Showing posts with label Gadgets. Show all posts
Showing posts with label Gadgets. Show all posts

January 18, 2016

Apple Watch paling mahal di Malaysia berharga RM80,000

Aku baru dapat tahu yang baru-baru ni Apple Watch dah pun masuk kat Malaysia. Macam yang kita tahu yang Apple Watch ni terbahagi kepada 3 versi. Apple Watch Sport edition, Apple Watch,  dan Watch Edition .


Percaya atau tak. Harga Apple Watch paling mahal. Tak pun aku rasa "smart watch" paling mahal yang berharga RM80,000.


RM 80,000 untuk jam 18 karat? Kalau korang beli emas 24 karat dengan harga RM140 segram agak -agak dah berapa gram korang dapat? Kira-kira dah lebih dari 500 gram tu. Dan aku rasa tak mustahil ada orang yang akan beli. Sebab jam ni kalau kat US paling mahal tak silap aku hari USD 17,000 pun ada juga orang yang beli.

Aku berkenan juga dengan Apple Watch ni. Tapi kalau tengok harga jam RM1599 untuk sport edition. Agak mahal. Sebab smart watch ni lama-lama akan ada evolusi kalau nak dibandingkan dengan jam evegreen macam Tissot yang harga pun lebih kurang sama je.




Patut dipertimbangkan ke tak ye?

July 23, 2015

GoPro Hero4 Session | Berbaloi tak?


Makin lama, makin kecil kamera yang dihasilkan oleh GoPro. Produk terbaru dari GoPro ialah GoPro Hero4 Session yang lebih kecil jika dibandingkan model Hero4 Silver, Black ataupun Hero+. 

Jika nak dibandingkan dengan GoPro Hero4 Silver yang aku gunakan sekarang, tak banyak sangat beza dan video mode untuk GoPro Hero4 Silver lebih tinggi iaitu 2.7K @30Fps dan juga 4K@15Fps. Untuk GoPro Hero4 Session cuma setakat 1440p. Dari segi harga Hero4 Silver dan Hero4 Session adalah sama. Lebih kurang RM1700++ termasuk GST. Rujuk review untuk GoPro Hero4 Silver



Untuk GoPro Hero4 Session, dua casing berbeza. Reka bentuk kamera lebih tahan lasak dan waterproof dengan kedalaman 10M. Hero4 Silver kalau nak jadi waterproof kena la pakai casing yang waterproof dan lebih dari kedalaman 10M.

Dari segi mounting, GoPro Hero4 Session lebih fleksibel. Low profile clearance. Terutama bila digunakan pada helmet. Sebab Hero4 Silver macam tak aero dynamic sangat la. Sebab bila pakai kat helmet nampak macam besar pulak kan. Sebab lebar.

Hero4 Session dah tak pakai battery macam Hero4 Silver. Yang ni built in. Jadi masalah jugak bila built in ni. Sebab bila bateri habis terus nak kena charge. Macam aku punya GoPro Hero4 Silver, habis bateri boleh tukar baru. Ade kekurangan jugak kat situ. 


Semua tu terpulang pada korang. Bagi aku GoPro Hero4 Silver paling ok. Sebab berpatutan dengan features yang diberikan. Gambar yang aku ambik dengan Hero4 Silver ni memang tak mengecewakan. Boleh tengok entry Aidilfitri 1436H

April 26, 2015

Playstation 4 | Apa yang perlu anda tahu.

Bila aku mula-mula beli PS4. Aku pun ada masalah. Jadi kat sini aku nak kongsi apa yang patut korang tahu bila beli PS4.


Harga
Rata-rata yang aku jumpa dalam lingkungan harga RM1390 - RM2000. Yang paling murah tu aku jumpa RM1390. Tapi kadang-kadang bila murah ni kena berhati-hati jugak. Yang RM2000 tu memang complete set. Ada jugak yang bundle dengan game macam Call of Cuty, FIFA15, Assassin Creed, Battlefield. Terpulang pada bajet korang. Kalau ada bajet lebih boleh la ambik yang complete set.


Game 
Kalau nak dibandingkan dengan PS3, PS4 ni game dia tak banyak lagi. Maklum la, baru lagi. Tapi satu yang tak best, game PS3 tak boleh nak main dekat PS4. Jadi, kalau sape-sape yang dah pakai PS3 tu macam membazir jugak la kalau nak tukar, sebab game PS3 dah tentu-tentu banyak kan? Harga game pulak? Yang paling murah aku jumpa RM140 - RM200++. Yang ni pun ikut kedai jugak. Ada yang murah, ada yang mahal. Jadi pandai-pandai la bandingkan ye.


