
Aku dapat berita daripada Miss Lolly melalui Twitter yang mengatakan yang Nadia@TTT dah pun kembali ke rahmatullah. Akibat kanser serviks yang dialami oleh beliau. Sebelum ni aku tahu yang TTT selalu berada kat hospital tapi aku tak tahu yang dia mengidap kanser serviks. Dan hari ni dah dapat berita sedih mengenai beliau. Arwah yang meninggal dunia di Jepun dikhabarkan akan dikembumikan di Sarawak. AlFatihah. Semoga roh TTT di cucuri rahmat.
TTT banyak singgah di blog aku. Walaupun ketika itu dia sakit. Dan berada di hospital malah aku pernah bagi award dekat arwah sebab selalu singgah ke blog ni. TTT juga pernah letakkan Blog aku dalam entry beliau. Sebagai tanda terima kasih. Arwah cukup mesra. Melayan sesiapa sahaja yang datang berkunjung ke blog beliau. Namun, tuhan lebih sayangkannya.
Pengesahan kematian arwah Nadia@TTT dah pun dibuat oleh DahliaJournal. Korang boleh tengok entry Blogger TTT meninggal dunia di blog DJ.
~aku akan ingat gambar yang sentiasa berspek hitam. Tak pernah ditunjukkan matanya.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.
4 comments:
al fatihah buat TTT
@nuriz
alfatihah...
semoga rohnya dicucuri rahmat...
amin~
takziah
@nur
takziah untuk keluarga arwah...
Post a Comment