Dalam bulan Ramadan ni macam-macam cara yang kita jumpa digunakan untuk menipu umat Islam. Yang terbaru berlaku di Pulau Pinang apabila Persatuan Pengguna Pulau Pinang, CAP, menggesa agar kerajaan mengharamkan sejenis minuman ringan yang beralkohol yang menggunakan label buah-buahan.
Presiden CAP S.M. Mohamed Idris menyatakan bahawa minuman ringan itu didapati mengandungi alkohl sehingga 5.5 peratus dan dijual secara meluas di pasar raya da kedai 24 jam dan bebas dibeli oleh remaja dan kanak-kanak. Minuman yang dijual dalam boltol dan tin yang berwarna-warni dengan tujuan untuk menarik perhatian golongan muda terutama kanank-kanak sedangkan kandungan alkohol 5.5 peratus itu adalah tinggi dan tidak wajar di jual kepada kanak-kanak.
Maklumat mengenai kandungan alkohol dalam minuman itu dicetak dengan kecil dan sukar dibaca membuatkan pengguna menyangka ia adalah minuman ringan berperisa buah-buahan.
Macam-macam sekarang ni. Banyak yang kita kena berhati-hati. Dulu aku pernah tulis entry pasal baju made in Israel yang dijual di Malaysia. Lepas tu aku juga ada tulis pasal kurma made in Israel. Ni pula timbul kes macam ni. Jadi kita sebagai pengguna kena sangat berhati-hati. Sebab bila-bila masa je kena tipu.






