Sape ade bace paper Metro Ahad semalam. Pengakuan 3 orang pelajar yang sanggup menggadaikan maruah diri semata-mata untuk duit. Memang macam tu ke? Cuba korang bace petikan kat bawah ni yang dipetik dari artikel Kikis Wang Lelaki.
LALA, 24:
“SAYA menggenggam segulung diploma dalam jurusan pelancongan dari sebuah kolej di Melaka tahun lalu, namun persaingan dalam dunia pekerjaan menjadi penyebab saya beralih menjadi pekerja sosial.
‘Pekerjaan’ ini mudah dan tidak memerlukan masa panjang untuk mendapatkan gaji lumayan. Saya tidak perlu bekerja lebih seperti mana eksekutif kanan pelbagai syarikat lain. Lagipun, pekerjaan seperti itu belum menjamin pendapatan tinggi.
Jika ada yang menawarkan gaji sehingga lima angka sebulan, ia memerlukan komitmen tinggi dan masa yang banyak.
Sebab itu saya beralih kepada kerja seperti ini. Cukup senang. Walaupun dipandang hina, masih ramai lelaki hidung belang mahukan khidmat kami. Bagaimanapun, sebagai orang Islam, saya tetap terfikir mengenai soal halal dan haram.
Mungkin, apabila mengumpul wang secukupnya, saya akan berhenti melakukan kerja seperti ini dan memulakan perniagaan sendiri,” kata gadis berasal dari Kedah itu.
Sumber : Metro Ahad
Perasan tak? Tah la. Aku pun tak faham sebab ape remaja sekarang nie sanggup buat apa sahaj demi wang. Kalau tengok balik kenyataan dari si Lala ni. Naik marah jugak aku. Macam perkara halal haram ni boleh buat main-main pulak. Hmmm. Lumrah kehidupan zaman sekarang kan.
6 comments:
msia ni masih byk sisi gelap yg perlu dibuang. semua ni kena bendung dr parents lg.
@dawa
tu la...
ape perasaan mak bapak diorang ye...hmmmm
Apa nak jadi dengan masyarakat kita pada hari ini..
Harap2 mereka2 yang terlibat dengan gejala yang tidak baik ni dapat menginsafkan diri satu hari nanti..
Duit bukan segalanya.. Dan banyak lagi cara lain yang boleh kita lakukan secara halal untuk mendapatkan duit..
berkenaan pengakuan die tu..
die nk bukak bisnes gune duit hasil kije t'kutok die ke..??
ish3..
@nuargto
tu la..dunia sekarang dah makin tua...betul tak?
sekarang ni..maruah diri macam takde pape kan...
hmmmm..
@aqi + gengkey
agaknye macam tu la...
sebab tak rase malu dah...
aoe la nak jadi dengan remaja kite sekarang ni kan...hmmm
Post a Comment