous. Jadi tak ade diskriminasi kat situ ye.

=)

8 comments:

Unknown said...

yang dari russia tu spam kot

hohohohoh

Hasrol Nizam said...

mereka ni kdg2 pembaca yang takde blog. so thats why dia guna anon.. seronok baca komen dr diorang. =)

abigemok said...

mksdnya anon ni ada yg jht dan yg baik la kan? yg dr luar negara tu rasanya robot je, dia masuk kat mana2 blog yg ada trackback link dan takde filter tuk spam ke apa. just nak anikkan pagerank.. pndapat aku la

aizatshafiq said...

@Ery Farieha

maybe kot...
tapi tak pulak masuk dalam spam...
huhuhu

aizatshafiq said...

@hasrol nizam

maybe...
sebab tu diorang ni pun bagus jugak untuk blog...
betul tak?

aizatshafiq said...

@Kyuubi_85

betul2...
selalunya memang ade yang baik ade yang jahat..
selalu yg jahat ni guna anonymous sebab nak kutuk2 orang tu...
sebab tu guna anonymous ni...

CPFZ said...

pd aku,anon ni nak jgk share pndpt dia,
myb dia x mau identiti diketahui awam..
cuma jgn lah slh guna nama 'anon' tu utk tujuan yg tak sepatutnya..

Anonymous said...

Anonymous sungguh misteri name nya tuh