Buat pertama kalinya dalam sejarah Miss USA dimenangi oleh seorang wanita Islam...
Rima Fakih yang merupakan keturunan Arab Lebanon yang berusia 24 tahun telah menang pertandingan Miss USA dengan mewakili Michigan...Sebagaimana yang kita tahu pertandingn Miss USA sudah semestinya memerlukan seseorang peserta itu untuk memakai pakaian renang dan memberikan gaya-gaya yang menghairahkan...dan secara tak langsung...beliau yang seorang Islam telah menyertai pertandingan yang sudah semestinya dilihat sebagai satu penyindiran terhadap agama...Malah beliau memberi tahu bahawa keluarganya mengamalkan kepercayaan Islam dan Kristian...Macam mana tu?...
Jadi aku terfikir jugak jika ini merupakan satu permainan yang telah dirancang oleh mereka-mereka yang menganjurkan pertandingan ini atau pun ini merupkan satu petunjuk dimana-mana Islam hanya sekadar nama di masa kini...Itu yang dapat kita lihat...Ramai yang tidak mengambil kisah akan maruah Islam dimata dunia...Jadi apakah signifikan yang perlu dibanggakan dengan kemenangan ni?...
kredit to KOSMO ! Online



