Showing posts with label Bloggers. Show all posts
Showing posts with label Bloggers. Show all posts

March 31, 2011

Ramainyyyeee blogger baru dalam dunia blog sekarang ni !

Sejak dua menjak ni..aku memang jarang sekali nak update blog. Tak macam zaman aku tengah belajar dulu. Time tu sehari je dah boleh cecah sampai 5,6 entry. Memang rajin gile la nak update blog. Tapi sekarang ni macam tak sempat nak update blog. Maklum la. Ade komitmen kerja, jadi lain sikit. Huhuhu.

Sekarang ni ramai aku tengok blogger baru dah naik. Kalau dulu aku tak kenal. Sekarang ni dah hebat. Visitors blog diorang pun dah makin ramai. Blog aku ni pulak makin kurang. Hehehe. Tapi nak buat macamane kan. Takkan kita selalu nak kat atas. Bagi peluang kat orang-orang aru pulak. Betul kan?

Tahun ni pun dah masuk tahun keenam sejak aku mula-mula kenal dunia blog. Cma aku ni tak aktif je. Kalau tak mesti dah lagi popular dari Ben Ashaari ke...Bro Framestone ke...hehehehe.. Semua tu rezeki masing-masing. Terpulang pada kita jugak kan. :)

Aku sekarang ni masih lagi mencari cara untuk selesaikan masalah aku dengan iPad ni. Sebab bila nak update blog susah nak masukkan gambar. Hmmm. Nanti bila dah solve problem ni. Aku letak gambar banyak2 k. :)

February 5, 2011

Sape lagi tak join Sahabat Blogger? | Best ke group ni?

Sape yang tak kenal dengan logo kat atas ni? Angkat tangan? Aku rase ramai dah blogger yang tahu kehadiran group baru ni dalam Facebook. Sebab ahli dalam group tu pun setakat ni dah pun 2600++ setakat ni. Memang ramai. Baru-baru ni pun diorang dah pun buat gathering dekat Times Square. Siap ade Heliza lagi. Sebab tu jeles dengan sesiapa yang menghadirkan diri kat Gathering tu. Harap-harap nanti diorang boleh la organize lagi walaupun tak besar.

Best ke join Sahabat Blogger group?

Best la. Kalau korang nak tahu korang join sendiri. Ramai kawan wooo. Nak cari pasangan hidup pun boleh. Hehehe. Kalau yang tak join lagi, ape kata kalau korang meramaikan lagi group tu. JoMMMM. 

December 21, 2010

Senarai bloglist December 2010 | Pertambahan


Hari tu aku dah buka bloglist aku. Yang dah kekal akan kekal. Cuma kali ni nak buat pertambahan sikit je. Sebab ape gunanya kalau kita sebagai bloggers ni tak share-share kan? Jadi kali ni sharing is caring. Hehehe. Kat bawah ni semua list blog yang dah pun tinggalkan entry diorang. 




December 13, 2010

Penyertaan Bloglist di buka !

Selamat Malam !

Memang lame jugak aku tak update blog tengah-tengah malam kan. Tapi korang masih lagi setia nak bace blog aku. Thanks alot. Untuk entry malam ni, aku tak nak tulis panjang-panjang. Untuk entry malam ni aku nak bukak penyertaan baru untuk korang masuk bloglist aku. 


Kalau korang masih lagi tak tersenarai dalam bloglist aku ni. Tinggalkan link kat entry ni ye. Di ENTRY ini sahaja. Nanti bila aku dah kumpul semua link blog korang aku akan masukkan dalam senarai blog. Buat mase sekarang aku tak letak lagi bila tarikh tutup. Yang penting, korang tinggalkan je link kat blog aku ye.

Blogger's let us share !

November 22, 2010

Best kan kalau dapat traffic tinggi

Best kan kalau dapat traffic tinggi-tinggi. Aku baru je lepas jenguk blog Cik Epal tadi. Alaaa. Cik Epal yang terkenal tu. Korang kenal tak? Hari ni dia buat entry pasal traffic yang paling rendah dia dapat. Terus-terang. Dia hebat. Memang hebat pun kan. Walaupun berhenti blogging lebih kurang 4 bulan. Tapi masih lagi boleh maintain traffic hebat kan. Kalau nak dibandingkan dengan blog aku yang seciput ni memang tak setanding la dengan Cik Epal kan?


