Showing posts with label Prestasi Blog. Show all posts
Showing posts with label Prestasi Blog. Show all posts

December 31, 2010

Imbasan 2010 | Pencapaian dalam diri aku

Pejam celik. Pejam celik. Hari dah pun 31 December 2010. Cepat je masa berlalu. Dalam masa setahun ni. Macam-macam yang berlaku kan. Ade yang pahit. Ade yang manis. Tak kire la. Semua orang mesti ade kisah tersendiri dalam tahun 2010 ni kan. Hari terakhir kita berada dalam tahun 2010. Lepas ni tak jumpa lagi dah tahun 2010. 


Dalam tahun 2010 ni banyak kenangan bagi aku. Antara yang utama. Sebab aku sekarang ni dah pun menuju ke alam baru. Dalam masa setahun aku berubah daripada seorang pelajar kepada seorang yang sudah pun berkerjaya. Alhamdulillah. Aku tak sempat nak menganggur lama-lama. Sangat-sangat bersyukur. 

Dalam berblogging, pencapaian tahun ni merupakan pencapaian terbaik yang pernah aku dapat. Sejak aku bertukar daripada blog apieceofaword.blogspot.com kepada aizatshafiq.com banyak perubahan yang berlaku dalam penulisan blog aku ni. Antara pencapaian aku yang terbaik sepanjang aku berblogging :
  1. Pertama kali aku cashout duit Nuffnang. Setelah setahun aku bersama Nuffnang. Sejak cashout kali pertama. Dah dua kali aku cashout. Walaupun, tak seberapa. Tapi masih lagi memberi semangat kepada aku untuk berblogging.
  2. Pertama kali aku dapat Unique Viewer melebihi 1000++ orang dalam masa sehari. Kalau korang ingat boleh tengok kat ENTRY ni. Walaupun aku tahu, ramai lagi blogger yang dapat 1000++ dalam sehari. Tapi, bagi aku tu pencapaian terbaik aku untuk tahun ni.
  3. Followers aku meningkat. Kalau dulu. Aku susah nak dapat follower. Atau pun aku lebih gemar memanggil reader untuk blog ni. Sekarang, sehingga entry ni di taip, dah ade 638 follower. Thanks korang. 
  4. Pageview blog aku sekarang dah pun cecah 80,000++. Tak capai target. Sebab aku target nak capai 100,000 ++ pageview sebelum masuk tahun baru. Tapi aku masih lagi tak cukup 18,000. Mungkin tahun depan kot. Sape tahu kan? 
Banyak jugak yang berlaku dalam tahun 2010 ni. Tak kira la, sama ade aku dalam dunia blogging ni ataupun dalam dunia realiti. Macam-macam kenangan pahit manis yang berlaku dalam tahun ni. Dan tahun ni juga, banyak keinginan aku dah pun tercapai. Syukur alhamdulillah. 

Bila dah masuk tahun baru ni, mesti kita akan ade azam baru kan? So, nanti kita cerita pasal azam baru pulak. Korang punya kejayaan tahun 2010 macam mane pulak ye?


*Impian aku yang dah pun tercapai untuk tahun 2010. Alhamdulillah. =)

November 8, 2010

Aizatshafiq.com di ranking bawah 400,000

Akhirnya, blog aizatshafiq.com berada di bawah ranking alexa.com 400,000. Walaupun ade sesetengah pihak yang rasakan bahawa ranking alexa ni bukan lah satu yang boleh dijadikan kayu ukur. Tapi aku rasa bila kita tengok pada kedudukan ranking blog kita yang semakin meningkat setiap hari, menjadikan semangat aku nak berblogging tiap-tiap hari semakin seronok.

October 14, 2010

Tercapai jugak hasrat nak berada di ranking bawah 500,000

Akhirnya hasrat untuk berada di ranking bawah 500,000 untuk ranking alexa tercapai jua. Aku ingatkan tak dapat nak capai ranking bawah 500,000 sebelum 15 haribulan ni. Tapi tak sangka pulak yang aku boleh capai jugak ranking bawah 500,000 ni semalam. Lagipun aku baru nak masuk 2 bulan lepas tukar domain. Tak sangka begitu cepat jugak naik rankingnye. =)


So, sekarang ni, my next target nak capai bawah 200,000 sebelum berakhirnya tahun ni. Mane tau, kalau ade rezeki dapat jugak aku capai kan. Ape-ape pun, blogging ni kena ade target. Baru best. Hehehe. Kalau dah capai target tu rase seronok sangat. 

