Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

January 19, 2011

Facebook bakal ditutup 15 MAC 2011?

FACEBOOK BAKAL DITUTUP?


Betul ke? Aku ade jugak dengar ura-ura ni. Tapi bila baca news kat MSTAR online pasal Facebook bakal ditutup ni macam satu fenomena yang bakal timbul dalam dunia internet. Kalau korang perasan, Mark Zuckerberg cakap yang pada 15th Mac 2011, laman sosial Facebook akan ditutup sama sekali. Antara yang diperkatakan oleh beliau ketika dalam satu sidang media di Facebook HQ, Palo Alto.

“the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness”.

Sampai macam tu sekali ye....

September 30, 2010

Fake Irine Nadia Marcello dalam Facebook?

Aku rasa, isu ni dah pun di highlight kan oleh sesetengah blogger. Kalau korang ingat dulu gambar blogger Dark Batman dan juga Ben Ashaari pernah dijadikan sebagai gambar profile orang lain. Kali ni aku pulak jumpa lagi satu Fake Identity yang menggunakan gambar orang lain. 

Yang menjadi masalahnye, bila orang lain yang guna gambar orang yang sememangnya dah terkenal dalam dunia maya ni.  Pada hakikatnya orang tahu yang dia ni menggunakan gambar orang lain. Sebab ape tak nak guna gambar sendiri? Diri sendiri tak cantik? Tak hensem? Sebab tu sanggup nak ambik gambar orang lain? Lepas tu ngaku gambar sendiri.


Blogger yang terkena kali ni, Irine Nadia Marcello. Aku rasa korang pun kenal sape Irine Nadia ni kan? Sebab dia ni memang cukup popular dengan blog nya. Selain tu, dia ni kan pernah jugak masuk Majalah DARA edisi July kalau tak silap.

Nak dijadikan cerita, budak yang gunakan gambar Irine ni tag gambar nya pada gambar kawan aku. Jadi tak pasal2 aku pulak yang nampak. Aku tahum kadang-kadang tu ade lagi yang tak cam gambar orang lain. Tapi bila aku tengok kat profile Irine balik. Memang gambar tu terang-terang diambil dari profile Irine. Aku tanya lah si Irine ni, dia cakap memang dah sound pun budak ni. Tapi still buat lagi. Ape hal? Addicted to Irine Nadia Marcello? Sampai dah tak ngaku diri sendiri?

Klik untuk lebih jelas

Melalui perbualan antara kawan aku. Memang aku tahu yang kawan aku ni memang tak kenal siapa Irine Nadia Marcello. Dan budak yang guna gambar Irine berasal dari Sarawak. Memang tak patut la, dah disound pun boleh buat macam ni lagi. Tak boleh pakai betul la.

Jadi sekarang ni berhati-hati la bila letak gambar kat Facebook. Sekarang ni macam-macam orang boleh buat dengan gambar kat Facebook. Ke arah kebaikan mahupun keburukan. Sebab tu kita perlu berhati-hati.

September 29, 2010

Apa yang ada disebalik Farmville? | Korang patut tahu pasal ni

Bila bercakap pasal Facebook ni. Semua orang tahu. Bila cakap pasal applications Farmville mesti korang kenal kan? Kat bawah ni ade sedikit fakat pasal Farmville. Tapi kali ni fakta Farmville versus dengan Real Farms. Kali Farmville lawan dengan Real Farms. 


Fakta ni patut korang tahu. Sebab kalau lah Famrville ni betul-betul berada di alam nyata memang aku rasa petani-petani zaman sekarang ni dah kaya raya. Kalau ikut fakta-fakta ni la.


Dah tengok fakta-fakta ni? Aku rasa kalau siapa yang gilakan Farmville ni patut bukak ladang sendiri. Seba korang boleh kaya kalau korang punya attitude macam dalam Farmville. Hehehe.


Mark Zuckerberg | Pencipta Facebook

Siapa Mark Zuckerberg?

Artis ke?

Penulis ke? 

Pelakon ke? 

Korang kenal tak die ni sape?


Dia nilah Pencipta Facebook. dan sekarang ni dia baru je berumur 26 tahun. Tapi dah pun bergelar jutawan. Tak pun sekarang ni dah jadi billionaire. Sekarang ni saham dalam Facebook je die dah pegang 24%  saham daripada berbilion-bilion tu.

Gambar HQ Facebook di Palo Alto, California

Nanti akan dilancarkan filem yang bertajuk The Social Network pada 1 October ni. Filem yang bakal mengisahkan tentang kehidupan jutawan muda Mark Zuckerberg. Bukan setakat filem je yang ditayangkan, malah komik yang berkisarkan pasal 'Mark Zuckerberg ; Pencipta Facebook' turut diterbitkan. Makin bertambah-tambah la pendapatan si Mark ni ye.

Bill Gates pernah tawarkan si Mark ni sejuta dolar. Time tu die masih lagi bersekolah di sekolah tinggi. Supaya si Mark ni bekerja untuknya. Tapi dia tolak tawaran tu. Kalau aku, aku rasa mesti aku dah ambik tawaran tu. Tak fikir panjang dah. Tapi kalau ikut reputasi Mark Zuckerberg sekarang ni. Memang patut sangat la die tolak tawaran Bill Gates tu. Sebab nilai kekayaan dia sekarang bernilai beribu-ribu kali ganda dari jumlah yang ditawarkan oleh Bill Gates time tu.

Mark Zuckerberg ni jugak turut disenaraikan sebagai orang yang ke-35 paling kaya di Amerika Syarikat dengan nilai kekayaan AS$6.9 billion (22 billion). Cuba korang bayangkan. Kekayaan di usia 26 tahun. Wow. Cukup hebat.