Tengok je la statistik Cik Epal ni kan. Tinggi tu. Aku nak dapat macam tu pun. Pejam celik. Pejam celik pun tak dapat. Agak-agak korang, korang tahu tak ape rahsia Cik Epal ni ek?...Jom kita gosip-gosip kat sini. Hehehehe.

* agak-agak kalau aku bukak blog yang pakai name Encik Epal ade orang marah tak?...hehehe

November 18, 2010

Fida Aishah sayang aku?

Hahaha. Tajuk ni mesti gempar kan? Sape yang tak kenal Fida Aishah. Yang sekarang ni memang betul-betul ambik tempat dalam dunia blog. Aku ni memang pengikut blog Fida Aishah ni. Tapi bila keluar tajuk macam ni, mesti korang terkejut kan. Hari tu pun dah keluar pasal kontroversi Fida Aishah ni. Betul ke tak. Lantak la. Yang aku fikir. Semua dalam dunia blog ni ade rahsia tersendiri. Hehehe. 


Tengok gambar pun boleh cair kan. Hahaha. Pastu tadi Fida Aishah cakap dia sayang kat aku. Hahahaha. Korang jeles tak? Aku ade bukti ni. Hehehe.

November 16, 2010

Irine Nadia Marcello | Top Keywords for this week

Sape Irine Nadia Marcello? Hahaha. Kalau korang tak kenal sape dia. Boleh la Google name tu ye. Aku pun terkejut jugak, sebab keywords tertinggi untuk minggu ni Irine Nadia Marcello ni paling top la. Aku pun tak tahu jugak sebab ape. Mungkin sebelum ni aku pernah tulis pasal isu Fake Irine Nadia Marcello kot. 


Faktor-faktor sebab ape orang cari pasal Irine Nadia Marcello:

Senarai blog terbaru untuk bloglist aizatshafiq.com

Senarai blog terbaru yang berada dalam bloglist aku. Bersempena dengan entry aku yang dah pun sampai 700 entry. Mungkin kalau aku berpeluang lagi, aku akan bukak bloglist aku lagi. Mungkin untuk entry ke 800 mungkin? 


Ape-ape pun. Jom tengok sape yang senarai blog terbaru yang tersenarai dalam bloglist terbaru.

November 12, 2010

Bloglist aizatshafiq.com dah keluar !

Bloglist untuk aizatshafiq.com dah keluar. So, korang lupa nak jenguk-jenguk tau. Bloglist ni mungkin akan kekal sampai hujung tahun. Thanks to all yang participating ye. Kat bawah ni semua list blog yang berada dalam bloglist aku. Jangan lupa berkunjung kat blog mereka ye.

October 24, 2010

Blogger, Facebooker dan Tweeple sekalian | Undi anda amat diperlukan

Blogger, Facebooker dan juga Tweeple sekalian. 

Aku rasa korang mesti perasan yang sekarang saudara Joe kita sekarang ni sedang berusaha sedaya upaya nak promosikan Gathering antara Blogger, Facebooker dan juga Tweeple. Nak dapatkan bajet sehingga RM 10,000. Mungkin ni akan jadi salah satu gathering terbesar untuk blogger, facebooker dan juga tweeple. Dengan bajet RM 10,000 tu aku rasa memang tempat best-best boleh buat. Dan dipenuhi dengan banyak aktiviti.

Paling latest. Secreenshot yang aku ambik. Time pukul 12.30 PM hari ni 24 October 2010. Sekarang ni ranking berada di kedudukan no. 28#. Masih jauh lagi nak kejar kedudukan no. 1# tu. Jadi kalau anda rasakan anda merupakan seorang blogger, facebooker mahupun tweeple. Jasa baik anda diperlukan untuk vote. Mana tahu kita akan pecah rekod sebagai gathering terbesar antara blogger, facebooker an tweeple. 


Sila klik pada link di bawah untuk mengundi


Tak lame dah tarikh tutup. Korang boleh vote sampai 26 Oktober 2010 je. Tinggal dua hari lagi. Sebab anda je yang boleh tentukan ini akan menjadi kenyataan. Vota anda amat diperlukan.  Bukan untuk individu. Tapi untuk keuntungan bersama. Mana tahu, kot-kot kita boleh jumpa kat gathering tu nanti ke. =)



October 10, 2010

Review 9# Siti is Here | Milik Siti Safiyyah

Blog yang terakhir aku Terjah untuk kali ni. Sebab aku agak sibuk kebelakangan ni. Jadi tak sempat nak meneliti  blog-blog korang. Maaf ye. Mungkin kalau ade mase nanti aku akan bukak lagi peluang terjah-menerjah blog ni ye.