Korang pulak ape targetnye?

October 13, 2010

1066 pembaca | Pencapaian terbaik setakat ni


Pencapaian tertinggi pembaca blog ni dalam sehari. Dah cecah 1066 pembaca dalam sehari. Satu peningkatan yang baik buat aku. Sebab buat pertama kali aku dapat cecah seribu dalam masa sehari. Post ni lambat jugak, sebab hari aku dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Jadi tak sempat nak post entry baru.

Alhamdulillah, cukup bersyukur dengan pencapaian ni. Yelakan, dah dapat cecah 1066 pembaca dalam sehari. Tapi selama mana aku dapat kekalkannya tu, belum tentu lagi. Thanks to all my reader. Sebab sudi baca entry aku ye. 

=)


kad kahwin
Kad Kahwin

October 11, 2010

Traffic mencapai 100++ Unique Viewer dalam masa sejam


Memang kehangatan perkahwinan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar bersama Datin Dr. Halina memang cukup memberi penangan hebat ke atas traffic hari ni. Aku rasa sebelum ni kalau ikut statistik Nuffnang memang aku susah nak cecah 100++ dalam masa sejam. Tapi untuk hari ni, traffic aku banyak berpunca dari Majlis Perkahwinan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar dan Datin Dr. Halina. Tak kurang jugak pasal kes penceraian Nadia Sharul Anuar yang mana merupakan bekas pengacara TV3.

Apa-apa pun pencapaian hari ni baru first time aku dapat. Kire excited la jugak. Hehehehe. Ni boleh bagi semangat untuk aku terus blogging ni. Thanks to all reader yang membaca blog aku ye.

=)

October 1, 2010

Pencapaian aizatshafiq.com sepanjang bulan September

Bila bercakap mengenai prestasi blog. Siapa yang tak nak prestasi blog mereka meningkat. Mesti kita nak tengok blog kita melangkah setapak lagi. Tak kan nak berada di satu tahap je kan. Alhamdulillah prestasi meningkat selangkah lagi. Jom kita tengok prestasi blog aizatshafiq.com untuk bulan September 2010.

1. Traffic


Bila bercakap pasal traffic. Bulan September dah menunjukkan peningkatan. Kalau dulu nak dapat 100++ UV sehari memang susah. Lepas tu, kalau nk traffic banyak je kena blogwalking banyak-banyak. Baru lah dapat 100++ UV sehari. Tapi sekarang, purata Unique Viewer dalam blog ni dah meningkat ke 250++. Alhamdulillah. Tanpa korang sebagai reader siapalah aku sebagai blogger kan?

2. Pageviews

Bila Unique Viewer dah meningkat. Dah tentu Pageviews pun meningkat. Dulu purata pageviews blog aku dalam sehari cuma 500++. Tapi kini purata pageviews aku dalam sehari dah mencapai 1000++. Meningkat sekali ganda. Aku cukup berterima kasih dekat korang yang sudi menjenguk di blog aku ni.

3. Earnings dari Nuffnang


Pendapatan dari Nuffnang untuk ulan ni jugak aku boleh cash out untuk kali kedua. Dalam masa sebulan aku dapat cashout. Kalau dulu nak cashout bukan main susah. Tapi dalam bulan September ni aku dah berjaya cash out. Ni sebab aku dapat Buffered Earning daripada Nuffnang buat pertama kali nya. Thanks to Nuffnang.

4. Ranking Alexa


Ranking Alexa meningkat lagi. Sekarang ni dah pun berada di bawah 600,000. Kalau ikut blog orang lain dah tinggi pun. Kebanyakannya dah capai bawah 500,000. Tapi takpe la. Aku ni masih baru lagi. Tak lame lagi baru boleh jadi macam diorang kan? Hehehe

5. Blog Stats


Peningkatan Statistik blog aku. Kalau dulu banyak yang datang daripada Referring Sites. Sekarang, yang datang dari Search Engines pun dah meningkat. Satu pencapaian yang baik sejak blog aku meningkat ke Page Rank 0 pada pertengahan bulan August hari tu. Mungkin Traffic aku banyak datang daripada Top 5 post aku untuk bulan ni.


