Tindakan demonstrasi yang dilancarkan oleh kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) boleh menimbulkn ketegangan antara dua negara. Adakah mereka ni tak berfikiran panjang? Mengikut laporan yang telah dikemukakan oleh Malaysia Kini, demonstrasi yang berlaku di hadapan kedutaan Malaysia. Seramai 37 penunjuk perasaan telah menyertai tunjuk perasaan itu. Seorang daripada penunjunk perasaan tu turut melemparkan najis ke dalam perkarangan kedutaan Malaysia.
Demonstrasi itu diadakan bagi menandakan kemarahan mereka terhadap Malaysia yang mereka dakwa telah merendahkan maruah Indonesia dalam insiden di perairana Bintan pada 13 Ogos lalu apabila polis Malaysia menahan 3 pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia. Selain, cara mereka menyatakan kekecewaan rakyat terhadap kepimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Menurut daripada seorang wakil kumpulan tersebut, mereka akan melakukan proses usir rakyat Malaysia sekiranya polis Indonesia tidak melepaskan rakan-rakan mereka petang ini. Operasi yang dinamakan "Sweeping Rakyat Malaysia" itu dirancang untuk dilakukan di hadapan bangunan kumpulan itu di Jalan Diponegoro , Benteng, Jakarta.
Adakah mereka yang buat demonstrasi ni sengaja nak timbulkan kemarahan rakyat Malaysia? Sedangkan kedua-dua negara telahpun mengambil satu persetujuan dengan membebaskan kedua-dua tahanan?
8 comments:
pehhh memang x menghormati rakyat malaysia langsung... mentaliti kelas 10 kot diorg ni..
kurang ajar betul kumpln BENDERA indosia tu..sedap2 je pijak bendera malaysia...
@Hantwo
memang tak menghormati...
nak jugak bertanya...kita pernah buat macam tu ke?
@syamsul anuar
tu la pasal...
kalau kita pijak bendera Indonesia pulak macamana perasaan diorang?...
kesian..pathetic sungguh diorang ni..main pijak2 bendera.. orang dia yg banyak cari mkn kat malaysia..ade yg buat jenayah, maksiat segala macam bnde keji lg..xade lak buat kempen usir rakyat indon sbb fikiran kite tak rendah cm tu...siap sggup pgg2 najis..eww
@misyamissyou
tu la...
diorang tak fikir kot pasal benda-benda tu...
yang tahu nak bantah sana-sini...
bukan nya Malaysia still tahan lagi polis diorang...
kedua-dua negara dah dapat persetujuan pun...
kalau cmtu baik tak yah bagi masuk Malaysia terus...
tapi untuk 37 orang ni je la...
banned teru senang...
HATE INDON!!!.....dah lah nak merdeka buat hal lagi....
@Nazrin Yen
sabar2...
apa-apa pun kita jangan biar diorang pandang rendah pada kita...
yang tu palig penting...
=)
Post a Comment