Untuk lawatan terakhir ke blog dalam sesi Terjah @ aizatshafiq.com ni. Aku melawat ke blog Siti Safiyyah.  Blog yang berheaderkan SITI IS HERE, diserikan lagi dengan warna background pink. Comel kan?!...hehehehe..


Dalam blog ni terus-terang aku cakap memang penuh terisi. Sebab Siti Safiyyah ni suka bagi pendapat tau. Kalau tak caya korang singgah dan jenguk la ke blog Siti Safiyyah ni ye. Lagipun, kalau korang jenguk kat blog ni, sejuk mate memandang. Sebab blog ni cukup simple. Sebab tu, aku suka melawat kat blog ni. Tapi jadi silent reader je. Hehehe.

Nak dapatkan Tips? 

Banyak kat sini. Tips ape? Cakap je. Kat bawah ni aku buat senarai antara tips-tips tu.
Dan banyak lagi la. Kalau korang nak tahu pasal tips-tips ni, jenguk-jenguk kan diri anda ke blog Siti Safiyyah ni ye.


October 6, 2010

Review 8# Masam-manis | Blog yang penuh dengan cerita

Ada apa dengan masam-manis

Gula-gulakah?

Buah-buahan kah?

Atau pun ikan yang dimasak masam-manis?

Hahaha. Melalut pulak aku. Tak lain tak bukan kali ni tajuk blog yang aku terjah bertajuk masam-manis. Hehehe. Kalau korang nak tahu pemilik blog ni merupakan pembaca setia blog ni. Selalu tinggalkan komen yang bernas-bernas. Betul. Korang akan jumpa komen pemilik blog ni. Boleh kata setiap entry baru aku mesti ade komen beliau.


Untuk pengetahuan korang, tuan blog masam-manis ni nak graduate 10.10.10. Wahhh. Perfect ten gitu. Kalau nak tahu lagi pasal graduation beliau. Jom la singgah ke blog masam-manis. Lepas tu korang tinggalkan sekali komen kat blog tu. Aku confirm, nanti mesti tuan blog tu datang jenguk korang balik.

Ape yang ade dalam blog masam-manis?

Macam-macam. Korang nak tahu pasal review. Pasal pandangan isu semasa. Semua ada. Korang jenguk kan kaki ke blog tu, memang banyak yang korang nak baca. Apa lagi. JOm ke blog masam-manis ye.

October 3, 2010

Review 7# Aira Zulaikha | Seindah Frasa Rona Hati

Dah lame tak sambung bali sesi Terjah @ aizatshafiq.

Kali ni jom kita melawat blog cekaira.blogspot.com


Ada apa dengan AiraZulaikha? Tu lah nama pemilik blog cekaira ni. Dengan taglin 'Seindah Frasa Rona Hati'. Wahh..Sungguh puitis. Ok aku memang tak faham apekah maksudnya. Ape ye? Sebab aku ni memang tak pandai nak berpuitis. Hehehe. Jadi korang boleh explain tak ape maksudnya? =p

Blog ni banyak pasal pengalaman Cik Aira. Nak tahu pasal aktiviti Cik Aira? Jom kita ke sanaaaaa....

Nak berpuisi?

Kat blog ni banyak puisi-puisi yang menarikk? Walaupun aku tak cukup puitis. Tapi masih boleh faham lagi la. Hehehe. 

Jadi ape kata kalau korang singgah kat blog Cik Aira ni. Memang best. Gambar pun banyak. Jom kita ke sanaaaaa!!!

September 30, 2010

Fake Irine Nadia Marcello dalam Facebook?

Aku rasa, isu ni dah pun di highlight kan oleh sesetengah blogger. Kalau korang ingat dulu gambar blogger Dark Batman dan juga Ben Ashaari pernah dijadikan sebagai gambar profile orang lain. Kali ni aku pulak jumpa lagi satu Fake Identity yang menggunakan gambar orang lain. 

Yang menjadi masalahnye, bila orang lain yang guna gambar orang yang sememangnya dah terkenal dalam dunia maya ni.  Pada hakikatnya orang tahu yang dia ni menggunakan gambar orang lain. Sebab ape tak nak guna gambar sendiri? Diri sendiri tak cantik? Tak hensem? Sebab tu sanggup nak ambik gambar orang lain? Lepas tu ngaku gambar sendiri.


