Semalam aku pergi ke Car Boot Sale dekat dengan Tesco Kota Bharu. Aku rasa, sape-sape yang tinggal kat Kota Bharu mesti tau pasal Car Boot Sale ni. Ni minggu ketiga. Sebab baru lagi start car boot sale ni, 16 March 2012 hari tu. Tapi ni la first time aku pergi. Sebab 2 minggu pergi kerja. Jadi tak sempat nak pergi hari tu.
Time aku pergi semalam lepas Asar jugak la. Tapi disebabkan cuaca yang agak panas, jadi tak ramai sangat nak jalan-jalan kat luar tu. Ramai yang pergi Tesco lagi. Tapi masih ramai jugak yang ambik peluang nak tengok-tengok barang yang dijual kat situ. Macam-macam ada wooo. Hehehe.
Tengok je la kat gambar atas ni. Kalau dulu orang siap berebut-rebut nak pergi kat McD sebab nak beli gelas Coca-Cola sebab nak buat collection, tapi semalam ada je orang jual full collection. Satu gelas harga RM3 - RM 4. Murah pulak kan?
Tak kurang jugak dengan accessories wanita. Baju-baju, tudung-tudung, beg tangan pun ada. So, memang banyak pilihan. Harga pun boleh tahan murah. Jadi, kalau sape-sape yang tinggal berdekatan dengan Kota Bharu apa lagi, jemput-jemput la singgah. Tapi setiap hari Jumaat je la. Pukul 3 petang.
P/S : Sambil-sambil shopping kat TESCO, boleh shopping kat Car Boot Sale.
4 comments:
wow menarik .....nak g tp duk s.alam...nati balik bulih la....huksss
@hazanis
haaa..nanti kalau pegi..
ajak2 la sekali yeee... ;)
menarikk...tp macam mn law sy nk join sm...?? bleh bg info x mcm mn sy nk join or berhubung ngn spe...???
@marry amms
yang tu tak pasti la..sebab ni dah tahun 2012.. tapi rasanya kalau time event tu boleh jumpa pihak penganjur.
Post a Comment