Showing posts with label GoPro tips. Show all posts
Showing posts with label GoPro tips. Show all posts

September 9, 2015

iPhone 5S casing dengan GoPro Mount DIY


Aku perasan yang sekarang ni ramai yang gunakan phone sebagai remote. Tak pun sebagai screen. Sebab GoPro yang ada screen cuma Hero4 Silver. 

Tengah- tengah terfikir, timbul la idea DIY paling mudah. Korang cuma perlu :

1. GoPro flat mount
2. Casing phone yang korang guna. 

Senang. Cuma lekat je. Pastu dah boleh pairing dengan WiFi terus jadi screen. Kat bawah ni aku cuma buat untuk normal phone view. Lepas ni ingat nak tambah untuk satu lagi mounting untuk landscape view.  




Amacam?

Boleh try la nanti kan. Yang penting jimat cost ! 

September 4, 2015

Trim dan share video menggunakan GoPro App.


Dah makin senang. Sekarang tak payah nak transfer masuk komputer dah. Dah boleh edit 'on the spot' pastu terus boleh post. Kalau dulu leceh sikit la nak kene transfer dulu baru boleh trim ke, edit ke. Sekarang tak payah dah. 


Thumbs up  !

August 11, 2015

Sandmarc Armor Bag Review untuk GoPro


Sampai jugak akhirnya. Hari tu aku order Sandmarc Armor Bag. Sebab yang ni aku order direct dari Sandmarc California sebab kat sini takde. Alhamdulillah, tak sampai 2 minggu barang sampai.


Packaging cantik. Kotak pun okay. Kalau ikut dari slip penghantaran, diorang gunakan USPS.



Tadaaaaa. Itu dia. Sandmarc Armor Bag. Jenis roll bag. Sebab apa aku suka dengan bag ni? Sebab aku punya kelengkapan untuk GoPro lebih tersusun. Kalau dulu aku gunakan beg Pov Case. Yang tu ada jugak kelebihannya. Tap bila dalam keadaan korang nak cepat capai mounting lain nak tukar jadi roll bag ni lagi elok. Sebab tak ambik masa panjang nak capai. Cuma roll kan je beg tu.


Macam kat bawah ni. Aku dah susun segala accessories aku. Tapi ada jugak accessories yang besar macam Sony suction cup dengan DIY GoPro Jaws Clamp aku yang tak boleh nak sumbat sekali.

Yang best, pole pun korang boleh sumbat sekali. Jadi bila nak keluar outing ambik gambar just 'grab the bag'. Tapi make sure susun dulu la.


Beg ni boleh letak sampai 3 GoPro kamera. Tapi boleh la jugak kalau nak letak lain-lain accessories. Material beg tu daripada canvas yang tahan lasak. Memang keras dan memang tahan lasak. Getah-getah untuk letak accessories tu memang elastic. Korang boleh letak macam-macam dan ikut saiz barang.   


Amacam?

Kalau dah suka korang boleh beli dekat Sandmarc California. Beli secara online. Sebab aku tak jumpa lagi dekat Malaysia. Kos shipping pun cuma USD 10. 

Tapi tu la kan. Sekarang ni bila 1 USD dah cecah RM 3.95. Hmmm. Kena hold la dulu. Boleh tahan mahal jugak tu nanti.

August 7, 2015

Sony Suction Cup Mount untuk GoPro


Semalam aku beli Suction Cup Mount untuk GoPro aku. Sebab yang aku punya sebelum ni dah patah. Yang tu China made punya. Kali ni aku beli Sony Suction Cup Mount. Mula-mula ingat nak beli GoPro suction mount tu. Tapi tengok macam cuma terhad untuk GoPro je.


 Sony Suction Cup ni pulak lebih user friendly. Boleh mount apa-apa camera pun. Sebab mounting screw standard untuk semua kamera.