Blogger yang terkena kali ni, Irine Nadia Marcello. Aku rasa korang pun kenal sape Irine Nadia ni kan? Sebab dia ni memang cukup popular dengan blog nya. Selain tu, dia ni kan pernah jugak masuk Majalah DARA edisi July kalau tak silap.

Nak dijadikan cerita, budak yang gunakan gambar Irine ni tag gambar nya pada gambar kawan aku. Jadi tak pasal2 aku pulak yang nampak. Aku tahum kadang-kadang tu ade lagi yang tak cam gambar orang lain. Tapi bila aku tengok kat profile Irine balik. Memang gambar tu terang-terang diambil dari profile Irine. Aku tanya lah si Irine ni, dia cakap memang dah sound pun budak ni. Tapi still buat lagi. Ape hal? Addicted to Irine Nadia Marcello? Sampai dah tak ngaku diri sendiri?

Klik untuk lebih jelas

Melalui perbualan antara kawan aku. Memang aku tahu yang kawan aku ni memang tak kenal siapa Irine Nadia Marcello. Dan budak yang guna gambar Irine berasal dari Sarawak. Memang tak patut la, dah disound pun boleh buat macam ni lagi. Tak boleh pakai betul la.

Jadi sekarang ni berhati-hati la bila letak gambar kat Facebook. Sekarang ni macam-macam orang boleh buat dengan gambar kat Facebook. Ke arah kebaikan mahupun keburukan. Sebab tu kita perlu berhati-hati.

Review 6# Ceritera Sang Kura-Kura | Blog pasal kura-kura ke?

Kura-kura?

Pernah dengan Ceritera Sang Kura-Kura?

Be nice, I won't bite.

Nampak tak ape yang kura-kura ni kate. Nak melawat blog Ceritera Sang Kura-Kura ni kena hati-hati tau. Nanti kura-kura tu gigit. Hehehe. Blog ni merupakan blog ke 6# yang berada dalam sesi Terjah @ aizatshafiq.com. Banyak lagi nak diterjah ni. Hehehe.


Bila melawat blog ni aku cukup suka. Sebab page load yang ringan. Aku sebenarnya memang tak suka sangat blog yang berat-berat ni. Maklum la, aku kan pakai broadband je. Bila berat-berat ni susah sikit nak load kan page. Blog ni warna pink tau. Hehehe. Feminin. Dah pun namenye blog perempuan kan? Takkan nak letak warna hitam pulak. Banyak cerita pasal diri penulis.

Jadi nak tahu kisah sang Kura-Kura boleh lah jenguk kat blog Ceritera Sang Kura-Kura. Aku cari jugak cerita pasal kura-kura dengan arnab. Tapi tak jumpa lagi ni. Hehehe.

September 28, 2010

Review 5# Ceritera Kehidupan

Sesi Terjah @ aizatshafiq.com diteruskan. Kali ni kita berkunjung pulak ke blog yang datangnya dari Bidor, Perak.

Ceritera Kehidupan. Tu lah nama yang diberikan untuk blog ni. Macam tajuk lagu la pulak. Hehehe. Blog ni milik Nur Azila Ismail. Orang muda ceria gitu. Hehehe. Tengok gambar pun dah tahu. Mengikut profile penulis sekarang ni berusia 17 tahun. Tahun ni kiranya penulis akan menghadapi SPM. Ape-apepun semoga berjaya untuk Nur Azila ye.


Blog ni banyak mengisahkan pasal diri dan juga pendapat daripada Nur Azila. Kira banyak tulis pasal peribadi. Betul. Seronok baca. Lagipun page load untuk blog Nur Azila ni tak lah berat sangat. Sebab tak banyak widget-widget yang berat. Cuma, tak selalu update la. Sebab tuan blog Ceritera Kehidupan ni kan nak SPM. Banyak lagi yang kene fokus. Jadi nanti lepas SPM mesti dia selalu update. =)

Jadi korang berkunjung la ke blog Ceritera Kehidupan ni ye.