Ni adalah disebabkan penggunaan tajuk yang mungkin mesra SEO dan kena pada kehendak pembaca ketika itu. Nak tahu pasal tips-tips SEO korang boleh la jenguk dekat menu Tips Blogging tu ye.

Bagi aku, segala pencapaian ni adalah disebabkan korang sebagai reader yang selalu menjenguk blog aku ni. Aku harap ape-ape input yang aku bagi ni boleh membantu korang. Makna korang tak kecewa lah bila datang blog aku ni. 

Thanks for being my reader. 
I really appreciate it.

September 22, 2010

Korang suka baca sesuatu blog ni? | Sebab apa?

Peningkatan setapak lagi aku dalam dunia blogging. Kalau dulu, aku selalu dapat 100++ readers@UV dalam sehari. Nak dapat 100++ pun banyak bergantung pada blogwalking. Tapi sejak 2 minggu ni, peningkatan Unique Viewer dalam blog aku meningkat ke 250++ dalam sehari. Alhamdulillah. 

trafik yang agak turun naik tapi masih lagi kekalkan 250++ dalam sehari

Betul lah kata orang, pentingkan kualiti daripada kuantiti. Jangan terkeja-kejar sangat pada readers sebab readers tu akan datang dengan sendirinya. Apa-apa pun kita kena juga blogwalking sebab tu juga merupakan salah satu cara untuk mempromosikan blog kita dalam dunia blog ni.

Aku masih lagi boleh dikatakan baru dalam dunia blog ni. Tak sehebat macam Ben Ashaari yang dapat 2k-3k UV dalam sehari. Tengok pulak cari dia berblogging. Lebih tumpukan pada isi kandungan blog. Sebab tu ramai yang nak baca blog beliau. Kalau kita tengok joegrimjow pulak, dia nie kreatif. Banyak kelainan dalam blog beliau. Sebab dia ni kreatif tu menjadi tarikan untuk reader baca blog beliau. Macam Zack Zuhairi, tengok je la reader blog dia pada setiap masa. Boleh cecah 50++. Memang ramai. Sebab blog beliau ni lain sangat. Walaupun lama tak update. Tetap ada reader. Tu lah dinamakan charisma sesebuah blog. Bukan senang nak dapat macam ni tau.

Jadi kat mana letaknya populariti sesebuah blog? Pada namanya kah? Pada isi kandungannya kah? Atau pada followernya?

Siapa yang tak nak dapat traffic hari-hari yang tinggi. Betul tak? Sebab kalau dah dapat traffic tinggi sudah tentu banyak rezeki yang boleh kita dapat. Macam Eyriqazz. Sungguh murah rezeki beliau dalam dunia blogging ni. Walaupun baru berjinak-jinak dalam dunia blog lebih kurang setahun tapi prestasi dan pendapatan beliau cukup memuaskan. 

Jadi apa pendapat korang yang menyebabkan korang minat membaca sesuatu blog?

September 15, 2010

Sebulan selepas Pertukaran Domain | aizatshafiq.com

Hari ni genaplah sebulan aku berhijrah daripada blog yang berdomainkan apieceofaword.blogspot.com kepada aizatshafiq.com. Sepanjang tempoh sebulan ni banyak juga la peningkatan yang aku dapat daripada penghijrahan domain dulu. Maklum la bila bertukar domain seolah-olah kita kena mendaki balik bukit yang tinggi untuk mencapai tahap kita sebelum ni.

Banyak kesan-kesan yang kita boleh tengok bila bertukar domain ni. Korang boleh la refer entry aku mengenai Kesan Pertukaran Domain yang aku buat sebelum ni. Banyak perubahan yang aku alami dari segi ranking alexa.com dan juga pagerank blog ni. Malah blog ni cukup sukar untuk tersenarai dalam Google Indexed Page. Maklum la, blog beralamat domain yang baru jadi Google masih lagi tak kenal. Sebab tu makan masa untuk aku tingkatkan kepercayaan aku oleh Google.


