April 2, 2010

Letupan di Moscow...Kita di hina?...

Hari ni kita telah di gemparkan dengan kepulangan salah seorang pelawak yang terkenal tanah air iaitu Din Beramboi ke Rahmatullah...Pada pukul 12.35 tengah malam tadi...di Hospital Selayang. Jenazah beliau telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong jam 11 pagi tadi...Semoga rohnya dicucuri rahmat.


Ada tak kita terdengar berita akan pengeboman berani mati yang telah berlaku di Moscow, Rusia pada 28 Mac lepas...Yang mana telah meragut nyawa seramai lebih kurang 38 orang dan lebih 60 orang cedera...Pengeboman ini telah dilakukan 2 orang wanita telah dikatakan ada kaitan dengan perjuangan Al-Qaeda...

Kat sini bukan aku nak komen apa, aku cuma tengok comment-comment kat facebook kawan-kawan aku kat Rusia, terutama yang Islam...memang mereka mendapat tempias daripada tragedi ini...Terutama kawan-kawan perempuan yang bertudung, sudah tentu pemakaian mereka yang menunjukkan ke Islaman mereka telah dipandang serong di sebabkan pengeboman ini...

Setiap kali ada pengeboman, dengan mudah kita sebagai umat Islam dilabel pengganas...Aku hairan...Ada satu comment dalam facebook yang menimbulkan kemarahan aku..Mana tak nya aku baca comment pun aku boleh terasa...Korang bayangkan sendiri, kalau korang naik tren LRT ke Komuter ke...Korang duduk kat sit kosong...Tiba-tiba secara tak langsung orang yang duduk sebelah kita bangun...Tak ke rasa marah?...Terasa?...Sakit Hati?...

Tu yang dah terjadi kat member-member aku kat Rusia...Sejak tragedi tu macam ada kesan jugak kat diorang...


Gambar mangsa tragedi...


Mangsa sedang dirawat..

Sekarang ni aku masih mencari hukum agama bagi mereka yang melakukan pengeboman berani mati...Adakah itu sah di sisi agama?...sedangkan aku tahu yang hukum membunuh diri itu adalah haram...Tambah-tambah pula melibatkan kematian orang awam...Setahu aku juga, Dalam Islam, ada undang-undang yang perlu di patuhi dalam peperangan...Yang mana ada syarat-syarat yang patut diorang ikut...Hmmm....

So..kalau korang ada apa-apa info...Pasal ni...Kongsi-kongsi la ye....



Sumber adalah dari:

April 1, 2010

Kemalangan Ngeri di Stesyen Minyak Taman Midah

Aku rasa korang semua dah dengar pasal kemalangan dekat Stesyen Minyak BHP kat Taman Midah, Jalan Cheras...

Berdasarkan apa yang dilaporkan mangsa Mohd Yusri Abd. Wahab, 32, telah disahkan meninggal dunia pada pukul 2.15 pagi di HUKM.

Mangsa telah dilanggar oleh sebuah kereta Hyundai Getz yang telah dipandu oleh seorang perempuan berusia 23 tahun yang di katakan dalam keadaan mabuk.

Kalau korang nak tau lebih lanjut korang boleh baca artikel ini.

So..Kat bawah ni video ketika kejadian berlaku...


Video kat bawah ni terpaksa dipadam kan bagi menghormati keluarga mangsa...

Takziah buat keluarga mangsa...