September 26, 2010

Review 4# Cinderella-Hardlena | Blog yang cukup feminin

Kita teruskan dengan sesi terjah menerjah blog dalam sesi Terjah @ aizatshafiq.com. Masih terbuka sebab aku masih lagi nak berkongsi cerita blog-blog lain di blog aku. Ye la kan. Masing-masing dapat faedah. Blog aku orang kenal blog mereka pun orang kenal. Kedua-dua pihak dapat untung. Ni lah di namakan 'sharing is caring'.

Sesi diteruskan dengan menerjah blog milik Wan Nurhalena. Hiyahhh !!! =)


Tengok warna blog pun dah tahu yang blog ni ala-ala feminin gitu. Hehehe. Nak tahu pasal blog ni? Jom kita ke blog cinderella-hardlena. Seronok baca blog ni. Betul. Banyak cerita pasal life beliau. Kalau tak silap, pemilik blog ni satu negeri dengan iddinMcorner yang telah pun diterjah dalam edisi Review 1# yang lepas. Jauh tau. Dari negeri di bawah bayu. Sabah nun jauh disana.

Bila korang jenguk blog cinderella-hardlena ni sejuk je mata memandang. Tak banyak widget-widget yang dirasakan tidak perlu. Secara tak langsung kalau nak masuk ke blog ni cukup mudah. Tak payah nak tunggu page load lama-lama. Terutama kepada aku yang menggunakan 'broadband' ni. Memang simple. 

Dalam entry ni banyak pasal kisah hidup penulis. Banyak menceritakan pasal kisah hidup keluarga bahagia Wan Harlena ni. Kalau nak tahu lagi kisah hidup penulis, jenguk-jengukkan diri anda ke blog cinderella-hardlena. Baru boleh korang godek-godek rahsia keluarga bahagia daripada penulis. Hehehe.

Korang tak rasa nak diterjah ke? Boleh promote blog korang tau. Tak perlu pakai duit pun. Sekarang ni kita guna konsep give and take. Dua-dua dapat faedah. Jom Terjah @ aizatshafiq.com. Peluang masih lagi terbuka.

September 25, 2010

Review 3# The Secret Life of Myself | Rahsia bukan sebarang rahsia

Sesi terjah-menerjah ke blog masih lagi diteruskan. Dengan konsep Give and Take masing-masing dapat faedah. Aku buka sesi Terjah @ aizatshafiq.com ni sebagai memperkenalkan blog orang lain disamping mereka yang menyertai sesi Terjah @ aizatshafiq.com memperkenalkan blog aku di blog mereka. Itulah yang dinamakan satu kerjasama harmoni. Hehehe.

Kali ni kita terjah blog The Secret Life of Myself.


Blog berwarna coklat muda ni. Coklat muda ke? Atau lebih senang dipanggil beige colour? Hehehe. Aku tak tahu sikit nak translate ni colour ape. Tapi cukup senang mata memandang. Sebab tak serabut. Cukup kemas. Blog ni masih baru lagi dalam dunia maya. Aku jenguk jugak profile pemilik blog ni, baru berumur 2 bulan kot. Masih muda. Sebab tu aku nak ajak korang semua jenguk blog ni. 

Untuk blog yang masih baru aku rasa blog ni dah selangkah kehadapan. Sekadar cadangan kepada Proud To Be Me, nama penulisnya. Sebab aku tak tahu siapakah nama sebenar penulis ni. Jadi aku gunakan nama Proud To Be Me. Hehehe.

Untuk blog ni, aku cadangkan penggunaan title atau tajuk setiap entry yang lebih mesra SEO. Sebab bila guna title yang lebih mesra SEO ni senang nak jana trafik ke blog. Lepas tu, untuk tuan blog The Secret Life of Myself boleh lah selalu-selalu ping blog macam dalam entry yang aku pernah buat sebelum ni. Boleh lah jenguk entry Sumber-sumber trafik tu ye. Kongsi tips ni. Hehehe. Membantu sesama rakan. Jadi nak tahu lagi tips-tips boleh tengok dekat label Tips blogging tu ye.

Jadi kepada anda semua jangan lupa jenguk blog blog The Secret Life of Myself.

Kepada mereka-mereka yang masih nak join Terjah @ aizatshafiq.com. Jom pakat serbu entry Terjah @ aizatshafiq.com. Masing-masing dapat faedah. 