Lepas sebulan aku bertukar domain, banyak pencapaian yang aku dapat. Kurang dari sebulan blog aku dah pun berada diranking alexa.com bawah sejuta. Boleh tengok entry aku lepas 3 minggu tukar domain. Kalau minggu lepas aku berada di ranking 882,943 pada kedudukan Alexa.com. Kini blog ni berkedudukan 801,866. Walaupun jarak tak jauh berbeza. Tapi tu menunjukkan satu peningkatan untuk blog aizatshafiq.com ini.


Selain itu, dalam masa sebulan juga Pagerank blog aizatshafiq.com meningkat selangkah lagi. Daripada N/A atau Not Available kepada Pagerank 0. Secara tak langsung ni dah memudahkan blog aku untuk tersenarai dalam Google Indexed Page. Bagi yang masih tak tahu lagi apa fungsi Pagerank ni sebenarnya. Korang boleh tengok entry Kegunaan Pagerank. Kalau nak check Pagerank blog korang boleh klik Pagerank Checker.



August 30, 2010

Prestasi Blog sepanjang Bulan August

Bulan ni boleh dikatakan pencapaian terbaik blog ni sepanjang aku berblog. Sejak dari 30 July hinggalah ke 30 August ni blog ni berjaya mencapai Unique Viewer seramai 6939 visitors. Dan lebih dari 14347 pageviews sepanjang bulan. Blog aku masih lagi blog biasa dan tidak setanding dengan blog-blog blogger yang mempunyai Unique Viewer 10,000++ sebulan.


Prestasi terbaik aku dalam bulan Ogos ni pada minggu 8 August hingga 4 August. Time ni aku mendapat Unique View seramai 2,253. Ini adalah kerana entry berkaitan pembunuhan Dato' Abdul Aziz Mohd Nor yang menjadi satu tajuk yang dicari oleh orang ramai. Time ni juga aku masih menggunakan domain apieceofaword.blogspot.com yang ber PR 2. Jadi lepas minggu tu aku bertukar kepada custom domain dan PR aku menurun. Jadi untuk tersenarai dalam Google index susah la sikit sebab PR blog aizatshafiq.com masih lagi 0.

Penggunaan SEO dalam blog sedikit sebanyak bleh memberi sumber traffic kepada blog. Selain daripada backlinks. Tetapi menurut Kak Jie dalam comment yang ditinggalkan dalam entry Backlink mampu menarik traffic, SEO menjadi penyumbang utama untuk blog Kak Jie. Antara bukti penggunaan SEO dalam blog ini boleh rujuk entry SEO.

Aku juga nak berterima kasih kepada visitor-visitor yang selalu datang kat blog ni. Sungguh aku hargai. Sebab korang dah membantu meningkatkan lagi prestasi blog aku ni. Macam yang korang tahu, aku akan buat review kepada blog yang menjadi banyak memberi referral kepada blog ini melalui blogger stats.Macam entry penghargaan yang aku pernah buat hari tu. Jadi kalau korang banyak sumbangkan traffic ke blog ni aku akan membuat reviwe sebagai menghargai jasa korang. Di harap dapat la korang sumbangkan banyak-banyak traffic lagi ye. Hehehe.

Ranking Alexa selepas 2 minggu tukar domain

Hari ni genap 2 minggu aku bertukar kepada domain aizatshafiq.com. Kalau dulu aku menggunakan domain free oleh blogger apieceofaword.blogspot.com. Lama juga aku guna domain free dari blogger, kalau tak silap aku bulan depan masuk 2 tahun. Sebab aku mula aktif blog sejak 2008. Tapi kalau tengok profile aku, aku dah jadi blogger since 2005. Cuma masa tu aku hanya berdaftar dengan blogger.

Bila dah bertukar domain baru, banyak yang terpaksa bermula kembali. Contoh macam ranking alexa.com, yang tu connfirm-confirm dah jatuh. Yang tu sudah semestinya. Satu lagi yang berubah apabila kita bertukar kepada domain baru ialah PageRank. Kalau korang nak check PageRank korang boleh pergi dekat PageRank checker. Kat situ korang boleh tahu korang punya pagerank. Kalau dulu blog berdomain free apieceofaword.blogspot.com dah pun mencapai pagerank 2. Tapi bila dah tukar domain ni. Kembali kepada 0. Tu la yang dialami bila bertukar domain.

