Tan Sri Ismail Omar dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baru, menggantikan Tan Sri Musa Hassan, berkuatkuasa 13 September ini, demikian diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Hussin Ismail, 57, akan mengambil alih jawatan Timbalan KPN daripada Tan Sri Ismail Omar,57. Pengumuman itu menamatkan spekulasi tentang kontrak perkhidmatan Musa yang tamat pada 12 Sept ini selepas berkhidmat selama 41 tahun bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
No comments:
Post a Comment