Video Output
Yang mana dah terbiasa dengan AV output yang cable kaler kuning, putih, merah tu untuk makluman korang, cable tu dah tak guna dekat PS4. Yang ada cuma HDMI. Kalau nak pakai jugak kena cari HDMI - AV convertor. Tapi aku nasihat baik korang pastikan ada TV yang ada HDMI. Sebab aku pernah jugak nak try guna HDMI-VGA convertor sebab nak main kat PC monitor tapi tak jadi. Aku tengok dalam Youtube senang je. Tapi bila cari convertor yang betul-betul compatible tu yang aku tak jumpa.


Controller
PS4 kali ni cuma datang dengan satu controller. Nak main multiplayer macam FIFA15 kena beli joystick DualShock 4 yang lain. Range harga paling murah RM180-RM200. Banyak design boleh pilih. Terpulang pada korang nak design macam mana.

Apa yang korang akan dapat dalam kotak PS4?


Playstation 4 Console
Dualshock 4 Controller x 1
HDMI cable
Power Cable
EarPhone 


Images from Google.

April 8, 2012

Nasib pemilik iPad First Generation

Semalam aku ke KB Mall sebab nak jenguk-jenguk kat kedai Apple yang baru bukak. Sebab sebelum ni belum ada lagi kedai yang sememangnya menjual hanya product Apple. So, sekarang dah ada kedai yang menjual produk Apple ataupun authorised reseller for Apple , iWorld yang terletak di tingkat 3 KB Mall. 

Bila dah ada kedai Apple ni boleh la aku cari accessories untuk iPad aku. iPad first generation je. Pegi-pegi kat kedai tu aku tanya la kalau-kalau ada casing untuk iPad 1. Staff kat kedai tu cakap " Bang, untuk iPad 1 memang dah takde dah, kalau iPad 2 tu ade la ".

Kecewa.

Yelakan. Baru setahun aku pakai iPad 1, tapi macam dah dilupakan terus. Memang betul. Sebab aku nak cari casing ke, screen protector ke, memang susah. Kalau ada pun harga for sure RM100 dan ke atas. Tapi nak jumpa tu memang susah. Tu la nasib pemilik-pemilik iPad first generation. Sebab kami makin dilupakan. 


P/S : Adakah ini bermakna aku perlu bertukar kepada The New iPad

April 1, 2012

My new Olympus TG-310

Aku rasa macam tak puas bila naik ke pelantar minyak bila dapat tengok macam-macam view kat laut sana. Nak bawak Nikon D90 aku ni macam besar sangat. Lagipun for safety reason baik tak payah bawak, nanti tak pasal-pasal kalau hilang ke, satu hal la pulak kan. So, aku dah decide nak cari satu lagi kamera yang aku rasa boleh la nanti ambik view yang cantik-cantik kat atas sana untuk dishare dengan korang readers untuk blog ni.

Jadi, lepas survey punya survey, aku dpun decide la nak ambik Olympus Tough series, TG-310. Spec paling rendah untuk tough series.


Yang bestnya, kamera ni boleh masuk air tak lebih 3m. Jatuh tak lebih 1.5m. Dah nama Tough series, memang boleh guna lasak la. Sebab tu aku ambik kamera ni, sebab bila dah kena air masin, boleh cuci,rendam dalam air. Tapi kalau dslr aku tu, takkan la nak rendam dalam air pulak kan? Hahaha.


So, lepas ni boleh la aku share dengan korang apa yang aku tengok kat offshore nanti. Sebab last two trips, aku dah tengok ikan lumba-lumba in real environment. Hari tu jugak aku tengok ikan yu bermain-main dekat area platform. Best kan kalau boleh share dengan korang. Maybe next time. :)

P/S : Hari tu dah tengok ikan lumba-lumba dengan ikan yu, harapnya kali ni boleh la tengok ikan duyung pulak. :p

March 8, 2012

The New iPad | Keluaran terbaru Apple inc.



Aku rasa ramai dah tau yang Apple inc. dah pun melancarkan gadget terbaru diorang The New iPad. Dari segi rekaan bagi aku tak lah banyak perubahan macam mana iPad 2 dulu. Lagipun kali ni, The New iPad ni lebih fokus kepada graphic yang mana lebih memberi perincian terhadap resolution dan detail untuk iPad kali ni jika nak dibandingkan dengan iPad sebelum ni.