Harga untuk Sony Suction Cup Mount ni lebih kurang RM159. Kalau ada member Sony, korang akan dapat lagi 10% discount. Kira untung la kan. Boleh pakai untuk macam-macam kamera. 

Apa yang korang akan dapat?

1. Suction Cup Mount
2. Tether Rope untuk secure ketika mounting
3. Spare untuk suction mount tu
4. Sponge. (Yang tu aku pun tak tahu untuk apa)
5. Manual leaflets.



July 23, 2015

GoPro Hero4 Session | Berbaloi tak?


Makin lama, makin kecil kamera yang dihasilkan oleh GoPro. Produk terbaru dari GoPro ialah GoPro Hero4 Session yang lebih kecil jika dibandingkan model Hero4 Silver, Black ataupun Hero+. 

Jika nak dibandingkan dengan GoPro Hero4 Silver yang aku gunakan sekarang, tak banyak sangat beza dan video mode untuk GoPro Hero4 Silver lebih tinggi iaitu 2.7K @30Fps dan juga 4K@15Fps. Untuk GoPro Hero4 Session cuma setakat 1440p. Dari segi harga Hero4 Silver dan Hero4 Session adalah sama. Lebih kurang RM1700++ termasuk GST. Rujuk review untuk GoPro Hero4 Silver



Untuk GoPro Hero4 Session, dua casing berbeza. Reka bentuk kamera lebih tahan lasak dan waterproof dengan kedalaman 10M. Hero4 Silver kalau nak jadi waterproof kena la pakai casing yang waterproof dan lebih dari kedalaman 10M.

Dari segi mounting, GoPro Hero4 Session lebih fleksibel. Low profile clearance. Terutama bila digunakan pada helmet. Sebab Hero4 Silver macam tak aero dynamic sangat la. Sebab bila pakai kat helmet nampak macam besar pulak kan. Sebab lebar.

Hero4 Session dah tak pakai battery macam Hero4 Silver. Yang ni built in. Jadi masalah jugak bila built in ni. Sebab bila bateri habis terus nak kena charge. Macam aku punya GoPro Hero4 Silver, habis bateri boleh tukar baru. Ade kekurangan jugak kat situ. 


Semua tu terpulang pada korang. Bagi aku GoPro Hero4 Silver paling ok. Sebab berpatutan dengan features yang diberikan. Gambar yang aku ambik dengan Hero4 Silver ni memang tak mengecewakan. Boleh tengok entry Aidilfitri 1436H

February 21, 2015

Perbandingan GoPro Hero 4 Silver Edition dan Black Edition

Aku ada dapat soalan pasal antara GoPro Hero 4 Silver Edition ataupun Black Edition.


Pendapat aku,

Harga

Untuk Hero 4 Silver. Harga pasaran lebih kurang RM 1499. Tapi kalau pandai cari mungkin boleh dapat kurang RM100-150. Kalau untuk Hero 4 Black pulak, harga RM 1899. Beza dalam RM300 jugak la. Jadi terpulang pada budget korang. Kalau rasa ada budget lebih apa salahnya kan?


Design

Design kedua-duanya sama. Saiz sama. Bentuk pun sama. Yang berbeza nya, Hero 4 Silver ada 1.5" touch screen. Tapi kalau untuk Hero 4 Black memang tak ada. Kalau korang nak pakai screen pun boleh jugak. Tapi kena beli asing-asing. Tak silap aku dalam RM 500. Sekali dengan Battery Bac Pac.


Kualiti Video

Hero 4 Black menang part ni. Sebab kualiti gambar untuk Hero 4 Black paling cantik. Dengan resolusi 4K 30fps. Video sangat cantik dan clear. Tapi satu je, sebab tak semua komputer boleh tengok video 4K ni. Jadi, korang punya komputer perlu betul-betul high spec baru boleh tengok. Sebab kalau tak video tu jadi lekat-lekat.