Kepada blogger-blogger baru yang teringin untuk berblog menggunakan domain sendiri, boleh lah membeli domain cepat-cepat. Sebab kalau bermula dari dulu lagi. Mesti tak payah nak mengejar kembali PR tu. Dalam masa 2 minggu je ranking alexa aku dah pun mencapai 5,378 dalam Malaysia. Masih cukup jauh nak dapatkan ranking bawah 1,000. Maklum la kat Malaysia ni ramai blogger yang hebat-hebat. Jadi kena lah berguru dengan diorang.


PageRank update oleh Google mengambil satu masa yang lama. Jadi kita kenalah maintainkan blog kita. So, that bila Google PR ni update. Blog kita akan terserlah. Macam blog Kak Jie dan Ariffshah je sekarang ni dah PR3. Bukan senang nak dapat PR tinggi tau. Bila dah dapat PR yang tinggi, blog kita makin senang la mesra dengan SEO. Nak tahu apa itu SEO boleh klik entry pasal SEO ni. 

Banyak lagi tips-tips pasal PR ni. Boleh lah refer pada blogger-blogger otai kita ye.

August 11, 2010

Traffic aku mencapai 900++ viewer

Kali kedua untuk minggu ni aku mendapat viewer lebih dari 500++ visitors dan untuk 10/8 aku dah dapat seramai 988 visitors.Ini merupakan kali kedua aku menggunakan tajuk pendek dan SEO keyword aku kali ni kena dengan carian orang ramai, iaitu mengenai perkahwinan Maizawati Zainal bersama pasangannya. Dan semalam juga bila aku check dekat Google.com, blog aku tersenarai no.1 daripada blog atau laman web lain. Aku sungguh teruja ketika itu.



Melihat kembali kepada keywords yang aku lihat pada Nuffnang analytics, seramai lebih 206 orang mencari berkaitan dengan perkahwinan Maizawati Zainal dan secara kebetulan entry aku bertajuk Gambar Perkahwinan Maizawati Zainal mempunyai keyword pada link iaitu "perkahwinan Maizawati" yang merupakan keyword yang selalu digunakan oleh visitors. Secara tak langsung, ini membawa kepada blog aku.  Cuba korang tengok pada referral link dibawah ni menggunakan Nuffnang analytics. Kebanyakan visitors aku datang daripada Google.com.


Dan penggunaan keyword atau tajuk yang tepat akan membawa kepada jumlah UV atau traffic kedalam blog kita. Dan semalam aku berjaya mendapat seramai 988 visitors pada satu hari dengan UV aku mencecah 610 UV. Pertama kali UV aku mencecah 600++  setelah aku mendapat UV tertinggi hari dengan entry Bekas ADUN, Dato' Abdul Aziz Mohd Nor mati ditembak.

Traffic aku agak menjunam lepas dah dapat UV tertinggi awal minggu lepas. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang cara nak dapat traffic menggunakan SEO ni, korang boleh klik pada Tips menarik traffic menggunakan SEO yang aku dah post hari tu. Itu yang dapat aku kongsikan hari ni. Kalau ada apa-apa yang silap harap korang boleh betulkan ye.

August 5, 2010

Traffic aku mencapai 500++

Buat pertama kali nya....Traffic yang telah dicapai oleh blog aku melebihi 500 orang pengunjung dalam masa sehari...Sebelum ni memang aku tak pernah nak capai traffic yang tinggi...paling tinggi aku capai pun sebanyak 300++ je...Tu pun sekali...Lepas tu aku maintain dengan traffic 100++ sehari...


Untuk semalam je...Aku dah capai traffic sehingga 524 viewer...ni gara-gara entry aku berkenaan dengan kematian bekas Adun Permatang Dato' Abdul Aziz Mohd Nor...Adakah ini disebabkan tajuk entry aku mengenai SEO (Search Engine Optimization) ?....





Viewer aku jugak bukan hanya datang daripada Malaysia...tapi ramai jugak dari luar negara...Apa-apa pun aku tetap nak ucapkan terima kasih kepada mereka-mereka yang selalu datang menjenguk blog aku yang tak seberapa ni...diharapkan penulisan-penulisan aku kat sini dapat memberi input terbaik untuk korang...

Jadi..Korang jangan lupa jenguk-jenguk lagi ye...=)