Masih ingat akan kejadian buang najis di Kedutaan Malaysia di Jakarta? Dan kali ni macam perkara lagi yang dilakukan oleh mereka-mereka yang berfikiran agak pendek macam ni. Susulan dari kejadian rusuhan oleh 37 ahli BENDERA di kedutaan Malaysia di Jakarta minggu lepas, banyak lagi tindakan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang sengaja ingin mencabar hubungan antara Malaysia Indonesia.
Petikan dari Berita Harian:
JAKARTA: Gerakan 'Ganyang Malaysia' merebak ke Kalimantan Barat apabila rumah seorang jurutera Malaysia di sebuah ladang sawit di daerah Ketapang dilempar batu besar, Ahad lalu, manakala dua kumpulan baru menyertai tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Malaysia di sini, semalam. Kumpulan yang digelar Lumbung Informasi Rakyat (LIRA) dan Gerakan Rakyat Anti Malaysia (GERAM) turut memulakan kempen memboikot produk Malaysia dengan memasukkan anak tikus ke dalam plastik mengandungi anak patung siri kartun popular, Upin dan Ipin.
Kira-kira 50 penunjuk perasaan berbaju merah putih sebelum itu berkumpul di depan bangunan pejabat Menara Rajawali yang menempatkan pejabat Petronas dan melaung-laungkan perkataan ‘Ganyang Malaysia’ sambil menaikkan sepanduk anti-Malaysia.
Selain itu juga, Benteng Demokrasi Rakyat atau BENDERA turut mengadakan satu lagi demontrasi di hadapan pejabat BENDERA di Jalan Diponegro. Mereka turut membakar Jalur Gemilang dan puluhan orang turut mengajak anggota kumpulan itu mengumpul cap jari darah pada sehelai Kemeja-T putih yang mereka sebut sebagai hadiah Hari Kemerdekaan Malaysia ke 53.
Mereka turut melakukan aksi, 'apel siaga' iaitu upacara menyatakan siap sedia untuk berperang kepada sukarelawan ' Ganyang Malaysia'.
Kalau dilihat kembali, apa yang dilakukan oleh mereka ini bukan sahaja mendapat bantahan daripada rakyat Indonesia di Malaysia. Malahan dilihat tidak relevan. Kalau kita fikir balik la kan, kedua-dua tahanan sudah pun dilepaskan. Bukannya Malaysia masih lagi menahan tahanan mereka. Jadi apa sebab mereka nak melancarkan demonstrasi begitu? Aku rasa kat Malaysia pun tak ada yang nak bakar-bakar bendera Indonesia macam yang diorang buat. Jadi takkan sebab penahan anggota polis marin diorang boleh timbul masalah sampai macam tu?
Sekarang ni pun kita tak dengar lagi apa tujuan sebenar mereka membuat bantahan dan demonstrasi macam tu. Apa yang mereka nak selain daripada bantahan terhadap kes penahanan anggota plois marin diorang. Apa masalah yang sebenar yang timbul ye?
6 comments:
ta larat da nak bace.kenape kah?salah kite gak ke?
@bieha-chan
tu la...
masih tak dapat jawapan lagi...
yang tahunye diorang masih bangkitkan lagi kes penahanan anggota polis diorang...tu jue..
yang laen2 tak tahu la plak...
huhuhu
phak barat sponsor diorg..
@faizal
betul ke?
tak dengar cite lagi nie...
ermmm..memg mslh...to me...rs x selamat nak gi sana...apapun...semoga x de ape t'jadi
@syamimi
kita doakan ye...
mimi blajar kat indon ke?...
Post a Comment