Hero 4 Silver bukan tak ada video beresolusi 4K ni. Ada juga, tapi cuma 4K 15fps je. Kira okay la juga. Tapi aku jarang guna resolusi 4K ni. Sebab satu saiz video sangat-sangat la besar. 30sec video dah guna hampir 1Gb. Jadi korang perlu ada memory card yang betul-betul besar kalau nak ambik video nanti. Aku selalu guna 1080p 60fps. Tu pun dah terbaik.



Audio

Dari segi audio, dua-dua sama. Improvement kalau nak dibandingkan dengan Hero 3+ Black Edition dulu. Kualiti audio sangat jelas.

Kesimpulannya,

Terpulang pada korang. Kalau untuk Black Edition memang top features la kan. Tapi bagi aku kurang, bila LCD screeen tak ada. Aku rasa perlu jugak. Sebab nanti malas nak cropping. Lagipun, dah boleh siap-siap tgk kat mana korang nak frame. Untuk professional photographer mungkin la kot. Tapi kalau sekadar kita nak ambik gambar memory atau kenangan aku rasa tak perlu sangat. Tapi tu semua terpulang pada korang la kan. Aku cuma bagi pendapat aku bila aku dah guna pun GoPro Hero 4. Tapi Silver Edition je la.

January 6, 2015

Gopro Hero 4 Silver Edition dibandingkan dengan Gopro Hero 3+ Black Edition

Ramai yang tanya aku pasal GoPro ni. Sebab sekarang dah ramai yang nak pakai GoPro ni. Tapi masalahnya tak tau nak beli yang mana. GoPro Hero 3+ Black edition ke atau model yang paling baru GoPro Hero 4. Kalau nak komen pasal Gopro Hero 3+ memang aku tak tau macam mana. Sebab aku tak ada pengalaman guna Gopro Hero 3+, tapi kalau Hero 4 aku memang berpuas hati. 

Sebelum aku beli GoPro Hero 4 Silver Edition hari tu. Lebih kurang sebulan juga la aku buat survey. Tapi bukan hands on survey sebab kat kedai Gopro ni memang tak dapat la nak hands on survey. Melainkan kalau test yang member punya tu lain cerita. Aku banyak bandingkan GoPro dengan Sony Action cam sebab pesaing paling hebat la kiranya. Brand lain macam Garmin Vibe pun aku compare juga.



Antara sebab aku pilih GoPro Hero 4 Silver Edition.

  1. Harga. GoPro Hero 4 RM 1499++. Kalau beli GoPro Hero 3+ Black Edition lebih kurang RM1300++. Beza harga tak jauh. Sebab tu aku ambik Hero 4.
  2. LCD screen. GoPro Hero 3+ memang tak ada LCD screen. Kalau nak jugak kena beli LCD screen BACPAC (RM499++). Memang mahal. Hero 4 dah memang built in. So tak payah nak beli LCD screen.
  3. Sound quality. Improvement dari model Hero 3+. Sebab kale dull memang sound dari Hero 3+ miming tak jelas. Banyak video dalam Youtube orang komen pasal  sound yang tak jelas. Tapi Hero 4 aku ambik video time member aku jamming memang tak ada masalah. Clear. Sangat jelas.
  4. Night Lapse mode. Walaupun malam. Korang still boleh ambik gambar Time Lapse dengan mode Night Lapse nie. Memang cantik. Aku pernah try, dalam keadaan yang sangat gelap. Aku guna ISO 800 untuk ambik night lapse.
Dari segi kualiti video memang sama. Sebab kedua-dua GoPro ni mmempunyai kualiti video yang sama setinggi  4K,15fps. Memang cantik. Tapi satu je masalahnya, kalau video resolution tinggi 4K ni kalau nak tengok kat laptop atau komputer kena spec tu tinggi. Takut nanti bila nak tengok video tu lekat-lekat pulak nanti.

Nanti aku akan kongsikan lagi tips-tips GoPro.