
Kepada yang masih baru dalam dunia blogging sudah tentu kita masih lagi tak tahu macam mana ingin mencari visitors yang ramai ke blog kita. Blog aku tak la mendapat traffic yang tinggi. Tidak seperti mereka-mereka yang mempunyai pagerank tinggi macam Ariffshah, DenaiHati dan Kak Jie yang rata-rata Unique Viewer diorang berpuluh-puluh ribu sehari. Mereka menggunakan pelbagai teknik untuk mempromosikan blog mereka selain mereka ini merupakan orang lama dalam dunia blog.
Berdasarkan apa yang aku lihat melalui Google Analytics tentang blog ni, kebanyakan traffic aku datang daripada refferal links. Ini bermakna traffic datang dari backlinks yang terdapat pada blog lain. Banyak yang boleh dijadikan faktor untuk mendapat backlinks dari blog lain. Antaranya menjadikan sesuatu entry itu berkualiti. Entry yang berinformasi akan menyebabkan orang tertarik untuk membaca.
Apa itu backlink?
Backlink ni adalah satu cara untuk kita letakkan link dalam entry kita. Contohnya, kita terbaca tentang isu A di blog si A. Kemudian kita masukkan tajuk blog dari blog si A ke blog kita. Kemudian kita link kan ke blog si A. Secara tak langsung, bila pembaca ingin mengetahui tentang tajuk dari blog si A, pembaca akan terus tekan link yang akan membawa kepada visitors untuk blog si A. Secara tak langsung kita dah membantu traffic untuk blog si A dan mungkin si A akan juga membuat benda yang sama.
Kalau mengikut web definitions pula:
"incoming links yang datang dari website atau laman web lain"
Berdasarkan statistik daripada Google Analytics untuk blog aizatshafiq.com, 60.81 % adalah datangnya daripda referring sites. 27.19 % datang daripada Search Engines. Dan 12.00 % datang daripada Direct Traffic. Kat sini dah boleh tengok yang referring sites ni memberi banyak traffic kepada kita. 12 % daripada direct traffic tu mungkin datang dari followers kita. Aku baru sahaja 2 minggu menggunakan Google Analytics ni. Sebab mudah aku nak monitor progress untuk blog aku. Macam mana nak pasang Goole Analitics ni korang boleh refer entry aku mengenai Apa itu Google Analytics.

Aku sekadar berkongsi maklumat ni kepada korang. Dalam dunia blog ni kita kena lah sama-sama bantu-membantu. Baru boleh berjaya. Betul tak? Hehehe
10 comments:
alhamdullilah...
Salam
Terimakasih krn backlink.
Utk rekod Google Analytics Blog Kak Jie terbalik la pula kita
Search Engine - 78.40%
Referring Sites - 13.11%
Direct Traffic - 8.17%
yup yup, backlink itu sangat penting!
@nur
=)
@Kujie
sama-sama kak jie...
hehehe...
ye ke...
tapi blog kak jie dah established...
tak macam blog saya yang bru nak naik nie...
tapi...ape2 pun backlink ni boleh menjadi salah satu faktor nak dapat traffic kn?...
=)
@Muje
betul tu...
banyak dapat backlink...banyak la dapat traffic kan?...
=)
yup2! referring site pon tinggi.. ala, link exchange blog ni xleh bukak la.. kena remove read more tu.. nak masuk jugak.. www.munzirshafie.com
@Muje
btol tu...
tab link exchange dah dibetulkan...boleh try klik...
tinggalkan link ye...
sama-sama membantu antara blogger...
hehehe
um nk tnye nie..klu yg mcm search engine tu mcm mane plak erk? xphm.
sy ni bru je dlm blogger nie..mntak tnjuk ajr.
@anonymous
yang search engine tu kena cuba naikkan traffic...
nanti bila traffic tinggi mesti senang untuk tersenarai dalam Google index page...
=)
Post a Comment