Sekarang ni ramai yang nak jadi blogger. Maklum la, orang cakap yang blog ni boleh buat duit. Sana cakap blogging boleh dapat duit. Sini cakap blogging boleh dapat duit. Sebab tu sekarang ni ramai yang nak buat duit dengan blogging.
Hari tu, Nuffnang dah pun masuk dalam news. Maknanya sekarang ni Nuffnang dah pun terkenal dimata rakyat Malaysia. Orang pun dah mula tahu apa itu Nuffnang. Jadi bila dah tahu ramai yang boleh buat duit dengan Nuffnang ramai yang nak jadi bloggers. Sebab nak dapat duit. Duit dan duit.
Tapi senang ke nak dapat duit dengan blogging? Cuma perlu blog dan terus dapat duit. Mungkin kepada mereka yang mash baru berblog ni aku nasihatkan jangan terkejar-kejar sangat nak dapat income sebab income tu datang dengan sendiri. Betul aku tak tipu. Yang penting kena ikhlas berblogging dan cuba cari reader untuk ke blog.
Nak kata income aku ni banyak bulan-bulan tu tak la. Tapi setakat aku bersama Nuffnang ni income baru je menjangkau RM 200++. Tak banyak pun. Kalau dulu memang aku blogging sebab terlalu nak kejar income. Ye la kan. Sape yang tak nak duit. Sape yang tak nak jadi macam Redmummy.com yang income bulan September ni je dah hampir nak cecah RM 8000. Sape yang tak nak kan? Tapi bila kita fikir balik. Berape lame masa yang diambil oleh Redmummy.com nak capai tahap dia sekarang. Betul tak?
Tips nak dapat income banyak tu terpulang pada diri sendiri. Korang boleh buat bisnes dengan blog. Bila blog korang dah established dah terkenal. Baru orang akan datang cari blog korang. Time tu la korang boleh buat bisnes. Jual apa yang korang rasakan boleh provide. Boleh dapat duit jugakkan?
Memang ada antara blogger tu yang dah dapat ribu-ribu bila blogging. Korang mesti selalu tengok blogger-blogger cakap pasal prestasi blog kan? Tapi kita tengok pada blog diorang. Berapa ramai pembaca sebulan? Berapa ranking blognya? Tu yang utama. Bila dah ramai yang baca pasal blog kita tu bermakna kita dah ade reader. Aku masih ingat lagi mula-mula aku blogging dengan blogger. Tahun 2008. Memang traffic tu tak ade pun. sehari tu boleh cakap sorang un susah nak dapat. Tapi tu tak bermakna korang tak boleh nak terkenal. Sebab semua orang start dari bawah.
Korang perlu ade strategi nak perkenalkan blog. Terus-terang aku cakap yang aku pun masih lagi belajar. sebab Unique Viewer dalam blog aku ni tak lah sehebat blogger-blogger macam Ben Ashaari, Eyriqazz, Ariffshah yang lebih ramai pembaca blognye. Aku setakat mempunyai reader yang suka baca blog aku pun dah cukup.
Yang penting korang perlu tahu macam mana nak promosi blog. Sebab nak tarik reader ke blog kita. Bila dah ade reader. Traffic pun naik. Traffic = Earnings. Sebab tu fokus pada traffic duit akan datang secara sendirinya.