Bila lihat kembali pada new features yang ada pada iPad baru, rasanya perubahan lebih kepada "upgrade" apa yang telah ada pada versi lama. Jadi kalau mereka yang dah ada iPad 2 untuk berubah kepada The New iPad ni rasa macam tak berbaloi la mengikut pendapat aku. Tapi mungkin kepada mereka-mereka yang masih menggunakan iPad 1st generation ataupun masih belum ada iPad yang ni mungkin pilihan terbaik.

Kalau korang nak tahu detail lagi penerangan pasal new features untuk The New iPad ni boleh tengok pendapat 2 blogger hebat, Ariffshah dan Joegrimjow. Masing-masing dah pun komen pasal The New iPad ni. So, tak perlu la aku komen panjang-panjang kan? Hehehe.


Apa-apa pun, aku masih setia dengan iPad 1st generation yang aku beli bulan April tahun lepas. Tak sampai setahun pun lagi, tapi dah keluar dua model iPad terbaru. Sebab tu aku tak bercadang nak tukar iPad baru. Maybe tunggu untuk next generation kot. Tu pun kalau rasa masih perlu nak guna iPad la kan. Buat masa sekarang ni, setia pada yang satu je. Hehehe.


March 14, 2011

Samsung Galaxy Tab 2 | Mampu tak mencabar iPad 2?

Fenomena iPad 2 ni macam biase la kalau kat US tu. Mesti ramai orang yang nak beli iPad 2 tu kan. Tapi kalau kat Malaysia ni same jugak ke? Actually ade ura-ura yang mengatakan iPad 2 ni akan keluar kat Malaysia 25 Mac 2011. Betul ke tak kita tunggu je la ye.


Lepas satu dunia heboh dengan iPad 2 ni. Sekarang Samsung dah pun lancarkan Samsung Galaxy Tab 2. Memang betul-betul diorang ni bersaing la. Tapi kali ni Samsung Galaxy Tab 2 ni lagi besar dari yang dulu. Sebab kali ni skrin dibesarkan kepada 10.1 inch. Lagi besar daripada iPad 2 jugak. 

Samsung Galaxy Tab 10.1
Pasal harga, aku agak mesti dalam RM 2500++. Lebih kurang je dengan iPad 2. Tapi mampu ke Samsung Galaxy Tab ni bersaing dengan iPad 2 yang dianggap boleh mencapai jualan sampai jutaan ni. Sebab hari tu untuk iPad je jualan mencapai 1 juta dalam masa 28 hari. Wowwww. Hebat kan ?!!!


March 5, 2011

iPad 2 dah keluar ! | Berbaloi ke kalau nak beli?

Tengah-tengah dok kumpul duit nak beli iPad. Apple dah pun launch iPad 2. Tapi kat US la. Dianggarkan harga untuk iPad 2 yang version 3G ni harge lebih kurang USD 829. Calculate balik lebih kurang RM 2900 ++. Wow.. Memang nak kene betul-betul saving la kalau nak pakai iPad 2 ni.


Tapi kan.. Agak-agak korang berbaloi tak kalau pakai iPad ni? Tak kire la iPad ke..iPad 2 ke..Agak-agak korang berbaloi tak dengan harge RM 2900++ tu untuk sebuah tablet. Jom, bagi pendapat sikit.....

December 1, 2010

Samsung Galaxy Tab pesaing iPad?

Baru-baru ni Apple Malaysia baru je officially launched iPad kat Malaysia. Walaupun dah ramai orang pakai sekarang kan. Aku pun berkenan jugak kat iPad ni. Sebab veryvery convenient. Senang nak bawak merata-rata. Dan aku pulak jenis yang suka online. Lagi la aku berkenan kat iPad ni. 

Jom tengok comparison antara dua :

November 9, 2010

Evolusi 10 tahun handphone dalam hidup aku

Kali ni nak cerita pasal handphone la pulak. Sape yang tak pakai phone? Cuba angkat tangan. Aku rasa sekarang ni semua orang mesti ade handphone. Sebab zaman sekarang ni handphone memang jadi satu keperluan. Betul tak? Kalau takde handphone mesti macam tak lengkap hidup ni kan. So, kali ni aku nak cerita sikit pasal evolution handphone aku. Yang aku pakai sejak tahu 2001 sampai la 2010. Dah dekat 10 tahun kot.

Ericsson T18