September 24, 2010

Review 2# Kalam Hati | Intizhar | Nak beli tudung, boleh singgah disini

Sesi Terjah @ aizatshafiq.com  bergerak ke blog yang kedua. Dengan menggunakan konsep give and take. Aku nak berkongsi dengan reader ke blog aku. Sebab tu aku buat, sesi review blog Terjah @ aizatshafiq.com. Masih terbuka untuk korang join, kalau nak join boleh lah tengok entry Terjah @ aizatshafiq.com.

Blog yang akan direview kali ni adalah blog Kalam Hati | Intizhar.


Blog yang menggunakan background biru hitam yang diserikan lagi dengan bintang-bintang gemerlapan. Yang aku kenal dengan pemilik blog ni sebab selalu datang komen entry aku dalam blog aizatshafiq.com. Dan kesudian akak Wan Haryati yang merupakan pemilik blog Kalam Hati | Intizhar.

Untuk pengetahuan korang, akak Wan Haryati ni ada buat bisnes tau. Business tudung. Kalau tak percaya korang boleh tengok ruangan bisnes beliau dalam blog Kalam Hati | Intizhar. Banyak jugak l jenis tudung-tudung yang dijual. Kira kalau korang nak beli tudung bagi yang perempuan tu banyak lah pilihannya. Lagipun kat situ turut disertakan no. telefon untuk korang hubungi. Kira senang la untuk korang shopping tudung dengan kak Wan kita ni. Nak tahu info lanjut pasal bisnes tudung kak Wan kita ni boleh kunjung ke blog Kalam Hati | Intizhar ye.

Komen untuk blog ni, saya nak cadangkan kat Kak Wan pakai Read More untuk entry. Sebab bila entry terlampau panjang tak selari dengan side bar macam terlebih saiz pulak untuk blog. Sekadar beri pandangan ye Kak Wan. Jadi kalau pakai readmore ni boleh tingkatkan Pageview. Selain mengekalkan saiz blog. Pastu saya cadangkan kat Kak Wan supaya letak entry-entry list. Mana tahu kalau orang berminat nak baca entry lama. Mesti boleh tambah pageview jugak.

Tu sahaja yang aku boleh komen. Kalau korang nak tahu apa yang ada lagi kat blog Kalam Hati | Intizhar, jangan lupa jenguk kat sana ye. 

Review 1# IddinMcorner | Blog dari negeri Sabah di Bawah Bayu

Blog pertama yang direview untuk segment Terjah @aizatshafiq.com. Ok. Kalau untuk mereka yang masih lagi tidak tahu apa itu segment review blog Terjah @aizatshafiq.com boleh lah refer entry Terjah @aizatshafiq.com. Tujuan aku buat review ni adalah untuk berkongsi bersama readers ak dengan mempromosikan blog mereka. Sebab bagi menghargai mereka-mereka yang membaca blog aku. Ok cukup untuk jom kita tengok blog pertama yang aku nak review hari ni.

Blog pertama yang aku review kali ni adalah blog IddinMcorneR. Blogger yang berasal dari Negeri Sabah di bawah bayu. Bila menjenguk di blog IddinMcorner yang berwarna hijau ni sungguh sejuk mata memandang. Maklum la. Warna hijau kan elok untuk mata. Tapi kalau kat komputer. Tak boleh tengok lame-lame sangat ye. Hehehehe.


Komen aku untuk blog ni bagus. Cuma banyak juga yang perlu diperbaharui. Harap iddinm tak marah ye. Sekadar berkongsi apa yang saya tahu. Sebab saya pun masih lagi berlajar. Untuk susunan widget pada blog. Perlu diperbaharui sedikit. Sebab kadang-kadang kalau dilihat kembali pada susun atur widget ni dengan entry tak selari. Perbanyakkan entry pada muka hadapan. Jadi bila iddinm letak dua entry pada muka hadapan sikit sangat. Kalau boleh guna readmore lagi elok. Hehehe. Tu komen untuk blog iddinMcorner.


Aku cukup tertarik dengan satu entry iddinMcorner mengenai Duit Lama North Borneo yang kini berharga diantara RM5000-RM8000. Cukup mahal. Aku pun ada jugak kumpul duit-duit lama ni. Tak tahu la bila boleh dapat harga macam tu. Nak tahu lebih lanjut pasal duit tu berkunjunglah ke blog iddinMcorner. Dan berkenalan la dengan tuan blog tu. Sebab aku, pasti iddinm akan melawat blog korang balik. 

Jadi jenguk-jengukkan lah diri anda ke blog iddinMcorner ye. Milik jejaka dari Ranau, Sabah ni.